19
Aug
07

Blogger pengecut pula

Kata Mat Taib yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia:

Penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta mengunakan laman web yang beralamat di luar negara.

Tambah beliau:

Sebab apa saya katakan mereka pengecut kerana mereka tidak berani mengunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya mengunakan alamat luar negara untuk menghentam pemimpin negara kita.



gambar AGENDADAILY

Saya merasakan serangan Mat Taib ini dijurus ke arah seorang penulis sahaja iaitu Raja Petra pemilik laman web Malaysia Today. Sebelum ini kita dengan penulis blog dikatakan goblok, monyet dan terbaru dari Mat Taib ini pengecut pula.

Terdapat kenyataan dari Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengatakan Umno telah tewas dalam peperangan di alam siber atau alam maya walaupun kononnya menang di alam nyata.

Bagi saya alam maya sebenarnya menjadi puaka bagi Umno kerana alam ini bebas, tiada kawalan, tiada sekatan. Bayangkan jika media massa yang ada, benar-benar sebebas sebagaimana alam maya? Kalau akhbar dan TV kita sebebas-bebasnya saya yakin Umno bukan hanya akan tewas dan kecundang di alam maya, di alam nyata pun mereka akan tersungkur!

Kalau Malaysia Today sahaja pengecut (mengikut Mat Taib) bermakna laman web dan penulis blog lain tidak pengecut. Maka sepatutnya semua yang lain lebih bersemangat dan terus menulis sebagaimana yang bekas PM Tun Dr Mahathir pernah pinta. Mat Taib hanya SINGLE OUT Raja Petra, oleh itu tidak secara langsung Mat Taib iktiraf yang lain tidak pengecut, ayuh terus menulis sahabat-sahabat yang lain.
posted by Roslan SMS


1 Response to “Blogger pengecut pula”


  1. 1 dasuki_tmc
    December 9, 2007 at 2:47 am

    kita memblog ini adalah dari hati yang inginkan kedamaian dan keharmonian antara kaum di Malaysia dan mengurangkan prasangka dalam hal beribadat mengikut fahaman dan anutan ugama masing-maing tanpa rasa curiga.
    tapi oleh kerana UMNO yang memang tak faham malah menamakan islam yang syumul dengan nama yang keliru iaitu HADHARI, maka dengan sendiri mereka jadi keliru dan celaru.
    kita nyatakan dalam blog dan membuat komen/pendapat bagi setiap artikel yang di sampaikan adalah tanggung jawab yang akan berhadapan di MAHSYAR yang MAHA ADIL LAGI SAKSAMA.
    apa perlu di takutkan jika yang disampaikan itu benar dan direhdai oleh Allah.puak umno ni dah lama melakukan PENGKHIANATAN KEPADA UGAMA DAN BANGSANYA SENDIRI.
    dengan ini puak-puak umno akan menutup segala keburukan itu dengan keburukan. bukan membaiki keburukan tersebut.
    maka kita semua hendaklah pelihara diri kita dan keluarga kita dari diperlekehkan oleh musuh Allah dan musuh Rasullullah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: