24
Aug
07

Jenayah rogol makin serius

KUALA LUMPUR 24 Julai – Sebanyak 10,229 kes jenayah rogol dilaporkan dalam tempoh enam tahun sejak 2002 hingga Mei tahun ini, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow.Beliau berkata, sebanyak 1,191 kes rogol dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini meskipun daripada jumlah itu sebanyak 1,048 kes berjaya diselesaikan.

Menurut beliau, pada tahun lalu sebanyak 2,431 kes dilaporkan dan daripada jumlah itu sebanyak 2,104 kes berjaya diselesaikan.

‘‘Walaupun kadar penyelesaian adalah tinggi tetapi trend peningkatan jenayah rogol sejak kebelakangan ini amat membimbangkan,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Omar Faudzar pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Omar dalam soalannya meminta Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menyatakan apakah langkah yang diambil kerajaan untuk memastikan jenayah rogol yang meningkat sejak 2002 dapat dikurangkan.

Menurut Ah Kiow, kementerian bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil pelbagai langkah untuk mencegah serta menangani jenayah rogol seperti memperbanyakkan Ibu Pejabat Daerah Polis, balai polis dan menempatkan lebih ramai anggota polis di bandar dan kawasan yang kadar jenayahnya tinggi.

Katanya, kementerian turut memperbanyakkan kereta peronda polis dan peralatan supaya PDRM dapat mempertingkatkan rondaan agar kehadiran anggota polis dapat menakutkan penjenayah.

‘‘Kementerian juga membuat pindaan terhadap Kanun Keseksaan Seksyen 376 dengan meningkatkan hukuman yang lebih berat ke atas pesalah rogol daripada minimum lima tahun kepada enam tahun dan maksimum 20 tahun kepada 30 tahun serta sebatan.

“Pindaan ke atas akta itu telah mula dikuatkuasakan,” ujarnya.


0 Responses to “Jenayah rogol makin serius”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: