24
Aug
07

Jenayah kekerasan warga asing membimbangkan

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penglibatan warga asing dalam jenayah kekerasan kebelakangan ini amat membimbangkan, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow.Beliau berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 46 kes jenayah melibatkan warga asing dilaporkan membabitkan kegiatan bunuh, samun berkawan bersenjata api, samun bersenjata api dan rogol.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 18 kes dilaporkan melibatkan samun berkawan bersenjata api, bunuh (17), samun bersenjata api (lapan) dan rogol (tiga).

‘‘Penglibatan pendatang asing dalam jenayah indeks dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini ialah 1,823 kes berbanding tahun lalu (3,857) dan 2005 (3,118),” katanya ketika menjawab soalan Senator Siw Chun Eam pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Menurut Ah Kiow, bilangan warga asing yang mati kerana kes jenayah dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini ialah seramai 297 orang dan daripada jumlah itu lelaki sebanyak 249 orang manakala 48 lagi wanita.-UTUSAN


0 Responses to “Jenayah kekerasan warga asing membimbangkan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: