19
Aug
07

Menghina bendera buat kek Jalur Gemilang

10-08-2007 10:18:50 PM
Oleh IZATUN SHARIPUTRAJAYA:  Tidak wajar membuat kek dengan reka bentuk Jalur Gemilang, kata Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Menurut bahagian istiadat dan urusetia persidangan antarabangsa JPM, amalan membuat kek seumpama itu tidak sesuai tetapi kini ia menjadi amalan biasa oleh kebanyakan orang.

“Sesetengah orang fikir tidak menjadi hal untuk membuat kek dengan rekaan bentuk bendera kebangsaan di atasnya, tetapi sebenarnya ia tidak sesuai kerana kemudiannya, kek dengan reka bentuk itu akan dipotong dan dimakan. Cara itu tidak sesuai,” kata seorang jurucakap urusetia itu hari ini.


Kanak-kanak turut bergembira meraikan sambutan Hari Kemerdekaan 2005 di depan kek ‘Jalur Gemilang’ di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di ibu

(foto fail The Star)

Urusetia itu berkata walaupun rakyat Malaysia digalak menunjukkan semangat patriotisme menjelang sambutan ke-50 tahun Hari Kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang secara kreatif, mereka mestilah sentiasa beringat untuk menghormati bendera kebangsaan.

“Jangan pamer bendera kebangsaan dengan cara yang dianggap menghina. Contohnya, tidak sesuai untuk kita mempamerkannya sebagai bikini, pakaian renang, tuala, kain lap, atau menggunakannya sebagai kain alas meja dan kusyen atau kain penutup tempat duduk tandas,” katanya.

Bagaimanapun tidak menjadi masalah untuk menggunakan bendera kebangsaan sebagai pakaian atau topi selagi tidak wujud unsur memperlekehkannya.

Seseorang yang mempamerkan Jalur Gemilang dengan cara yang dianggap menghina boleh dikenakan tindakan menurut Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Jika disabitkan kesalahan menghina bendera kebangsaan, seseorang boleh dikenakan denda sehingga RM1,000.

Setakat ini tidak ada tindakan dikenakan kepada sesiapa kerana kerajaan tidak bercadang untuk menghukum tetapi sebaliknya mahu menggalakkan semangat cintakan negara dan berfikiran sivik di kalangan warganegara.


Seorang pembuat kek menghias ‘Jalur Gemilang’ untuk tempahan sebuah sekolah di Alor Star sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2001. (foto fail The Star)

Urusetia itu kini menulis kepada syarikat-syarikat yang didapati mempamerkan bendera kebangsaan secara tidak wajar, dengan menasihati mereka agar memperbaiki kesilapan tersebut.

Ramai orang sering membuat kesilapan dengan mempamerkan Jalur Gemilang secara menegak di bangunan-bangunan. Bendera kebangsaan mesti dipamerkan secara mendatar, sementara bendera Malaysia (jenis pemidang) dipasang secara menegak, kata jurucakap urusetia tersebut.

Sesetengah orang pula mempamerkan bendera bersaiz besar, yang sepatutnya dikibarkan di bangunan, di kereta atau memasang banyak bendera kecil di bumbung kereta hingga boleh mengancam keselamatan diri.

Individu atau syarikat yang mahu mempamerkan Jalur Gemilang dengan cara yang lebih kreatif tetapi tidak mengetahui kaedah yang sewajarnya boleh menghubungi urusetia tersebut di talian (03) 8888-1957.

Rakyat juga dinasihatkan merujuk pekeliling yang dimuatkan di laman web Kementerian Penerangan (www.penerangan.gov.my) untuk mengetahui cara-cara tepat mengibarkan bendera kebangsaan.


2 Responses to “Menghina bendera buat kek Jalur Gemilang”


  1. 1 Ali
    August 23, 2007 at 3:51 am

    Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

    Kalau mcm tu, NameWee boleh la dikenakan tindakan dng akta tu.

  2. 2 Jeremy Ong
    March 7, 2008 at 8:17 am

    Oh My God !!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: