19
Aug
07

Masyarakat India bergolak, Samy Vellu selar pertubuhan India

Berita sPUTRAJAYA: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini menyelar keras sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Hindu Rights Action Force (HINDRAF), yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak banyak berusaha untuk menyelesaikan masalah kaum India Malaysia sejak 50 tahun lepas.

“Saya perlu tegaskan di sini jika ada apa-apa yang menjejas masyarakat India, MIClah yang akan muncul memperjuangkannya sekalipun kami rakan dalam Barisan Nasional. Saya tidak pernah duduk diam dan saya tidak buang masa,” kata Samy Vellu, juga Menteri Kerja Raya, kepada Bernama hari ini.

c

Tokoh utama MIC itu diminta mengulas memorandum 18perkara oleh HINDRAF, yang diserahkan di pejabat Perdana Menteri Ahad lepas oleh pengerusi pertubuhan itu P. Waytha Moorthy, setiausaha V.K Regu dan penasihat undang-undang P. Uthayakumar.

Selain menyatakan bahawa masyarakat India dipinggirkan oleh kerajaan BN, dalam memorandum itu, HINDRAF juga mahu agar dihapuskan hak istimewa orang Melayu.

Memorandum itu juga menegur Umno dan meminta parti politik terbesar itu `berhenti bermain politik’ menerusi sistem `mandor’ dengan kononnya menghulur bantuan kepada masyarakat India secara `berdikit-dikit’.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika diminta mengulas mengenai memorandum itu pada sidang akhbar di sini bertanya dengan kehairanan, “MasyaAllah, macam mana mereka boleh kata begitu?”.

Presiden Umno itu menegaskan jika ada orang berkata kerajaan BN yang memerintah tidak membantu masyarakat India, itu adalah melampau, dan jika betul BN gagal membantu masyarakat itu, tentu sudah lama berlaku pergeseran antara kaum itu dengan kaumkaum lain.

“Jika kita tak buat apaapa, tentu kita telah bergaduh sejak lama dulu, kita tidak menunggu beliau (Datuk Seri Samy Vellu) saja. Orang India bukan bodoh, mereka juga tahu (apa kerajaan buat untuk masyarakat India),” kata Abdullah.

Samy Vellu berterima kasih kepada Abdullah kerana menyatakan bahawa kerajaan BN sentiasa membantu masyarakat India untuk maju di bidang ekonomi dan sosial.

“Saya agak kecewa mendengar masih ada kumpulan yang mendakwa masyarakat India mundur 50 tahun sekalipun pelbagai usaha dijalankan kerajaan bagi memenuhi keperluan masyarakat itu. Seorang yang berfikiran adil sedia mengesahkan pelbagai pencapaian masyarakat India di bidang ekonomi, agama, pendidikan dan sosial,” kata beliau.

hMengenai agama, Samy Vellu berkata beriburibu kuil telah didirikan, sementara dalam pelajaran beratusberatus bangunan baru sekolah Tamil dibina atau dibina semula dengan bantuan kerajaan BN.

“Beribu-ribu pelajar India telah mengikuti pengajian tinggi di univeriti awam dan swasta, sementara MIC saja telah mewujudkan 32,000 profesional menerusi Kolej TAFE di Seremban.”

Samy Vellu berkata dalam peluang perniagaan, kerajaan telah menyediakan pinjaman perniagaan dan lesen kepada masyarakat India, dengan kira-kira 35,000 lesen bisnes diluluskan untuk usahawan India.

Mengenai kuil, Samy Vellu berkata kerajaan BN telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit pada masa lepas dan sekarang untuk mendiri dan membina semula kuil untuk masyarakat India Malaysia. BERNAMA

a

b

d

r

d

Note: Foto-foto demonstrasi oleh Hindu Rights Action Force (HINDRAF) di Putrajaya dipaparkan di dalam.


0 Responses to “Masyarakat India bergolak, Samy Vellu selar pertubuhan India”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: