Archive for August 21st, 2007

21
Aug
07

Forum ‘Kontroversi Negarakuku dan patriotisme’ mendapat sambutan hebat

 

KeADILanKUALA LUMPUR – 21 Ogos : Sambutan terhadap forum ‘Kontroversi Negarakuku dan patriotisme’ yang dianjurkan oleh Biro Penerangan KeADILan , semalam adalah sangat mengalakkan.

Forum yang membariskan panelis Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Khalid Jaafar, Hishamuddin Rais (kolumnis Malaysiakini dan pengarah filem bebas), Amin Idris (bekas presiden Gamis, digantung satu semester sebab tulisan dalam Harakah) dan Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan Amirudin Shari, dihadir oleh lebih 100 orang.

Kesemua Panelis sepakat bahawa penyanyi Negarakuku, Wee Meng Chee tidak menghina lagu kebangsaan sebaliknya beliau adalah seorang yang patriotik. Continue reading ‘Forum ‘Kontroversi Negarakuku dan patriotisme’ mendapat sambutan hebat’

Advertisements
21
Aug
07

Malaysia benam Laos — Pesta Bola Merdeka

Oleh AMRAN MULUP

Tonggak Malaysia, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak (dua dari kiri) diasak oleh dua pemain Laos dalam Pesta Bola Merdeka di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, malam tadi.


PETALING JAYA – Faktor keletihan selepas dua minggu menjalani latihan di Slovakia tidak menghalang skuad bawah 23 negara mengutip kemenangan pertama apabila menewaskan pasukan lemah, Laos 2-0 dalam perlawanan Kumpulan A Kejohanan Pestabola Merdeka Ke-39 di Stadium Petaling Jaya, semalam.

Kemenangan mudah yang sememangnya sudah dijangkakan buat skuad kebangsaan yang dalam persiapan menghadapi Sukan SEA di Korat, Thailand Disember nanti diperoleh menerusi gol jaringan Safee Sali pada minit ke-31 dan pemain senior, Mohd. Shukor Adan pada minit ke-53.

Di hadapan kira-kira 1,000 penonton, kemenangan 2-0 itu dianggap permulaan yang baik buat skuad bimbingan B. Sathianathan bagi menghadapi ujian sebenar – menentang penyandang juara, Myanmar esok. Continue reading ‘Malaysia benam Laos — Pesta Bola Merdeka’

21
Aug
07

Lojing: Lapan syarikat dikenakan tindakan

MACHANG 20 Ogos – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lapan syarikat yang terlibat dalam kerosakan dan pencemaran di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang bulan depan. Setiausaha Parlimen kementerian tersebut, Datuk Sazmi Miah berkata, siasatan ke atas semua syarikat terbabit telah siap bagi membolehkan tindakan undang- undang diambil.

Beliau berkata, kertas siasatan berkenaan agak lambat untuk disiapkan kerana ia dibuat secara menyeluruh tanpa sikap pilih kasih. Continue reading ‘Lojing: Lapan syarikat dikenakan tindakan’

21
Aug
07

Pas ‘masih hidup’

Oleh AZRAN FITRI RAHIM (WARTAWAN UTUSAN)ANGIN pilihan raya mula bertiup kencang di negeri yang menjadi kubu kuat Pas apabila pelbagai kenyataan berbaur provokasi dan memancing undi ditiup oleh beberapa pemimpin parti tersebut.

Menariknya setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas di negeri ini menjadi pengukur terhadap persiapan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Pendekatan tersebut terpaksa dibuat untuk menyampaikan mesej kepada para pengundi bahawa Pas masih ‘hidup’ untuk terus berjuang.

Baru-baru ini, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahawa fokus parti berkenaan adalah untuk menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen bagi mengukuhkan parti itu di Dewan Rakyat. Continue reading ‘Pas ‘masih hidup’’