19
Aug
07

PAS akan perjuangkan permit teksi untuk individu jika mendapat dua atau tiga kerusi parlimen di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur– PAS berjanji akan memperjuangkan nasib pemandu-pemandu teksi di Lembah Klang jika diberi peluang untuk mewakili dua atau tiga kerusi parlimen di Kuala Lumpur kata Datuk Paduka Husam Musa ketika bertemu dengan 50 orang pemandu teksi di Kuala Lumpur petang semalam.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pemandu-pemandu teksi yang sudi hadir untuk meluangkan masa dengannya walaupun waktu petang adalah waktu pemandu-pemandu teksi mendapat banyak pelanggan.

Menurut Husam, walaupun negara akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 50 tidak lama lagi, pemandu-pemandu teksi di Lembah Klang masih lagi belum merdeka. Namun pemandu-pemandu teksi di Lembah Klang yang berjumlah 30,000 orang mempunyai kuasa untuk memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga jika mereka tahu menggunakan kuasa undi mereka.

Pemandu-pemandu teksi di Lembah Klang kebanyakkannya bekerja dengan syarikat dan tidak mempunyai permit sendiri. Dengan kenaikkan kos kehidupan yang mendadak dizaman pemerintahan Pak Lah, sudah tentu pemandu-pemandu teksi menderita.

Tambahan lagi bekerja dengan syarikat memerlukan pemandu-pemandu teksi membayar kadar sewa sebanyak RM 45 sehari. Sedangkan kos yang perlu syarikat bayar kepada bank tidaklah begitu besar. Katakanlah syarikat perlu membayar RM 450 kepada bank bagi pembelian kereta teksi, bermakna jika sewa yang dikenakan RM 20 sehari, syarikat masih lagi mendapat keuntungan sebanyak RM 150 sebulan bagi seorang pemandu teksi.

Kadar sewa RM 45 sehari telah menyebabkan syarikat mendapat keuntungan yang besar sedangkan pemandu-pemandu teksi terpaksa menanggung kos yang tinggi berbanding dengan pendapatan yang rendah. Ini telah menyebabkan ramai pemandu teksi mengenakan caj yang mahal kepada penumpang terutamanya pelancong asing dan ini telah menyebabkan imej negara terjejas.

PAS akan memperjuangkan permit teksi untuk diberi kepada individu dan bukannya kepada syarikat kroni. Jika pemandu teksi membantu bagi memenangkan calon-calon PAS yang bertanding di kawasan-kawasan parlimen di Kuala Lumpur, nasib mereka akan berubah, kata Naib Presiden PAS itu lagi.


0 Responses to “PAS akan perjuangkan permit teksi untuk individu jika mendapat dua atau tiga kerusi parlimen di Kuala Lumpur”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: