Archive for August 24th, 2007

24
Aug
07

‘Cip MyKad cepat rosak, tak boleh guna untuk mengundi’

PUTRAJAYA:  Sistem pengenalan data pengundi melalui biometrik belum boleh digunakan pada pilihan raya sekarang kerana kos penggunaannya agak tinggi di samping beberapa masalah yang dihadapi oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) berkaitan pengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata pihaknya terpaksa membelanjakan hampir RM40 juta sekiranya sistem itu akan digunakan pada pilihan raya akan datang. Continue reading ‘‘Cip MyKad cepat rosak, tak boleh guna untuk mengundi’’

24
Aug
07

Tiada sebab Dr M tidak dijemput ke sambutan merdeka

KUALA LUMPUR: “Tidak pernah dalam sejarah Umno kita membelakangkan pemimpin lepas yang telah berjasa kepada parti dan negara, tidak kira siapa mereka.”

Demikian kata setiausaha agung parti itu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad mengenai khabar angin bahawa Umno tidak mahu Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput pada majlis sambutan Kemerdekaan ke-50 akhir bulan ini.

Sambil bersungguh-sungguh menyangkal khabar angin itu beliau berkata telah menjadi budaya di dalam Umno sentiasa menghormati dan mengenang jasa pemipin yang lalu, termasuk pemimpin yang pernah meninggalkan parti. Continue reading ‘Tiada sebab Dr M tidak dijemput ke sambutan merdeka’

24
Aug
07

Perbuatan sihir dikeji Allah

Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN:
APAKAH pandangan Islam mengenai ilmu sihir, mempercayai serta menggunakan ilmu sihir untuk menyakiti orang lain?

JAWAPAN:

Islam menentang keras perbuatan sihir dan tukang sihir. Ini termasuklah menghantar kejahatan serta kerosakan melalui ilmu-ilmu hitam. Perbuatan ini amat dikeji oleh Islam, malahan pengamalnya akan dimurkai Allah. Perbuatan ini juga jelas bertentangan dengan akidah ahlu sunnah wa jamaah.

Tentang orang yang belajar ilmu sihir, al-Quran mengatakan: Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka. (al-Baqarah: 102) Continue reading ‘Perbuatan sihir dikeji Allah’

24
Aug
07

Tuduhan ke atas Zakaria digugurkan

Oleh: SUHANA ABDUL MUTALIB

ZAKARIA MD. DEROS.


KLANG 24 Ogos – Mahkamah Majistret di sini hari ini menggugurkan kesemua 13 pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 yang sepatutnya dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros.

Selain itu, Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah turut membenarkan kesemua 39 pertuduhan terhadap tujuh pengarah lain dari syarikat yang sama digugurkan.

Permohonan menggugurkan kes itu dibuat oleh pegawai pendakwa kanan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Azmil Haron setelah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 31 Julai lalu.

Bagaimanapun, Azmil tidak memaklumkan kepada mahkamah sebab pertuduhan tersebut digugurkan.

Antara pertuduhan yang sepatutnya dihadapi oleh Zakaria dan tujuh pengarah lain ialah mengikut Seksyen 169 akta tersebut iaitu gagal membentangkan akaun, Seksyen 120 (gagal memberitahu perubahan alamat), Seksyen 143 (gagal mengadakan mesyuarat tahunan antara 2002 dan 2005) dan Seksyen 165 (gagal menyerah penyata untung rugi).

Zakaria bagaimanapun tidak hadir pada prosiding hari ini dengan alasan seorang anggota keluarganya meninggal dunia di Melaka malam tadi. Continue reading ‘Tuduhan ke atas Zakaria digugurkan’

24
Aug
07

Pengumuman…

Bebarapa Link yg ADMIN rasa patut dikongsi dengan sahabat2 semua…

  1. http://rto.blogmas.com/
  2. http://pas.blogmas.com/
  3. http://ceramahonline.blogmas.com/
  4. http://www.anwaribrahimblog.com/
  5. http://www.gerakpahang.org/
  6. http://marhaen.ngepeng.com/

Jom le usha apa yg patut…..

24
Aug
07

Negara Kini Hampir Karam?

Komentar Oleh Marverik SM
Terjemahan Greenboc

aApakah Malaysia akan karam ke kelompok Negara Dunia ke 5?

Apa sebenarnya nak jadi dengan negara kita ini?

Bekas KPN Haniff mendedahkan rasuah berleluasa di kalangan anggota polis dan 40% dari pegawai kanannya hidup mewah, di luar batas kemampuan mereka. (Musa Hassan) KPN yang baru pula menyatakan negara kita sekarang ok saja dan semuanya bersih.

Ketua Pengarah BPR disiasat kerana rasuah tetapi Peguam Negara telah mengistiharkan beliau “bersih”. Continue reading ‘Negara Kini Hampir Karam?’

24
Aug
07

SESI SOAL JAWAB bersama Dr. M.

Berikut ialah catatan sesi soal jawab bloggers bersama Tun Dr. Mahathir dalam majlis anjuran PRIMA pada 15 Ogos 2007. Transkrip penuh ucapan dan sesi soal jawab boleh dibaca di bahagian Sisipan Wacana Dr. M.

SESI SOAL JAWAB

Continue reading ‘SESI SOAL JAWAB bersama Dr. M.’

24
Aug
07

Terkuburnya Kelantan Delights di Suria KLCC

Oleh Datuk Rejal Arbee

Malam tadi adalah malam terakhir restoran Kelantan Delights – satu-satunya sahaja restoran masakan Melayu yang beroperasi di Suria KLCC – menghidang makanan di situ. Mulai esok (23hb Ogos) berakhirlah riwayatnya setelah beroperasi selama 10 tahun memperkenalkan masakan Melayu, khususnya makanan Kelantan seperti nasi kerabu dan nasi dagang kepada pelancung dalam dan luar negeri di situ.

Penutupannya juga menandakan sudah tidak ada lagi restoran yang menyajikan masakan Melayu di situ. Apakah salah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu ujud kedai yang menyediakan masakan Melayu kepada orang ramai yang berkunjung ke Menara berkembar Petronas? Ini hanya Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, seorang warga Australia bernama Brian Andrew yang boleh memberi jawapan. Continue reading ‘Terkuburnya Kelantan Delights di Suria KLCC’

24
Aug
07

Battle of Kepala Batas is on

husam-kepala-batas-copy.jpg

Vs 

pak-lah-kepala-batas-copy.jpg

24
Aug
07

Takut berdialog: Muhammad memalukan Melayu Umno

Oleh Zulkifli MohamedLaman M@RHAEN


Akhirnya mahu atau tidak, Ketua Penerangan Umno Muhammad Muhd Taib telah memalukan ahli parti itu, apabila terpaksa akur yang beliau tidak mampu berdepan dengan para bloggers secara terbuka, walaupun sebelum itu beliau menyifatkan golongan tersebut sebagai pengecut.Sabtu lalu Muhammad nampak hebat apabila menuduh para bloggers pengecut kerana merahsiakan identiti dan mendaftar web mereka di luar negara, bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang tempatan.

Walaupun tidak menamakan bloggers terbabit, namun warga siber tahu, siapa yang dimaksudkan Muhammad.

Ekoran itu, pengendali web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin, mencabar Muhammad menganjurkan majlis dialog terbuka bersama beliau, di hadapan ahli-ahli Umno dan diadakan di bangunan Umno sendiri.

Bagaimanapun, Muhammad dilaporkan enggan berbuat demikian dengan alasan Raja Petra cuba mengalihkan isu sebenar.

Makna kata, bekas menantu Almarhum Sultan Selangor itu, seperti lain-lain pemimpin Umno bukanlah ‘sejantan’ seperti yang dianggap sebahagian ahli parti itu. Continue reading ‘Takut berdialog: Muhammad memalukan Melayu Umno’

24
Aug
07

Jenayah kekerasan warga asing membimbangkan

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penglibatan warga asing dalam jenayah kekerasan kebelakangan ini amat membimbangkan, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow.Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 46 kes jenayah melibatkan warga asing dilaporkan membabitkan kegiatan bunuh, samun berkawan bersenjata api, samun bersenjata api dan rogol. Continue reading ‘Jenayah kekerasan warga asing membimbangkan’

24
Aug
07

Jenayah rogol makin serius

KUALA LUMPUR 24 Julai – Sebanyak 10,229 kes jenayah rogol dilaporkan dalam tempoh enam tahun sejak 2002 hingga Mei tahun ini, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow.Beliau berkata, sebanyak 1,191 kes rogol dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini meskipun daripada jumlah itu sebanyak 1,048 kes berjaya diselesaikan.

Menurut beliau, pada tahun lalu sebanyak 2,431 kes dilaporkan dan daripada jumlah itu sebanyak 2,104 kes berjaya diselesaikan. Continue reading ‘Jenayah rogol makin serius’

24
Aug
07

Melayu Oh Melayu

24
Aug
07

Sampai Bila Wahai UMNO?

Open Artikel Oleh syifaarjuna

Assalamualaikum…

Sampai bila..? Itu yang bermain di fikiran arjuna bila membaca keratan berita berkenaan kempen program Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2007 bermula 1 hingga 30 September ini (utusan,28/08/2007). Sejak hampir 50 tahun dahulu UMNO mendabik dada ingin mendaulatkan BANGSA dan memartabatkan BAHASA tetapi hingga sekarang, apakah hasilnya?.. Teruk..!

Bermula dari ahli parlimen yang sebahagian besarnya adalah Melayu sering ‘tersyasyul’ ketika berbahas sesuatu isu sehinggalah pelajar-pelajar sekolah menengah dan mahasiswa/si universiti tempatan yang sebahagian besarnya bercakap serta berbual secara ‘nasi kerabu’, ‘rojak’ dan pelbagai istilah lain yang jelas merosakkan BAHASA yang UMNO ingin martabatkan.

Sedarlah wahai UMNO.., sebenarnya sistem pendidikan kita perlu diubah jika betul-betul UMNO ingin mendaulatkan BANGSA dan BAHASA.

Continue reading ‘Sampai Bila Wahai UMNO?’

24
Aug
07

Ekspres ‘ali baba’ — 50% permit bas, lori milik Melayu dijual kepada bukan bumiputera

Oleh: SUFFIAN ABU BAKARMUAR 23 Ogos – Jumlah nahas membabitkan bas ekspres dan kenderaan perdagangan meningkat kebelakangan ini dipercayai berpunca daripada perbuatan segelintir pengendali syarikat pengangkutan itu yang memperoleh permit secara ‘ali baba’.

Presiden Persatuan Ampunya Lori Pan-Malaysia, Er Sui See ketika mendedahkan perkara itu berkata, maklumat yang diterima persatuan itu menunjukkan hampir 50 peratus daripada permit Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di negara ini telah dialibabakan oleh pemilik asal lesen tersebut. Continue reading ‘Ekspres ‘ali baba’ — 50% permit bas, lori milik Melayu dijual kepada bukan bumiputera’

24
Aug
07

Orang Indonesia tuduh Malaysia sombong

21-08-2007 02:55:42 PM
Oleh MOHD NASIR YUSOFFJAKARTA: Benarkah rakyat Indonesia memandang Malaysia sebagai sombong? Kalau benar, kenapa? Kemukakan soalan ini kepada 10 orang di sini dan tujuh daripada mereka akan mengakui ia benar.

Antara alasan bagi jawapan ini ialah Malaysia sombong kerana membiarkan rakyatnya menganiaya pembantu rumah dari Indonesia; memeras tenaga kerja Indonesia (TKI) untuk pembangunannya dan setelah habis manis sepah dibuang; tidak membayar gaji TKI; dan memenjarakan TKI yang hanya menumpang mencari rezeki di Malaysia.

Malaysia juga dilihat sombong kerana merasakan ia lebih maju daripada Indonesia; lupa bahawa ia pernah berguru kepada Indonesia; tidak menghargai tenaga TKI yang banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia; dan suka mencaplok (mencuri) wilayah Indonesia. Continue reading ‘Orang Indonesia tuduh Malaysia sombong’

24
Aug
07

Kibar Jalur Gemilang tak perlu paksaan

13-08-2007 12:15:57 PMWARGA Malaysia bukanlah tidak prihatin tentang kemuncak sambutan ulang tahun ke-50 negara kita, tetapi mengapakah setelah sekian kali pihak pemimpin melalui pelbagai saluran di televisyen supaya rakyat sekalian mengibarkan Jalur Gemilang samada di kenderaan-kenderaan, bangunan-bangunan, gedung-gedung dan premis perniagaan, rumah-rumah dan sebagainya, rata-rata sambutannya amat dingin sekali.

Pada firasat saya, sesiapa pun termasuk warga Malaysia kebanyakannya pantang dipaksa dalam sesuatu arahan kerana tidak suka dianggap seperti budak-budak kecil atau kanak-kanak sekolah yang boleh disuruh-suruh. Continue reading ‘Kibar Jalur Gemilang tak perlu paksaan’