21
Aug
07

Lojing: Lapan syarikat dikenakan tindakan

MACHANG 20 Ogos – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lapan syarikat yang terlibat dalam kerosakan dan pencemaran di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang bulan depan. Setiausaha Parlimen kementerian tersebut, Datuk Sazmi Miah berkata, siasatan ke atas semua syarikat terbabit telah siap bagi membolehkan tindakan undang- undang diambil.

Beliau berkata, kertas siasatan berkenaan agak lambat untuk disiapkan kerana ia dibuat secara menyeluruh tanpa sikap pilih kasih.

“Kalau nak ambil tindakan ke atas tiga atau empat syarikat memang boleh dibuat. Bagaimanapun saya mahu ia dibuat secara menyeluruh melibatkan lapan syarikat yang menjalankan operasi di sana.

“Sebab itu ia memakan masa, bila kita mahu mengambil bukti di Lojing, kita perlu masuk ke dalam tanah orang dan ini bukan kerja mudah.

Keterangan

“Pegawai terbabit perlu mengambil permit polis dan juga mengambil keterangan dari kerajaan negeri tetapi Insya-Allah lepas sambutan ulang tahun kemerdekaan, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Turun ke Ladang Risda Kelantan Tengah peringkat jajahan Machang di Mini Estet Air Belaga di sini, hari ini.

Mei lalu, Utusan Malaysia melaporkan kertas siasatan dan pertuduhan terhadap lapan syarikat pemaju yang didakwa menyebabkan pencemaran dan kerosakan di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Sazmi berkata, pihaknya juga mengesan syarikat terbabit mengambil kesempatan mengeluarkan balak sebanyak mungkin kerana menyedari kekurangan aspek undang- undang.

“Jika benar kerajaan negeri menganugerahkan tanah ini kepada syarikat terbabit untuk tujuan penanaman sayur, kenapa sehingga sekarang Kelantan masih tidak menjadi pengeluar sayur yang terbesar di negara ini.

“Sebab itu perkara ini berlaku kerana mereka bukan hendak tanam sayur tapi hanya mahu mengeluarkan balak,” katanya.


0 Responses to “Lojing: Lapan syarikat dikenakan tindakan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: