24
Aug
07

Ekspres ‘ali baba’ — 50% permit bas, lori milik Melayu dijual kepada bukan bumiputera

Oleh: SUFFIAN ABU BAKARMUAR 23 Ogos – Jumlah nahas membabitkan bas ekspres dan kenderaan perdagangan meningkat kebelakangan ini dipercayai berpunca daripada perbuatan segelintir pengendali syarikat pengangkutan itu yang memperoleh permit secara ‘ali baba’.

Presiden Persatuan Ampunya Lori Pan-Malaysia, Er Sui See ketika mendedahkan perkara itu berkata, maklumat yang diterima persatuan itu menunjukkan hampir 50 peratus daripada permit Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di negara ini telah dialibabakan oleh pemilik asal lesen tersebut.

Beliau berkata, gejala itu menyebabkan operasi bas dan kenderaan perdagangan terjejas kerana syarikat-syarikat yang membeli permit itu daripada pemilik asal tidak mementingkan aspek keselamatan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan kerajaan.

Menurut beliau, tindakan mengalibabakan permit kenderaan perdagangan itu melibatkan bukan sahaja syarikat pengangkutan lori, malah juga syarikat-syarikat bas ekspres.

‘‘Saya berani menyatakan di sini bahawa hampir 50 peratus permit kenderaan perdagangan sama ada lori dan bas di negara ini telah dialibabakan, iaitu dipohon atas nama orang Melayu, tetapi lesen itu diserahkan kepada pengusaha bukan Melayu.

“Atas sebab itu juga, mereka yang memperoleh lesen secara ali baba tidak mementingkan soal keselamatan kenderaan sehingga mengakibatkan banyak berlaku nahas yang meragut nyawa sejak akhir-akhir ini,” kata Sui See kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas punca kemalangan yang membabitkan bas ekspres dan kenderaan perdagangan yang semakin banyak terjadi sejak kebelakangan ini.

Nahas terburuk berlaku 13 Ogos lalu apabila seramai 22 orang maut setelah sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 229.1, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang, Perak.

Menurut Sui See, sekiranya permit LPKP hanya diberikan kepada pengendali yang sah, mereka akan memastikan semua syarat diperketatkan termasuk urusan permit laluan, keselamatan kenderaan dan kebajikan para pekerja.

Katanya, isu itu pernah dibangkitkan pada tahun 1999 dengan persatuan-persatuan kenderaan perdagangan mendesak supaya lesen dan permit diberikan kepada pengendali yang sah dan bukannya dialibabakan.


0 Responses to “Ekspres ‘ali baba’ — 50% permit bas, lori milik Melayu dijual kepada bukan bumiputera”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: