19
Aug
07

Siapa Pengecut? Blogger atau Muhammad Taib?

Komentar Oleh Al-Husseyn

mtKetua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menuduh penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta menggunakan laman web yang beralamat di luar negara. Berita Lengkap disini.

Laman web yang dimaksudkan oleh beliau itu tentulah ‘Malaysia Today’ yang telah menulis beberapa kemungkaran yang pernah dilakukan oleh Muhamad Muhhamasd Taib(MMT) klik sini sewaktu menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dahulu.

Tetapi mengapa persoalan berani atau pondan yang ditimbulkan oleh MMT?. Itu bukan persoalan pokok.Persoalan penting adalah ‘dakwaan’ yang terkandung dalam penulisan blog tersebut samada ada benar atau palsu.

\Malaysia Today telah menulis dengan nama pengendalinya tanpa berselindung disebalik nama samaran. Segala dakwaannya ada disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh dan beliau , Raja Petra Kamaruddin (RPK) mengaku bertanggung jawab keatas tulisannya dan bersedia untuk disiasat.

Apakah MMT menganggap dirinya sebagai berani dan bukan pondan apabila mengambil tindakan membuat laporan polis terhadap ‘Malaysia Today’ dengan tuduhan yang tidak berasas? ; Lalu mendakwa :

“ Demi Negara , Bangsa dan Ugama , saya sanggup dibom!”

MMT dan Umno membuat laporan polis bukan kerana dakwaan atau rencana yang ditulis oleh RPK ; tetapi kerana posting dari pembaca yang pada anggapan mereka menghina Agung dan boleh mengancam keharmonian kaum!

MMT berkata pemimpin Umno bukan takut untuk membalas segala tuduhan yang dibuat di dalam blog-blog terbabit tetapi berkeyakinan bahawa apa juga jawapan yang diberikan penulis blog itu tetap tidak akan berpihak kepada kerajaan.

Bukankah Umno sendiri mempunyai beberapa laman web untuk digunakan sendiri bagi menjawab segala macam dakwaan? Tetapi lebih gemar mempergunakan segala kuasa yang ada termasuk polis untuk menghalang berita-berita kemungkaran tentang perlakuan pemimpin-pemimpin Umno. Sehingga kini beberapa persoalan dan dakwaan yang dikemukan melalui laman blog terhadap beberapa salah laku dan korupsi masih lagi tidak mendapat respon dari pihak yang berwajib.


0 Responses to “Siapa Pengecut? Blogger atau Muhammad Taib?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: