21
Aug
07

Pas ‘masih hidup’

Oleh AZRAN FITRI RAHIM (WARTAWAN UTUSAN)ANGIN pilihan raya mula bertiup kencang di negeri yang menjadi kubu kuat Pas apabila pelbagai kenyataan berbaur provokasi dan memancing undi ditiup oleh beberapa pemimpin parti tersebut.

Menariknya setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas di negeri ini menjadi pengukur terhadap persiapan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Pendekatan tersebut terpaksa dibuat untuk menyampaikan mesej kepada para pengundi bahawa Pas masih ‘hidup’ untuk terus berjuang.

Baru-baru ini, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahawa fokus parti berkenaan adalah untuk menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen bagi mengukuhkan parti itu di Dewan Rakyat.

Ia disusuli pula dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan sasaran berkenaan perlu diletakkan lebih tinggi kerana ‘mood’ rakyat sekarang sudah mula berubah. Kedua-dua pemimpin tertinggi Pas itu juga menegaskan, kenyataan itu dikeluarkan berdasarkan kajian terperinci yang dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun jika dilihat sekali imbas kenyataan tersebut seolah-olah hanya mahu menutup kebimbangan diri selepas kerajaan pimpinan Pas di Kelantan tidak menyumbang pembangunan untuk rakyat tempatan.

Sewajarnya Pas perlu menfokuskan kepada usaha untuk membangunkan Kelantan yang diperintahnya sejak 17 tahun lalu. Jika dilihat secara terperinci, tidak ada sebarang kejayaan memberangsangkan sepanjang Pas mentadbir negeri yang digelar Serambi Mekah ini.

Lebih menyedihkan kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk menyediakan kemudahan asas yang terbaik untuk rakyatnya seperti yang dinikmati oleh rakyat di negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

Contoh yang paling mudah adalah isu bekalan air, sehingga hari ini masalah tersebut tidak dapat diatasi walaupun menerima peruntukan sebanyak RM68 juta untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf loji-loji miliknya dan pemasangan paip di negeri ini.

Bukan itu sahaja, pemimpin negeri ini juga dilihat gemar mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten dalam dasar pentadbiran negeri. Pada tahun 1990, semua hal berkaitan dengan hiburan termasuk kebudayaan seperti dikir barat, makyung dan ‘boksing Kelantan’ diharamkan kerana ia dikatakan berunsur maksiat.

Bagaimanapun sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan Pas Kelantan telah memberi kebenaran dan lebih mengejutkan golongan wanita juga dibenarkan untuk menyertai ‘boksing Kelantan’ walaupun bertentangan dengan sifat semula jadi wanita.

Agak menghairankan, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengharamkan permainan snuker dan biliard, sebaliknya tidak ada permohonan rasmi diberi kepada pihaknya.

Jika begini, wajarkah Pas diberi 40 kerusi Parlimen?

ADMIN: petikan utusan malaysia 


0 Responses to “Pas ‘masih hidup’”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: