24
Aug
07

Sampai Bila Wahai UMNO?

Open Artikel Oleh syifaarjuna

Assalamualaikum…

Sampai bila..? Itu yang bermain di fikiran arjuna bila membaca keratan berita berkenaan kempen program Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) 2007 bermula 1 hingga 30 September ini (utusan,28/08/2007). Sejak hampir 50 tahun dahulu UMNO mendabik dada ingin mendaulatkan BANGSA dan memartabatkan BAHASA tetapi hingga sekarang, apakah hasilnya?.. Teruk..!

Bermula dari ahli parlimen yang sebahagian besarnya adalah Melayu sering ‘tersyasyul’ ketika berbahas sesuatu isu sehinggalah pelajar-pelajar sekolah menengah dan mahasiswa/si universiti tempatan yang sebahagian besarnya bercakap serta berbual secara ‘nasi kerabu’, ‘rojak’ dan pelbagai istilah lain yang jelas merosakkan BAHASA yang UMNO ingin martabatkan.

Sedarlah wahai UMNO.., sebenarnya sistem pendidikan kita perlu diubah jika betul-betul UMNO ingin mendaulatkan BANGSA dan BAHASA.



Ini kerana sudah jelas terbukti sistem yang sedia ada tidak dapat membentuk minda rakyat khususnya pelajar-pelajar dan mahasiswa/wi untuk cintakan BANGSA dan BAHASA.. malah lebih teruk bukan sahaja sudah lupakan BANGSA dan BAHASA tapi mengabaikan AGAMA..! Tanyalah, berapa orang dikalangan pelajar-pelajar sekolah rendah/menengah dan mahasiswa/wi universiti tempatan yang boleh membaca Al-Quran dengan baik dan lancar..? Yang istiqamah mengamalkan perintah yang wajib seperti solat dan sebagainya..? Yang akhlaknya betul-betul terbaik dan boleh dibanggakan?..Jawapannya amat mengecewakan..! Buktinya..? Mungkin anda masih ingat kajian yang dibuat oleh sebuah universiti tempatan pada tahun 2003 yang menyatakan fakta sebanyak 30.5 peratus pelajar universiti di negara ini yang ditanya pendapat mereka sanggup mengambil rasuah jika diberi peluang berbuat demikian (Utusan,15/08/2007), begitu juga dengan kes seorang pelajar perempuan dibelasah dan dirakamkan aksi bogel di Felda Keratong oleh 9 rakannya yang lain baru-baru ini (H.Metro,4/08/2007) dan banyak lagi kes dan kajian lain yang membuktikan sistem pendidikan yang sedia ada tidak berkualiti dan tidak berupaya melahirkan pelajar dan mahasiswa/wi yang sayangkan BANGSA dan BAHASA dengan mengaplikasikan akhlak yang terbaik seperti yang UMNO laung-laungkan. Buat malu sahaja..!

Beribu-ribu kempen cintakan bahasa boleh dianjurkan.. berjuta-juta ringgit boleh dilaburkan.. namun apakah gunanya, andai perkara asas tidak diperbetulkan..! Islam telah meletakkan satu sistem pendidikan yang syumul dalam melahirkan generasi yang mempunyai integriti pada peribadi yang boleh dibanggakan. Islam meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai asas dalam sistem pendidikan bukan mengagungkan sistem ciptaan manusia yang jelas-jelas bertentangan dengan hakikat ilmu yang dianugerahkan Allah kepada insan. Hentikanlah perbuatan dan kenyataan retorik serta hipokrit wahai UMNO.. rakyat bukan lagi bodoh..! Jangan sampai keris yang dihunus menikam diri sendiri..! Pilihanraya akan datang.. Pastikan milik ISLAM..! Hidup Islam.. Allahuakbar!


www.syifaarjuna.blogspot.com


0 Responses to “Sampai Bila Wahai UMNO?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: