24
Aug
07

‘Cip MyKad cepat rosak, tak boleh guna untuk mengundi’

PUTRAJAYA:  Sistem pengenalan data pengundi melalui biometrik belum boleh digunakan pada pilihan raya sekarang kerana kos penggunaannya agak tinggi di samping beberapa masalah yang dihadapi oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) berkaitan pengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata pihaknya terpaksa membelanjakan hampir RM40 juta sekiranya sistem itu akan digunakan pada pilihan raya akan datang.

“Sekarang kita tunggu kalau ada pihak yang boleh keluarkan mesin biometrik dengan kos yang rendah. Tapi untuk pilihan raya terdekat ini kita belum boleh pakai biometrik,” katanya kepada pemebrita selepas majlis penyerahan cakera padat (CD) filem “50 Tahun Demokrasi dan Pilihanraya di Malaysia.”

Antara masalah lain yang dialami, kata beliau ialah terdapat lebih 360,000 orang masih belum menukar kad pengenalan lama kepada MyKad.

Sistem Biometrik juga katanya masih dalam pembangunan dan tidak efektif.

“Ada MyKad yang orang tak simpan dengan baik, cip (dalam MyKad) cepat rosak. Jadi bila cip rosak, tak boleh baca di situ (tempat mengundi). Bila tak boleh baca, bergaduhlah di tempat mengundi.”

“Atas pertimbangan itu, kita kena berhati-hatilah kalau nak guna biometrik. Jadi kita balik kepada zaman purba (pakai dakwat kuku) buat masa ini,” katanya berseloroh.

Biometrik ialah pengenalan daftar pengundi melalui cip yang terdapat dalam MyKad penggundi.

Pengundi cuma perlu meletakkan MyKad dalam sistem pengimbas biometrik sebelum masuk ke dewan pengundian dan sistem berkenaan dikatakan boleh membanteras penipuan seperti “pengundi hantu”.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf dan Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Nor. BERNAMA


0 Responses to “‘Cip MyKad cepat rosak, tak boleh guna untuk mengundi’”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: