24
Aug
07

Perbuatan sihir dikeji Allah

Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN:
APAKAH pandangan Islam mengenai ilmu sihir, mempercayai serta menggunakan ilmu sihir untuk menyakiti orang lain?

JAWAPAN:

Islam menentang keras perbuatan sihir dan tukang sihir. Ini termasuklah menghantar kejahatan serta kerosakan melalui ilmu-ilmu hitam. Perbuatan ini amat dikeji oleh Islam, malahan pengamalnya akan dimurkai Allah. Perbuatan ini juga jelas bertentangan dengan akidah ahlu sunnah wa jamaah.

Tentang orang yang belajar ilmu sihir, al-Quran mengatakan: Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka. (al-Baqarah: 102)

Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh merosakkan dan menghancurkan sesuatu bangsa sebelum terkena kepada peribadi seseorang dan dapat menurunkan darjat pelakunya di dunia dan akhirat. Baginda bersabda yang bermaksud: Jauhilah tujuh perkara besar yang merosak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali kerana hak; 4) makan harta riba 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ahli fiqh mengkategorikan, bahwa sihir itu bererti kufur atau membawa kepada kufur. Sementara itu, ada juga yang berpendapat: ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat daripada bahaya sihir.

Al-Quran juga telah mengajar kita supaya berlindung diri kepada Allah daripada kejahatan tukang sihir, firmanNya: (Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul. (al-Falaq: 4)

Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis baginda menyatakan yang bermaksud: “Barang siapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barang siapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik.” (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya kepercayaan).

Sebagaimana halnya Islam telah mengharamkan pergi ke tempat dukun untuk menanyakan perkara-perkara ghaib, begitu juga Islam mengharamkan perbuatan sihir atau pergi ke tukang sihir untuk mengubati suatu penyakit yang telah dihantar atau dituju kepadanya. Cara-cara semacam ini tidak diakuinya oleh Nabi sebagai umatnya. Sebagaimana sabdanya: “Tidak termasuk golongan kami (bukan pengikut Rasulullah) , barang siapa yang menganggap sial kerana alamat (tathayyur) atau minta dielak kesialannya dan menenung atau minta ditenungkan, atau menyihir atau minta disihirkan.” (Riwayat Bazzar dengan sanad yang baik)

Ibnu Mas‘ud juga pernah berkata:

“Barang siapa pergi ke tukang ramal, atau ke tukang sihir atau ke tukang tenung, kemudian ia bertanya dan percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka sungguh dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.” (Riwayat Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang baik).

Dan bersabda pula Rasulullah: “Tidak akan masuk syurga pencandu arak, dan tidak pula orang yang percaya kepada sihir dan tidak pula orang yang memutuskan silaturahim.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Haramnya pengamalan sihir di sini tidak hanya terbatas kepada si tukang sihirnya saja, bahkan meliputi setiap orang yang percaya kepada sihir dan percaya kepada apa yang dikatakan oleh si tukang sihir itu.

Lebih hebat lagi haram dan kejahatannya apabila sihir itu dipergunakan untuk tujuan-tujuan yang haram, seperti menceraikan antara suami-isteri, mengganggu seseorang, menjatuhkan seseorang dan sebagainya yang biasa dikenal di kalangan ahli-ahli sihir.

SOALAN:

Seorang sahabat saya terkena buatan orang (sihir), perkara ini sudah lama (sudah acap kali berubat bila sudah hampir pulih, orang berkenaan pasti menghantar lagi). Tapi kerana dengki khianat manusia, dia sentiasa ‘dihantar’ dengan benda-benda yang tidak elok dengan orang yang tidak berpuasa hati dengannya.

Baru-baru ini, dia ada pergi berubat dan orang yang mengubatinya meminta dia mencari seekor ayam kampung yang tidak bertelur lagi untuk buang segala benda yang ‘dihantar’. Apakah hukum menggunakan ayam kampung itu? Apakah panduan dalam berubat bagi kes-kes sihir dan ilmu hitam begini?

JAWAPAN:

Setiap penyakit ada penawarnya dan setiap sesuatu atas dunia ini ada kelemahannya. Mungkin mengikut pengamal perubatan, melihat kelemahan santau itu boleh dihilangkan dan dilemahkan dengan seekor ayam betina yang belum bertelur.

Sekiranya santau itu dapat dibuang dengan ayam kampung yang belum bertelur maka tidak salah menyediakannya. Ini kerana ada penyakit yang berpunca daripada santau yang dihantar secara halus dapat dibuang dan diubat melalui ilmu yang seumpama dengannya. Sebab itulah harus bagi seseorang yang ingin berubat dari penyakit santau menurut kehendak pengubat.

Walau bagaimanapun, orang Islam wajib meyakini bahawa apa sahaja yang menimpa manusia adalah dengan izin Allah. Kita sakit atau sihat, semua itu pemberian Allah. Cuma manusia berusaha dengan daya usaha dan ikhtiar yang ada pada seseorang itu.

Dalam kes yang sebegini Islam mengharuskan membuang sesuatu sihir itu dengan ilmu sihir yang lain. Sekiranya dengan takdir Allah, orang yang disantau tadi sembuh daripada penyakitnya, maka yang wajib kita yakini ialah Allah jualah penyebab sembuhnya itu.


2 Responses to “Perbuatan sihir dikeji Allah”


  1. January 13, 2008 at 3:22 pm

    sy ade seorang kwn yg suke sgt sihirkn org.bahkan satu keluarganya suka main sihir dan penduduk di kawasan rumahnya sudah tahu perangai keluarga mereka.kakaknya menggunakan sihir di tmpt kerja sehingga dinaikkn pngkt mnjd manager sedangkn tdk berpelajaran.teman lelakinya yg sekarang juga disihirkan.die juga bermulut jahat dan suka melaga-lagakan rakan di tmpt kerja baru2 ini supervisor sy dah letak jwtn kerana sering bergado dgn manager.semuanya disebabkn hasutan die.kami semua rase die telah bomohkn manager kami kerana die brani melawan manager dan boss.sebenarnya ini merupakan taktiknya utk menjatuhkn super visor dan mangambil jawatannya.die juga sering membawa makanan dr rmh utk kami.dulu kami ademkn tp skrg kami terlalu berhati2.soalan sy,bagaimana nk hapuskn sihir kat mknn yg dia bawa.kdg2 die paksa kami mkn,kalau semua staf xnk mkin,kami takut die akn sedar..die juga x leh tengok org lebih sket dr die…kalo lebih sket ,die akn bomohkan….

  2. 2 Dono
    April 11, 2008 at 10:13 pm

    Ass.wr.wb,
    Memang semua yg terjadi pada diri manusia adalah ijin dari Allah S.W.T, namun sakit sihir bukan pemberian dari Allah S.W.T tapi ijin dariNYA, karena sesuatu mustahil terjadi tanpa ijin Allah S.W.T.
    Wassalam,Dono.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: