24
Aug
07

Kibar Jalur Gemilang tak perlu paksaan

13-08-2007 12:15:57 PMWARGA Malaysia bukanlah tidak prihatin tentang kemuncak sambutan ulang tahun ke-50 negara kita, tetapi mengapakah setelah sekian kali pihak pemimpin melalui pelbagai saluran di televisyen supaya rakyat sekalian mengibarkan Jalur Gemilang samada di kenderaan-kenderaan, bangunan-bangunan, gedung-gedung dan premis perniagaan, rumah-rumah dan sebagainya, rata-rata sambutannya amat dingin sekali.

Pada firasat saya, sesiapa pun termasuk warga Malaysia kebanyakannya pantang dipaksa dalam sesuatu arahan kerana tidak suka dianggap seperti budak-budak kecil atau kanak-kanak sekolah yang boleh disuruh-suruh.

Maka adalah tidak wajar mereka didesak-desak untuk melakukan sesuatu kerana mengikut perintah kerana jika sesuatu tindakan dibuat kerana paksaan, ianya menunjukkan bahawa ia tidak dilakukan ikhlas dan menimbulkan situasi kepura-puraan saja akhirnya.

Pihak stesen televisyen juga sering mengetengahkan pengacara-pengacara muda yang masih mentah untuk memberi peringatan yang berupa seperti arahan kepada warga Malaysia yang memang kebanyakannya lebih matang dan lebih dewasa dalam serba serbi dalam ertikata sebenarnya.

Jadi bagaimana akan tercapai sesuatu jika sekiranya mereka yang berhajatkan sesuatu telah menyalahgunakan taktik dan menggunakan media atau individu-individu tertentu yang kurang meyakinkan seperti bertindak secara terburu-buru dengan cara melampau hinggakan menghantar pihak-pihak atau agen-agen dari media-media menerjah kelokasi-lokasi tertentu, membuat liputan dan rakaman bertujuan untuk mendedahkan mereka-mereka yang tidak menurut perintah dalam usaha mengarahkan mereka-mereka yang berkenaan untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Dengan cara memaparkan bangunan-bangunan dan premis-premis swasta dan persendirian yang tidak mempamerkan atau mengibarkan Jalur Gemilang ini pun satu tindakan yang memberi gambaran yang tidak menyenangkan warga Malaysia yang tidak suka cara pihak berkenaan melakukan sesuatu tindak-tanduk yang berupa seperti ala ugutan dan cemuhan terhadap mereka yang kononnya ingkar akan arahan pihak atasan. Maka akan bertambah lagi sikap tidak perduli mereka terhadap gara-gara mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia.

Diharap pihak yang berkenaan sila ambil perhatian dan janganlah bertindak secara melulu dan melampaui batas-batas normal hinggakan orang naik bosan dengan tindak-tanduk yang keterlaluan diakhirnya.

Sesuatu daya penerapan dan tahap taat setia seseorang itu adalah melalui ketulusan dan keikhlasan yang bermula dari niat yang datang dari hati sanubari, bukannya dari sesuatu sifat angkuh untuk menunjuk-nunjuk dan menonjol-nonjol akan sikap keegoan seseorang itu.

-Commonlysense Soul-


1 Response to “Kibar Jalur Gemilang tak perlu paksaan”


  1. 1 Jeremy Ong
    March 7, 2008 at 8:19 am

    Nice man !!! Keep it up !!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: