19
Aug
07

Pijak al-Quran

Oleh HADZLIHADY HASSAN

KUALA LUMPUR: Belumpun reda isu menghina lagu Negaraku dan lagu bermesej negatif yang dinyanyikan oleh Wee Meng Chee atau Namewee, satu lagi perbuatan menghina agama Islam dan orang Melayu dilakukan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kepong, dekat sini, apabila dia memijak al-Quran yang diletakkan dalam bilik agama.

Dalam kejadian Isnin lalu, pelajar terbabit bersama dua rakannya ada di luar bilik agama sebelum mereka menolak almari mengandungi buku agama dan al-Quran sehingga jatuh bertaburan di lantai.

Menurut saksi yang juga pelajar sekolah berkenaan, ketika kejadian dia menaiki tangga menuju ke kelasnya di tingkat tiga.

“Ketika sampai di tingkat dua, saya nampak tiga pelajar di luar bilik agama menolak almari sehingga buku dan beberapa al-Quran jatuh bertaburan.

“Kemudian, seorang daripada pelajar terbabit menyepak dan memijak buku serta al-Quran,” katanya ketika membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya, Kepong, dekat sini, semalam.

Menurut pelajar tingkatan satu itu, dia berang dengan perbuatan mereka memijak al-Quran lalu menegur pelajar terbabit supaya menghentikan kelakuan buruk itu.

“Selepas ditegur mereka melarikan diri, namun saya mengecam wajah pelajar yang memijak dan menyepak al-Quran.

“Saya kemudian memberitahu guru disiplin supaya mereka dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Namun, difahamkan pihak sekolah memandang remeh insiden itu sehingga mencetuskan kemarahan pelajar Islam.

Berikutan itu, masyarakat Islam kawasan itu menghantar satu memorandum kepada pengetua sekolah supaya pelajar yang melakukan kesalahan terbabit dikenakan hukuman sewajarnya.

Wakilnya, Mohd Khan Solleh, berkata kejadian seumpama ini yang dilakukan pelajar sekolah itu benar-benar menghina agama Islam.

“Kita berharap pihak sekolah mengambil tindakan sewajar terhadap pelajar terbabit supaya ia dijadikan pengajaran kepada pelajar lain.

“Jika dibiarkan, tidak mustahil perkara ini akan berulang dan menjadi lebih buruk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Mohamad Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit, namun enggan mengulas lanjut.


1 Response to “Pijak al-Quran”


  1. 1 dasuki_tmc
    August 19, 2007 at 5:09 am

    adalah perlakuan dan perbuatan yang melampaui batas-batas dan undang-undang Islam yang menghina agama lain. sedangkan dalam agama Islam tak pernah mengajar yang tidak baik sesama manusia yang berlainan fahaman ugama.
    perkara tersebut diatas adalah melanggar perlembagaan negara yang semua orang inginkan kedamaian dan keamanan. dimana perginya JAKIM/JAIS/IKIM/Pusat Islam/IMAM HADHARI dan orang-orang yang kononnya memperjuangkan ISLAM HADHARI? Mana ketua/timbalan ketua(b***k) umno yang gagah perkasa menghunus keris? nak membela Islam?? Menteri pelajaran/tim. menteri pelajaran dah tak boleh yang buat kerjake?? sekurang-kurangnya buat laporan polis atau mengadu ke Majlis raja-raja ke?? adalah buat kerja.. jangan tak buat kerja nanti orang akan kata nak besarkan perut kerana dah lali dengan rasuah/penyelewengan aqidah/ekonomi/sosial/politik. dah tahan ke dengan API NERAKA ALLAH diakhirat nanti??? buatlah semahu mungkin yang anda sekalin suka nanti yang kena bukannya orang lain!! O.K.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: