19
Aug
07

Nik Aziz benarkan main snuker

KOTA BHARU 18 Ogos – Kerajaan Pas mendakwa tidak pernah mengharamkan permainan snuker dan biliard di negeri ini sebaliknya menyokong pembangunan sukan tersebut.Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya hanya mengharamkan kedua-dua sukan itu jika melibatkan elemen yang menyalahi undang-undang seperti judi dan gejala sosial.

“Saya memang bercadang hendak bangunkan permainan snuker dan biliard di Kelantan sejak 14 tahun lalu setelah melihat kemeriahan sukan ini ketika melawat Beijing, China.

“Bagaimanapun, disebabkan sukan ini lebih menjurus kepada perjudian sebelum ini menyebabkan ia tidak boleh dikembangkan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Biliard dan Snuker Terbuka Kelantan 2007 di pasar raya KB Mall di sini, hari ini.

Kejohanan lima hari itu disertai oleh 64 pemain dari seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, Terengganu dan Pulau Pinang bagi merebut hadiah utama berupa satu set televisyen LCD 32 inci bernilai RM5,000.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu bagaimanapun bertentangan dengan dasar kerajaan Pas yang mengharamkan semua aktiviti snuker dan biliard sejak 1990 sebelum dibenarkan semula dua tahun lalu.

Mursyidul Am Pas itu berkata, kerajaan negeri sebenarnya sentiasa memberi sokongan padu untuk membangunkan sukan snuker dan biliard bagi melahirkan pemain berbakat bagi memartabatkan nama negeri serta negara di persada antarabangsa.

Pada masa yang sama, beliau meminta pemilik pusat snuker dan biliard yang beroperasi secara haram di seluruh negeri memohon lesen bagi memudahkan pihak bertanggungjawab memantau kegiatan mereka.

“Saya harap mereka dapat berbuat sedemikian secepat mungkin kerana kita tidak pernah mengharamkan mereka untuk beroperasi namun mestilah mendapat lesen yang sah,” ujarnya.


0 Responses to “Nik Aziz benarkan main snuker”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: