19
Aug
07

Mungkinkah Annuar yang sebenarnya berangan-angan


Dua anak Musa yang menjadi perhatian di Kelantan hari ini adalah Annuar Musa, Ketua Perhubungan Umno Kelantan dan Husam Musa, Naib Presiden PAS dan anggota EXCO kerajaan Negeri Kelantan. Besarnya kedua tokoh ini bagi setengah pihak yang MINGGUAN MALAYSIA hari ini memuatkan wawancara khas satu muka di bawah tajuk:

Angan-angan atau realiti?

Isu kenyataan Husam tempoh hari berkenaan PAS memberi fokus untuk menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen menjadi tajuk wawancara.

Annuar dengan style gedebeh nya seperti biasa memulakan wawancaranya dengan menyerang peribadi Husam. Terus melaga-lagakan antara Husam, Presidin PAS dan Mursyidul Am yang menurut beliau memberikan reaksi yang berbeza-beza terhadap pandangan Husam itu.

Malah Annuar di dalam wawancara itu menegaskan sebenarnya PAS akan hanya menang dua kerusi Parlimen di Kelantan, selebihnya kalau benar telahan Husam, kena cari luar Kelantan.

Saya tidak bermaksud untuk membuat liputan berkenaan wawancara yang menarik ini, itu anda boleh baca sendiri. Ulasan dan jawpan Husam lebih padat dan kemas berbanding Annuar yang tidak sabar-sabar sekian laman mahu menjadi MB itu.

Di sini saya cuma mahu mengisahkan darihal Annuar kerana beliau ada menyebut berkenaan prestasi kedua-dua parti PAS dan Umno dalam pilihanraya umum 2004, iaitu ketika keputusan akhir menunjukkan PAS dapat bertahan dengan majoriti dua kerusi (kemudiannya dikurangkan kepada 1 setelah ADUN Pengkalan Pasir meninggal dunia). Annuar tidak pula menyebut bagaimana reaksi beliau ketika CONFIRM yang beliau tidak dapat menjadi MB ketika itu. Belia begitu yakin yang Umno akan kembali memerintah tetapi rupanya nasib tidak menyebelahi beliau.

Kenapa Annuar tidak ceritakan apa yang berlaku pada jam 2.00 pagi 22 Mac 2004 lalu, ketika keadaan masih tergantung-gantung antara parti manakah yang bakal memerintah Kelantan ketika itu. Annuar menuduh Husam sebagai Abu Nawas dalam wawancara berkenaan, mari kita lihat siapa sebenarnya Abu Nawas dalame rti kata sebenar.

Saya merujuk buku: Pilihanraya Umum ke 11 Suatu Tragedi karangan sahabat saya Mohd Sayuti Omar (2004). Pada jam 2.00 pagi 22 Mac 2004 Sayuti menerima SMS berikut dari Annuar:

Keadaan kritikal rakyat Kelantan perlu diselamatkan. Demia masa depan Kelantan sebuah kerajaan campuran PAS dan BN perlu diwujudkan.

Percayakah kita Annuar yang pada hari ini berkokok bagaikan ayam sabung jantan yang perkasa pernah melutut memohon ihsan MSO agar merayu kepada Tok Guru Nik Abd Aziz agar bersetuju menubuhkan kerajaan campuran PAS dan BN di Kelantan.

Menurut MSO sejurus menerima SMS Annuar itu beliau bergegas ke Pejabat PAS Kelantan dimana Tok Guru dan pimpinan PAS Kelantan sedang berada dan beliau membuat panggilan pada Annuar dengan berkata:

Datuk sekarang saya di Pejabat PAS di hadapan Tok Guru

Bagi MSO bukannya tawaran Annuar itu yang menarik, bagi MSO kandungan SMS Annuar itu isyarat yang Umno mengaku kalah. Bahan itulah mahu dikhabarkan kepada Tok Guru pada malam buta itu agar mengembirakan tokoh yang paling beliau hormati itu. MSO memaklumkan Tok Guru:

Tok Guru ada khabar gembira saya nak sampaikan pada Tok Guru. Umno sudah mengaku kalah!

Lalu Tok Guru menjawab:

Macam mana anta kata begitu?

Kata MSO:

Baru sekejap tadi saya menerima SMS daripada Annuar Musa. Beliau mencadangkan diadakan kerajaan campuran diantara PAS dan Umno. Ini menunjukkan Umno sudah kalah Tok Guru! Kalau Umno merasakan mereka menang mereka tidak akan menawarkan kerjasama itu.

Menurut MSO lagi ketika sibuk berbual dengan Tok Guru itu beliau menerima satu lagi SMS dari Annuar:

Harap segerakan

Bila saya membaca tulisam MSO ini dan membandingkan pula dengan wawancara dalam MM hari ini, saya tersenyum seorang, inilah manusia bernama Annuar Musa. Bayangkan jika tepat atau hampir tepat fokus Husam itu, siapakah yang antara akan panik dan gelabah sebagaimana pada jam 2.00 pagi 22 Mac 2004 itu? Mungkin kalau tepat atau hampir tepat fokus Husam, annuar sudah tidak boleh berunding lagi, kerana jika 40 kerusi Parlimen yang PAS menang, bukan hanya Kelantan malah Terengganu, Kedah dan Perlis sekali akan berada dalam gengaman PAS!

Mungkin anda mahu tahu apakah reaksi Tok Guru pada pagi 22 Mac 2004 itu terhadap tawaran Annuar Musa? Tok Guru menjawab tegas:

Tidak boleh!


posted by Roslan SMS


0 Responses to “Mungkinkah Annuar yang sebenarnya berangan-angan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: