24
Aug
07

Orang Indonesia tuduh Malaysia sombong

21-08-2007 02:55:42 PM
Oleh MOHD NASIR YUSOFFJAKARTA: Benarkah rakyat Indonesia memandang Malaysia sebagai sombong? Kalau benar, kenapa? Kemukakan soalan ini kepada 10 orang di sini dan tujuh daripada mereka akan mengakui ia benar.

Antara alasan bagi jawapan ini ialah Malaysia sombong kerana membiarkan rakyatnya menganiaya pembantu rumah dari Indonesia; memeras tenaga kerja Indonesia (TKI) untuk pembangunannya dan setelah habis manis sepah dibuang; tidak membayar gaji TKI; dan memenjarakan TKI yang hanya menumpang mencari rezeki di Malaysia.

Malaysia juga dilihat sombong kerana merasakan ia lebih maju daripada Indonesia; lupa bahawa ia pernah berguru kepada Indonesia; tidak menghargai tenaga TKI yang banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia; dan suka mencaplok (mencuri) wilayah Indonesia.

Malaysia juga dikatakan sering menuduh Indonesia `mengeksport’ asap dan jerebu sedangkan yang membakar hutan di Indonesia termasuk syarikat perladangan sawit Malaysia juga; dan rakyat Malaysia suka mencuri balak Indonesia.

PERSEPSI NEGATIF MENGENAI M’SIA

Daripada lebih 50 orang yang ditemubual Bernama di sini mengakui sangat tidak suka mendengar mahupun membaca perkataan Indon yang digunakan bagi merujuk kepada rakyat Indonesia kerana mereka menganggapnya bermaksud penghinaan.

Malah, Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur sendiri sudah membantah penggunaannya oleh media massa Malaysia.

Lebih-lebih lagi penggunaan perkataan itu dalam media massa yang berkaitan laporan perlakuan jenayah di Malaysia yang disyaki dilakukan oleh orang Indonesia ataupun dakwaan mereka membawa pelbagai penyakit ke Malaysia.

Sebab-sebab yang dinyatakan itu, yang banyak dilaporkan media massa tempatan sejak tiga tahun kebelakangan ini, merupakan antara punca utama sering terjadinya demonstrasi yang kalaupun bukan anti-Malaysia tetapi menunjukkan suatu bentuk kemarahan terhadap Malaysia.

Boleh dikatakan Malaysia merupakan antara segelintir negara asing yang paling kerap menjadi sasaran demonstrasi rakyat Indonesia, baik di Jakarta mahupun di bandarbandar besar yang lainnya, kedua tertinggi daripada segi bilangannya selepas sebuah negara kuasa besar.

Pemerhati sosial dan perhubungan antarabangsa Indonesia Dr Yusherman memberitahu Bernama di sini bahawa persepsi Malaysia sombong memang masih wujud di kalangan segelintir rakyat Indonesia yang tidak mendapat maklumat sebenar mengenai pelbagai isu dalam hubungan dua hala keduadua negara.

MAKLUMAT SALAH MENJADI PUNCA

Beliau memberi contoh antara ratusan ribu TKI tanpa izin yang sudah dihantar pulang oleh Malaysia tentunya ada yang menceritakan kepada saudara mara dan jiran mengenai pengalaman buruk mereka semasa bekerja secara haram di Malaysia seperti bagaimana mereka terpaksa menyembunyikan diri, ditahan polis dan dipenjara.

Mereka tentunya tidak memberitahu kenapa mereka diperlakukan sebegitu, bahawa mereka masuk ke Malaysia secara haram dan bekerja tanpa permit, bahawa mereka sebenarnya menceroboh masuk negara orang, itu tidak diceritakan, katanya yang menambah kata melalui cerita-cerita itu mereka dapat meraih simpati.

Yusherman berkata keadaan itu bertambah buruk akibat pemberitaan oleh media massa Indonesia yang dikenali keras dan kental patriotisme sehingga dalam banyak ketika laporan mereka bukan saja bias kepada pekerja tanpa izin itu malah cenderung menyalahkan negara lain di sebalik menilai kepincangan sendiri.

Mengulas laporan media massa mengenai hubungan dua hala Malaysia-Indonesia yang sudah mencapai separuh abad ini, wartawan senior Indonesia Asro Kamal Rokan berkata media massa perlu lebih berhati-hati dalam laporan kerana sedikit kesilapan fakta atau adanya fakta yang diabaikan boleh menjejaskan hubungan baik dan mencetuskan isu.

Ini kerana jika wartawan salah memahami sesuatu fakta atau mengabaikannya, maka salahlah laporan yang dibuat dan ia sering diterima bulat-bulat oleh pembaca sehingga menimbulkan kekeliruan. Keliru wartawan, kelirulah pembaca, katanya.

PERSEFAHAMAN LEBIH BAIK DIPERLUKAN

Asro yang juga pengurus besar dan ketua pengarang agensi berita nasional Indonesia, ANTARA, berkata terdapat keperluan bagi maklumat seimbang dan persefahaman lebih baik antara media massa kedua-dua negara.

Bagi tujuan ini, ANTARA dan BERNAMA mengambil inisiatif untuk mewujudkan Forum Media Malaysia-Indonesia.

Forum itu akan membantu menjana persefahaman lebih baik akan isu-isu semasa dan menyediakan maklumat tepat bagi pemimpin-pemimpin Malaysia dan Indonesia berhubung isu-isu berbangkit.

Berbalik kepada Yusherman, katanya pucuk pimpinan Indonesia bukan seperti mereka di peringkat akar umbi dengan kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melihat Malaysia di sebaliknya.

Malaysia dilihat sebagai rakan dalam pembangunan dan kedua-duanya saling melengkapi kehebatan mereka demi pembangunan, katanya dan menambah kata perkembangan terbaru menunjukkan banyak daripada persepsi lama akan Malaysia di mata warga Indonesia bukan lagi relevan.

Katanya pimpinan Indonesia menjadikan kekalahan Indonesia di ICJ dalam isu tuntutan bertindih Sipadan dan Ligitan sebagai titik tolak untuk melihat dan mencari kelemahan sendiri untuk diperbaiki supaya tidak berulang lagi.

Dan hakikat kedua-dua pulau kecil di perairan luar Sabah itu kini menjadi hak milik Malaysia telah diterima dan tidak diungkit lagi.

KESERONOKAN DEMOKRASI MEDIA TURUT JADI PUNCA

Berkaitan dengan laporan media massa juga, ketua jawatankuasa hubungan luar negara Majlis Ulema Indonesia K.H.M Junaidi berkata perlu diingat bahawa akhbar radio dan televisyen Indonesia kini masih dalam `keseronokan’ demokrasi berikutan berakhirnya pemerintahn Suharto yang sebelum ini begitu mencengkam kebebasan media.

“Dalam keadaan keseronokan ini, mereka bukan sahaja tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan melaporkan apa sahaja berita dengan sebebas-bebasnya, malah mengancam hampir semua pemimpin Indonesia dan negara sendiri…apatah lagi Malaysia dan negara asing lain,” katanya.

Dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia beliau berkata Malaysia diharap dapat bersabar apabila terjadi demonstrasi di kedutaan dan pejabat konsulnya di republik ini akibat sentimen yang diapi-apikan oleh media massa, walaupun rakyat Indonesia sendiri tahu tindakan demonstrasi itu tidak akan menyelesaikan masalah.

“Baik media massa Indonesia mahupun di Malaysia saya sangat berharap mereka mengawal diri kerana tidak mustahil ada pihak ketiga atau pihak luar yang tidak ingin melihat hubungan kita berjalan baik dan mengambil kesempatan daripada sentimen melulu itu,” katanya.

Oleh itu, membetulkan persepsi mengenai Malaysia dan Indonesia adalah penting bagi hubungan antara kedua-dua negara. BERNAMA


9 Responses to “Orang Indonesia tuduh Malaysia sombong”


  1. 1 Julian
    September 2, 2007 at 4:37 am

    Persahabatan kedua bangsa (Indonesia-Malaysia) akan semakin rawan apabila tidak ada perbaikan cara pandang bangsa Malaysia terhadap bangsa Indonesia, demikian juga sebaliknya.
    Kesan arogan dan melecehkan terjadi karena bangsa Malaysia (tentu tidak semuanya) memandang semua warga negara Indonesia dengan stereotipe “TKI ilegal yang kotor dan tidak berpendidikan”. Akibatnya semua orang Indonesia yang datang ke Malaysia diperlakukan dengan tidak bersahabat oleh orang Malaysia. Kalau pelakunya orang biasa, mungkin bisa dimaklumi, namun perlakuan “merendahkan” juga dilakukan oleh para petugas dari instansi pemerintahan seperti petugas imigrasi dan kepolisian. Fatalnya juga, perlakuan itu tidak hanya dilakukan terhadap TKI saja, tetapi juga wisatawan bahkan kontingen nasional Indonesia. Pemukulan polisi Malaysia terhadap wasit karate Indonesia, Donald Luther Kolopita ataupun perlakuan kasar polisi Malaysia terhadap turis asalIndonesia, Budiman Bachtiar Harsa adalah sekedar contoh generalisasi persepsi bangsa Malaysia terhadap bangsa Indonesia yang dimanifestasikan menjadi tindakan bodoh dan tidak beradab.
    Kiranya kedua bangsa perlu mengoreksi diri dengan mengambil langkah-langkah nyata demi perbaikan hubungan negara yang memang secara geografis bertetangga. Apabila tidak, persepsi satu sama lain akan semakin meruncing dan bisa menjadi bom waktu yang berbahaya bagi keharmonisan kedua negara yang konon katanya serumpun.

    Wassalam,
    Julian

  2. 2 niar-kun
    September 2, 2007 at 11:51 am

    Assalamualaikum

    kita sama2 orang islam.. jika ada saudara kita walaupun dari negara lain ditindas, dianiaya, apa malaysia begitu canggung untuk meminta maaf, bahkan hanya kepada saudaranya sendiri?

    Bukankah mereka makhluk Allah, kenapa kalian memperlakukan dengan tidak semestinya perlakuan terhadap manusia?

    Knapa kalian meniru sifat zionis israel padahal kalian membenci israel?

    Indonesia punya salah dengan malaysia, malaysia pun juga punya salah dengan indonesia. Janganlah kita saling dendam, yang bersalah minta maaf, dan kita memaafkan- bukankah itu adalah hal yang indah..

    Dimana hatimu saudaraku….

    wa’alaikum salam

  3. 3 niar-kun
    September 2, 2007 at 11:53 am

    btw.. judulmu salah satu bentuk sara.. nanti bisa memprovokasi… mohon diganti.. “tutupilah aib saudaramu maka Allah akan menutup aibmu di akhirat nanti”

  4. 4 mamat
    September 2, 2007 at 2:24 pm

    Wahai Warganegara Malaysia,
    Ass’kum.
    Selalu warga Indonesia akan menunding jari keatas Malaysia walaupun kes kecil, mereka rasa lebih besar and agung daripada kita, yang kita aysik takut kenapa, berapa rakyat kit telah dibunuh, rompak dan dirogol, ada kita buta demostrasi, tidak kerana kita bangsa yang bertamadun. Kita selalu maafkan keganasan mereka dgn mengkaitkan `serumpun” tetapi mereka tak akan akui kita serumpun dan rasa mereka lebih berkuasa dan kita adalah orang yang lebih rendah drp mereka-ada yang kaitkan kita sebagai pelari, cukuplah, kiat tidak ada kekurangkan, bukan Bangsa lemah, jangan rasa takut, jangan jadi mcm Utusan Malaysia-Jaguh Kampung-jika isu Pas atau libatkan kaum lain yang lemah meraka akan beasr besarkan tapi dgn isu negara mereka membisu, rasa takut… biar kita berdiri sebagai Rakyat Malaysia, hari ini kawan saya dari kaum toinghua dan India pun sedia mempertahankan ibu petiwi kita.. tengok website siswasah Indonesia, mereka mencaci kita. cukuplah… banyak rakyat mereka dtg sini utk cari makan dan kita telah banyak bersabar…inikah balasan, bakar bendera M’sia di ambang Kemerderkaan…ingat. ambang p

  5. 5 syuhada
    September 4, 2007 at 6:42 am

    cinta indonesia dan malaysia…..
    janganlah ada masalah lagi…… biarlah persahabatan dua negara ini berterusan.

  6. 6 mael
    September 12, 2007 at 2:52 am

    ALLAHUAKHBAR…..ALLAHUAKHBAR…..ALLAHUAKHBAR….

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani….

    Ingin saya sedarkan bahawa…Indon datang sini dengan secara haram….. Tanpa passport… tanpa permit kerja.. Pegi lah ke kawasan2 kilang dan tapak2 pembinaan di Malaysia ni. Berapa ramai Indon yg ada. Mereka bnyk buat jenayah…. tapi mereka sukar….malah gagal dikesan kerana kedatangan mereka tidak direkodkan. Ini yang menimbulkan masalah…. rakyat Malaysia terhadap rakyat Indon…. Mereka ingat mereka ada ilmu kebatinan yang tinggi…. sebab tu… mereka suka bergaduh, memukul, membunuh, memukau, mencuri, merogol dan sebagainya.Jadi.. tidak perlu tunduk pada mereka.. Haruskah kita masih tunduk kepada mereka apabila mereka MEMBAKAR BENDERA MALAYSIA?? Bendera adalah lambang kpda ketuanan dan simbol DIRI kita rakyat Malaysia.

    Kita merasa bangga..dan megah bila… bendera Malaysia berkibar dimana-mana majlis dunia. kita bangga…. apabila Sapok Buki mengibarkan bendera Malaysia di dalam gelanganng tinju dalam Komenwel 1998. Mengapa????
    Kerana kita tahu bendera itu adalah wakil diri kita RAKYAT MALAYSIA!!!!! Siapa Malaysia??? Malaysia adalah kita!!!! Kitalah MALAYSIA. Malaysia adalah pangilan kepada diri kita sebagai rakyat Malaysia. Pangilan kepada saya, Malaysia adalah nama kepada ANDA rakyat Malaysia yang membaca artikel ini! Dan Malaysia adalah nama kepada seluruh warga negara ini.

    OLEH ITU……

    Apabila bendera Malaysia DIBAKAR!!!! bermakna seluruh rakyat Malaysia telah dibakar.

    INI KERANA JIWA SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERADA DIDALAM SETIAP BENDERA MALAYSIA. BENDERA MALAYSIA ADALAH DIRI KITA!!!RAKYAT MALAYSIA!!!!

    Allahuakbar…Allahuakhbar….Allahuakhbar…

  7. 7 LUPI
    October 29, 2007 at 8:56 am

    Untuk orang2 MALAS,..
    datang saja ke Indonesia,.

  8. 8 LUPI
    October 29, 2007 at 8:59 am

    Untuk mael,. jangan berlagak seperti Muslim Ta’at!
    Takbirmu Non sense,.

    I declare war to all “malas”,. sampai saat kalian bisa tau diri dan menghargai.

  9. 9 hairul
    August 5, 2008 at 4:04 am

    assalamualaikum dan salam sejahtera semua

    Saya mulakan dengan doa dan harapan semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayahNya semasa mengeluarkan pendapat di ruangan ini. Suka saya syorkan supaya kita semua dapat memberi buah fikiran dengan mengambilkira banyak perkara di sekeliling kita demi membawa kebaikan kepada dua belah pihak. Sememang setiap sesuatu pasti akan ada pro dan kontranya. Ruangan ini juga tidak lari dari mengahadapi situasi yang serupa.

    Saya percaya semua orang inginkan kebaikan dan jika kita teruskan dengan mengeluarkan perkataan yang mengguris hati sebelah pihak,kita tidak akan ke mana. Kebaikan tidak akan datang kepada kita dan ini akan menyemai bibit bibit permusuhan di antara kita. Perasaan ini akan tersemai di dalam hati kita dan sudah tentu dalam masa yang sama kita juga hendak kan orang di sekeliling kita merasai perasaan kita atau mempengaruhi orang lain supaya bersetuju dengan kita.

    Saya syorkan supaya kita semua belajar dan mengkaji sejarah kedua-dua buah negara dari dahulu hingga sekarang supaya kita lebih memahami kedua-dua negara dan kita dapat mengutarakan pendapat dan yang lebih membina. Pendapat kita sebagai rakyat bukanlah mewakili suara ramai. Kita hanya memberi pendapat dan pandangan kebanyakannya hanya berdasarkan apa yang kita lalui dan kita lihat dan mungkin apa yang kita dengar dari orang ketiga. menyampaikan apa yang kita dengar dari orang ketiga inilah yang boleh mengelirukan dan mengeruhkan suasana jika ianya suatu perkara yang berat sebelah.

    Saya seorang rakyat malaysia yang sudah banyak kali pergi ke indonesia kerana kerjaya saya membolehkan saya ke beberapa tempat di indonesia dan bukan indonesia sahaja tempat yang telah saya lawati. Tempat tempat yang lebih membangun dari malaysia pun banyak yang sudah saya lawati. Hasilnya semua ini memberi kesedaran kepada saya rezeki yang Allah berikan kepada hambanya adalah berbeza-beza tapi ini(kekayaan) bukan menjadi kayu ukur darjat seseorang. Kita semua tahu dan akui iman dan takwalah yang akan menjadi ukuran di sisi Allah. Walau bagimanapun kita sebagai insan yang lemah sentiasa ada perasaan sombong dan bongkak di hati kita. Jika kita perhatikan orng yang lemah iman dan takwanya, walau hidupnya dalam kemewahan tetapi tahap kesombongan dan egonya sangat tinggi dan mereka yang kurang berada selalu merasa rendah diri. Eloklah kita jauhkan diri kita dari sifat yang negatif ini. Walau sekaya mana pun kita jauhkan dari sikap yang cela ini.

    Situasi di malaysia dan indonesia pun sama. Ada org kaya dan ramai org kurang berada jangan lah kita merasa kita lebih tinggi darjat dari org lain hanya disebabkan org lain datang ke tempat kita untuk mencari rezeki. Kita patut bersyukur kerana ekonomi malaysia mungkin lebih baik dan dapat memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat dan pekerja luar. Di dunia kita memang ada sempadan negara sebab kita nak menjaga dan mentadbir keselamatan, kestabilan, ekonomi dan sosial sesebuah negara tetapi di hadapan Allah semua kita ini adalah hambanya dan semua hambanya bebas bergerak mencari rezeki di mana mana dengan cara halal. Jadi semua org ada hak untuk mencari rezeki yang halal dan lebih baik semestinya. Ini adalah sebab kenapa ramai pekerja indonesia di sini. masuk tanpa izin memang menyalahi undang undang sesebuah negara tetapi adakah menyalahi undang undang Allah. Jika kita tanya seseorang individu yang mana tempat kelahirannya tidak memberi peluang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan baik, adakah dia sanggup mengambil risiko datang ke negara lain untuk mendapatkan pekerjaan walaupun risiko yang perlu dihadapinya tinggi??? Salah di sisi undang undang manusia tetapi tidak salah di sisi Allah. Risiko ditangkap, dipenjara dan dihantar pulang. Saya rasa ramai yang mahu sebab keadaan geografi negara kita membolehkan ini berlaku. Lagipun potensi untuk ditangkap adalah 50-50. Lagipun kita digalakkan untuk meningkatkan ekonomi kita dan keluarga kita. jadi org malysia kena faham kenapa terdapat sebilangan rakyat indonesia yang datang ke sini untuk mencari rezeki.

    Masalah sosial dan jenayah yang berlaku bila ada kemasukan rakayat negara luar perlu kita fahami. Manusia memang ada naluri jahat di dalam dirinya cuma dimana tahapnya yang akan membezakan perlakuan dan tindakan mereka. Tak dinafikan ramai yang mengambil peluang hijrah ke sini untuk betul betul membina kehidupan yang lebih baik. Yang mengambil kesempatan menjalankan kegiatan yang tak baik pun banyak. Kedua-dua negara perlu memainkan peranan untuk menangani perkara perkara yang tak baik ini. Bila banyak kemasukan warga asing, semakin besarlah tanggungjawab penguatkuasaan undang undang di negara kita. Kita perlu bersedia untuk membendung kegiatan dan aktiviti yang tak baik ini. Agensi yang terlibat di dalam pengambilan pekerja asing mesti memainkan peranan dan lebih bertanggungjawab di dalam proses yang dilakukan supaya yang datang boleh bekerja tanpa potensi melakukan kegiatan tak baik. ini adalah tanggungjawab mereka, bukan hanya untuk menyediakan pekerja dan mencari untung sahaja. Di pihak malaysia dan indonesia mesti ada tanggungjawab masing masing. Tapisan keselamatan mesti dilakukan dan ini mesti dijadikan prosedur wajib untuk membendung kegiatan tak baik. Banyak kejadian seperti kahwin lari boleh dielakkan jika kita ada prosedur ketat dan pemantauan yang kuat dan berkesan. Malaysia kan ada MS ISO, semua prosedur boleh diatur dan diikuti tanpa gagal. kalau beri banyak alasan itu ini tak boleh, tak perlulah duduk di imigresen atau tempat tempat yang menjaga kemasukan pekerja luar.

    Bila terjadi kes pelanggaran undang melibatkan undang undang, semua akan menuding jari, org itu tak betullah, dia sahaja yang betul tapi kalau kita kaji balik kejadia ni jadi sebab sistem pelaksanan dan pemantauan kita tak bagus. Ada loop hole, org boleh manipulasi dan yang jadi mangsa ialah pekerja luar ini. Duduk di sini tanpa kemasukan yang sah dan tidak dilindungi. Yang kaut untung org yang bawa masuk dan berkepentingan.

    Lagi satu perkara, pelanggaran undang undang dan sebagainya boleh terjadi jika pekerja tidak di selia dengan betul. sebagai contoh keperluan pekerjaan di ladang-ladang. org tempatan nak gaji tinggi sebab itu memang kadar yang diperlukan untyuk menyara hidup di sini. pekerja luar boleh diberi gaji yang lebih murah sebab nya walaupun murah tetapi ia berkali ganda dari pendapatan di tempat asal mereka dan mereka terpaksa terima kerana kita tak ada gaji minimum. lagipun perlindungan yang macam mana mereka ada untuk menyuarakan hak mereka??? Bila nak bawa masuk pekerja secara legal, banyak pakai duit jadi ambil yang illegal lebih murah. bila ada serbuan boleh sorok di tengah ladang ladang nenas atau kelapa sawit. kalau ladang jagung lagi best kan boleh main nyorok nyorok dengan polis. tunduk sikit dah tak nampak kepala. ladang punye lah besar tapi pekerja yang didaftar cuma 10 org. yang lain jadi chipsmore..sekejap ada sekejap takde. bila pekerja ni tak di jaga dengan baik dan takde permit, tokeh pun jaga tak betul, gaji pun ikut suka nak bagi…bile dah fed up. pekerja mesti cari jalan lain nak utk cari makan. Jalan betul?? jalan tak betul??? Kita sentiasa ada dua pilihan, betul dan salah. Tepuk dada tanya selera. kalau iman tipis kita tahu jawapannya.

    Jadi saudara saudari, kalau kita berterusan menuding jari dan menyalahkan org lain bila terjadi sesuatu yang tidak baik, kita akan kerugian dan akan membesarkan lagi masalah yang ada. Tak perlu lah kita memberatkan fikiran kita dengan perkara perkara yang negatif. Kita perlu tangani sesuatu masalah dengan bijaksana.Perbaiki sistem kemasukan pekerja luar.

    Saya lebih suka jika moderator ruangan ini boleh memainkan peranan sebagai org tengah dalam mencari idea idea bernas daripada pengunjung laman ini agar isu isu berbangkit dapat ditangani dengan baik. Memberi input untuk kebaikan lebih dialukan daripada menyemarakkan api kebencian. Allah Maha Kuasa, mana tahu suatu hari nanti senario hari ini menjadi sebaliknya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: