24
Aug
07

SESI SOAL JAWAB bersama Dr. M.

Berikut ialah catatan sesi soal jawab bloggers bersama Tun Dr. Mahathir dalam majlis anjuran PRIMA pada 15 Ogos 2007. Transkrip penuh ucapan dan sesi soal jawab boleh dibaca di bahagian Sisipan Wacana Dr. M.

SESI SOAL JAWAB


SOALAN: Saya nak minta komen Yabhg Tun, pada hari Ahad baru-baru ini dalam laman kolum Sunday Star Joceline Tan ada quote political insider yang samakan Khairy Jamaluddin sebagai the younger Dr Mahathir and more of a political son than Mukhriz

DR. M: Ya memang tepat kerana saya seorang dictator. Ingat tak? Saya yang mengadakan satu pemerintahan yang keras, yang kejam, yang tangkap orang masuk dalam tahanan ISA sepanjang masa, yang belanja duit buat mega projek sehingga bankrap negara. Itulah Doktor Mahathir dan itulah Khairy. Its a compliment to him not to me.

SOALAN: Dua soalan. Pertama mengenai LID, kami bloggers dapat maklumat yang Tun pergi ke situ kerana dapat projek untuk anak Tun, Datuk Paduka Marina. Yang kedua paparan akhbar adakah sandiwara atau kenyataan di mana Tun begitu mesra dengan Dato Seri Najib dan YAB PM. Gambar berkenaan bimbangkan pembangkang yang harapkan Tun berada di sebelah pembangkang dan apakah pengamatan Tun selama tiga tahun Pak Lah menjadi PM secara umum.

DR. M: Berkenaan dengan samada anak saya dapat projek atau tidak di Langkawi, tanya dia lah, dia dok ada di sini. Kalau kita baik dengan orang kita dapat. Ini dok membangkang sebab itu kita tak dapat. Sebab itu kebanyakan yang orang kata “nak makan, cari makan, tak apalah…cari makan” . Baik lah dengan orang.

Berkenaan dengan dakwaan bahawa saya menyebelahi pembangkang. Saya tidak menyebelahi pembangkang!

Saya menyebelahi Negara saya, Bangsa saya, Agama saya dan Parti saya.

Bila saya kata saya menyebelahi parti saya tidak bermakna yang saya menyebelahi pemimpin parti.

Dulu saya biasa menentang Tunku Abdul Rahman. Bukan kerana saya tak sayang kepada Umno. Kerana saya sayang nak selamatkan Umno sebab itu saya menegur Tunku Abdul Rahman. Dan akhirnya dia undurlah kerana dia dengar juga. Kalau ada orang yang tak dengar itu bukan masalah saya lah. Saya bersetuju dengan sokongan kepada parti Umno. Kita mesti sokong parti Umno kerana parti Umno tak salah.

Parti Umno tak salah. Pemimpin Umno yang salah. Jangan sokong pemimpin. Tapi bila kita sokong parti orang anggap kita sokong pemimpin. Katalah dalam pilihanraya akan datang kita beri kemenangan 90 peratus kepada Umno. Apa dakwaan yang akan dibuat? “Lihatlah bagaimana pemimpin ini begitu sekali disokong oleh rakyat.”

Jadi kalau kita bagi 100 percent support untuk Umno it is because it is our Umno. (Tapi) dia punya terjemahan jadi lain. Sekarang ini dia adalah satu dilema lagi. Saya selalu bercakap pasal dilema. Pasal kata orang Melayu; “Telan mati emak, luah mati bapak”.

Inilah masalah kita hadapi. Kalau kita tak sokong Umno parti lawan menang. Kita tak mahu parti lawan menang, kita nak parti kita menang. Tapi bila kita menang orang tu kata dia menang. Jadi masalah pulak. Kita tak hendak kata dia menang. Kita nak kata Parti menang. Tapi dia nak claim kata dia menang.

Jadi apa dia pilihan bagi orang Umno? Terutama bagi Umno Johor. Umno Johor ni 100 per cent selalu menang. 100 per cent of all the seats dia menang. Apakah dia sanggup nak bagi parti lawan menang? Tak sangguplah. Jadi kalau tak sanggup orang ini akan claim “Ah! Tengok orang Johor semua sokong kami.” So that is the dilemma. How they are going to solve it don’t ask me. Saya cuma nak terangkan tentang kesalahan.

Kesalahan saya fikir kalau kita tidak air the truth maka dia akan diteruskan. Kesalahannya banyak. Kalau kita nak buat senarai kesalahan there is plenty. That is where we need bloggers.

Saya telah bercakap dengan satu kumpulan orang Umno juga yang sokong Kerajaan dan saya terang tentang masalah rasuah, masalah kesalahan yang dilakukan, mereka semua mengaku. Tetapi bila ditanya apa yang boleh buat, “Aaa…tak bolehlah. Kita tak bolehlah buat apa-apa. Kita nak cari makan. Nak hidup. Kalau tidak tak dapat kontrak. Kalau tidak tak dapat jadi Ketua Bahagian.”

Jadi, I want to say here that Umno has now become completely paralysed. Tak boleh nak buat apa dah.

Cuma yang kita harap bloggers lah. Kalau bloggers ini masih berani, tak tahulah sampai bila nak berani. Kerana bloggers pun ada macam-macam bloggers. Bukan semua bloggers tu bloggers. Ada yang masuk dalam web ini maki, guna perkataan yang kesat terhadap orang-orang tertentu dalam Kerajaan untuk menunjuk yang bloggers ini memang biadap. Jadi jangan percaya dengan semua bloggers. Jadi bila ada orang yang guna perkataan yang kotor, lucah, personal attack, monkey, monyet lah apa semua.

Jadi orang kata inilah bloggers, useless people don’t read. Read the main media. The Straits Times tells you the truth. No, bukan the Straits Times, the New Straits Times. Pasal Straits Times (Singapura) kadang-kadang dia lapor jugalah. Pasal dia terselamat. New Straits Times not so selamat. I am waiting for what is going to happen to the editor of the Star for allowing the article by former IGP to be published. I am quite sure somebody is going to get blasted for allowing that article to come out. My article of course will never come out because I do not know how to write. My English is very bad, my Malay is worse.

SOALAN: Berkenaan WPI.

DR. M: Saya ucap tahniah kepada Prowaris. Saya memang hari ini membuat satu speech yang dianggap cynical. Saya berasa orang Melayu ini terlangsung penakut! Bacul!

Sebab itu kita dijajah 450 tahun. Kenapa kita dijajah 450 tahun? Kerana kita tidak menentang Raja-Raja kita kerana Melayu tidak akan menderhaka kepada Rajanya. Sekarang transfer perkataan Raja kepada Presiden Parti. Ataupun Perdana Menteri. Tak menderhaka.

Sebab itulah kita tidak menentang kalau nak serah Singapura kepada British serahlah, kalau nak bagi Pulau Pinang bagilah. Kita tak pernah menentang sehinggalah apabila dicadangkan Malayan Union. Pada ketika itu barulah orang Melayu berani sedikit bangkit. Itupun ramai yang kata ini semua karut. Mereka tak boleh menentang. Ini kuasa besar. British dan Raja sudah pun tanda tangan. Kita tak boleh buat apa. Tapi sekarang ini saya nampak orang Melayu amat lemah sama sekali. Saya berucap berkenaan bahayanya rasuah apabila dianya berleluasa sehingga rakyat biasa sanggup, pengundi sanggup jual undi dengan harga cuma RM200. Bahaya.

Apabila tamat maka diadakan soal jawab, tak ada satupun yang menyentuh tentang bahaya ini. Semuanya bercakap pasal lain. Pasal masalah diri etc. Jadi seolah-olah kita tak peduli apa jadi pada negara kita. Ada lah beberapa kerat yang ambil berat tapi majoriti Melayu nak jaga kepentingan diri sendiri. Masing-masing nak tentukan dia akan terus jadi Ketua Bahagian, Ketua cawangan, jadi Menteri, jadi Timbalan Menteri, jadi Menteri Besar. Menteri Besar yang kita anggap begitu kuat sekalipun sekarang ini tunduk.

Saya pun tunduk juga. Saya hormat. Tapi hormat setakat jawatan sahaja. Tidak berkenaan dengan dasar dan pemikiran pimpinan yang ada sekarang ini. Bilakah orang Melayu yang ada hendak bangun dan menentang? Cuma bloggers sahaja. Bloggers berapa banyak? Berapa banyak yang baca atau mempunyai komputer untuk akses kepada website? Tak banyak. Yang lain semua cuba tanya. Saya dah bercakap dengan Menteri. “Yes sir I agree with you, but…” Selalu But! Benda yang betul betul salah. Hari ni kata; “Kita akan bina jambatan ini walau apapun dikatakan oleh Singapura”. Esok Perdana Menteri kata; “Kita tak akan bina jambatan ini” dan Menteri yang sama pun berkata; “Kita tak akan bina jambatan ini”.

Itu jenis manusia yang ada sekarang ini. Tak berani bercakap. Saya seorang bercakap tapi saya dihalang. Tak boleh jumpa orang itu, tak boleh jumpa orang ini. Menteri tak jumpa saya. Cuma adalah dua tiga kerat yang datang pasal sebab-sebab lain.

Saya waktu saya letak jawatan saya nak kata di sini terang-terang saya fikir masa saya bersara saya akan berjumpa berbual-bual, ada social gathering, berjumpa dengan kawan-kawan saya, colleague saya dalam Kabinet. Berhenti saja tak dak dah!

Tak boleh siapa pun jumpa. Saya diharamkan!

Ini tak ada Menteri yang protest. Adalah satu dua, I won’t say that tak ada langsung. Tu tak betul juga. Adalah satu dua. Tapi nak duduk dalam Kabinet jadi janganlah kuat sangat kalau nak menentang pun.

Dan apabila menentang Perdana Menteri kata datang jumpa saya. Lepas tu tak jumpa pun. Tapi dengan (kata-kata) “Datang jumpa saya” cukup dah, tamat dah masalah tu. Ini yang sedang berlaku. Sebab itu I’m a bit cynical.

I am disappointed. When I talk to young people in the University they are not interested. They are not interested in what is happening. They are interested in Akta Kolej dan Universiti Kolej. Kononnya kerana Akta itulah maka mereka tidak boleh bergerak. Itu semua bohong. Zaman British dulu saya juga tak dibenar terlibat dalam politik walaupun dalam universiti ataupun sebagai pegawai Kerajaan. Tapi ada cara kita boleh get around such regulations and rules. If you want. If you love your country you will take the risk. But this one tak ada pun. Minimal risk. Just to say out loud pun tak berani. Kalau nak cakap…bisik…”tengoklah macam ni, Pak Lah ni…”. That’s as far as you will go. I am so sorry to say this because I am disappointed in my own race!

Selama ini saya cuba nak tukar pemikiran orang Melayu. I failed and I am still failing. Okay, ada Prowaris but you have to gather force. You have to talk to people even if you are arrested you go and talk. Ini kita dengar ada orang kena panggil. Sepuluh jam kena query. Yang lain semua dah senyap dah. Tak berani. Sat lagi kena interrogate for 10 hours. Die-lah like that. Saya sakit jantung pulak. Kena macam ni teruklah saya.

But if you have only one person doing that it is not good enough. If you want to have something happen that is positive, you must get everybody. As many people as possible and do it openly. And say it loud and clear! I congratulate Prowaris for making a very sane study of this so-called Wilayah Iskandar.

Sebenarnya I am not anti-Chinese or anything like that. But the fact of life is that where you have a Chinese majority you cannot put a Malay candidate there. That is a fact of life. Its not that I am against. If you want to put a Chinese candidate in Kelantan, go ahead. But you are not going to win. So what will happen? I tell you what will happen to WPI.

Singapura akan melabur. Buat bangunan pencakar langit. Buat rumah mewah. Siapa yang nak duduk di situ? Orang Melayu? Orang Melayu saya tahu daripada saya kecil lagi saya tengok di Alor Setar. Tak ada orang Melayu di Alor Setar. Ada Pekan Melayu tetapi tak ada kedai Melayu. Kenapa? Apabila ditawar harga tanah yang begitu tinggi mereka tak tahan hati mereka jual, pindah dari bandar. Bandar membesar tiba-tiba harga tanah itu naik, ada orang tawar harga yang tinggi sekali lagi dia jual dan dia pindah luar daripada kawasan yang sudah luas ini. Akhirnya dia masuk ke dalam hutan.

Apa akan jadi di WPI ini adalah sama iaitu apabila orang Melayu yang tinggal di kawasan itu ditawar harga tanah 10 kali ganda daripada harga biasa, tak tahan hati dia. Kalau dia tahan dinaik (harga) 20 kali ganda. Dijual. Bila dijual di mana dia pergi? Luar daripada wilayah. Siapa yang akan tinggal di situ? Tentulah orang yang membangunkan wilayah itu. Dan apabila kita beri kemasukan yang bebas kepada orang asing siapa yang masuk kalau pelabur tu datang dari Singapura?

Apakah orang Melayu Singapura yang akan masuk ke situ? Tak ada. Orang Melayu Singapura tidak ramai. Tetapi sudah tentulah orang lain. Singapura berhajat untuk menambah penduduknya seramai 10 juta. Kebanyakannya akan dibawa daripada tanah besar China. Di manakah nak ditempatkan orang ini jika tidak di WPI ini? Dan mereka berkemampuan.

Bangunan pencakar langit, bangunan mewah akan diisi dengan mereka. Akhirnya apa yang kita akan lihat ialah Wilayah ini walaupun secara legal dimiliki oleh Malaysia tetapi penduduknya ternampak seolah-olah dia dimiliki Singapura.

Kenapakah Singapura tidak dijadikan sebahagian daripada Malaysia? Bukan daripada segi amalan ataupun tradisi. Sebabnya Singapura tidak menjadi sebahagian daripada Malaysia kerana penduduknya terlalu ramai terdiri daripada orang Cina Singapura. Sebab itu Tunku berjanji dengan (Lee) Kwan Yew supaya PAP (People’s Action Party) jangan terlibat dalam politik di Semenanjung. Tetapi PAP terlibat. Sebab itu Tunku singkirkan Singapura. Jadi kalau tak boleh nak hidup bersama Singapura, dia asingkan diri daripada Singapura.

Esok apabila WPI ini dipenuhi seratus peratus dengan 3 million Chinese from the Chinese mainland do you think you can administer it? And when they are there they will have to make demands. Eventually dia minta jadi rakyat apa kita nak kata? Dia duduk situ dan beranak di situ. Tidak berlaku setahun, dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun lagi kita akan kehilangan wilayah ini. Kita akan jadi minoriti dalam negara kita. Orang Melayu akan menjadi minoriti dalam negara sendiri. Sekarang inipun kalau kita tambah 3 juta orang Singapura kita sudah jadi minoriti.

Kita orang Melayu bukan ramai. Sebab itu WPI ini tidak harus dibangunkan sedemikian. Boleh dibangunkan tapi ada cara-cara. Dan kita bukanlah bodoh sangat. Tak boleh dirikan, bangunkan negara kita sendiri. Nak minta tolong daripada Singapura. Pelabur ada di Malaysia. Yang Cina ada, yang Melayu ada, yang India ada daripada Malaysia yang boleh bangunkan. Mungkin tidak sepesat Singapura tapi kita boleh buat. Kita telah buktikan pembangunan yang kita lakukan dalam negara kita. Kenapa kita harus tunduk kepada Singapura?

Sebab itu saya berasa, saya tidak dapat menggerakkan hati majoriti orang Melayu berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka. Kerana RM200 mereka sanggup jual undi. Bangsa yang semacam ini tidak tahan lama. Yalah, saya tidak ada disinilah bila kita semua hilang kuasa tapi dia akan berlaku kalau kita sanggup dengan kerana RM200 jual undi tak payah WPI lagilah, habis negara ini akan dimiliki oleh orang.

Sebab itu 450 tahun kita dijajah oleh orang kerana orang Melayu tidak berani bangun dan menentang apa yang salah. Yang ada cuma beberapa bloggers sahaja dan di antara bloggers pun ada juga yang sama-sama jadi bloggers untuk nak menidakkan kesan daripada apa yang dimasukkan ke dalam laman web oleh bloggers. Sebab itu sudah ada pun satu badan khusus untuk melawan bloggers yang ada ini. Dan mereka ini akan menggunakan perkataan yang jijik, yang kotor terhadap pemimpin supaya menujuk bahawa bloggers ini adalah satu block-head yang tak guna, jangan sesiapa ikut mereka, mereka adalah pembohong belaka. Itulah yang sedang berlaku.

Saya harap Prowaris akan dapat perbesarkan kumpulan mereka dan begitu juga Prima. Penulis-penulis di Malaysia mestilah jujur kepada diri sendiri dan bercakap secara terus terang. Jangan takut. Kalau Tun Hanif berani bercakap saya fikir orang lain pun patut berani bercakap juga. Yalah nak buat apa, saya pun terdedah juga.

Saya harap semua pihak akan memberi sokongan kepada usaha untuk mendedahkan apa sebenarnya perjanjian (Akta WPI) yang dibuat yang mana kuasa penuh diberi kepada Menteri sehingga dapat membelakangkan Parlimen sama sekali. Demikian juga kepentingan orang Melayu akan diketepikan kerana kita sudah cukup kuat sekarang ini dan tak guna kita lebih kuat daripada sekarang ini. Lapan belas peratus bukan main punya besar bahagian kita sekarang ini dan kita tidak perlu usaha lebih lagi.

Minta maaf if I sound cynical but I hope those people who really love this country, who care for this country, prihatin, wake up and do something. Don’t just have small seminars secara tertutup.

SOALAN: Ada lagi pemimpin berkaliber yang boleh memimpin dan membantu selamatkan rakyat Malaysia?

DR. M: Sukar bagi saya menujuk siapa yang lebih layak kerana tiap kali saya pilih gagal. Saya sokong orang ini dia lawan dengan saya, saya sokong orang itu bagi dia naik sampai dah nak jadi Perdana Menteri pun cuba buat macam itu dan kita angkat satu orang sampai bagi jadi Perdana Menteri pun jadi masalah juga. Saya bagi nama lain apa gerentinya saya tak bagi nama yang salah?

Tapi yang penting…yang penting ialah menunjuk kepada masyarakat di Malaysia apabila seorang pemimpin melakukan kesalahan dia akan ditarik turun daripada tempatnya. Dengan itu mana juga pemimpin yang akan ambil alih akan tahu bahawa dia harus telus kepada rakyat dan melakukan pemerintahan yang menguntungkan rakyat dan bukan dirinya, bukan keluarganya, bukan menantunya, bukan sesiapa, tetapi untuk Rakyat, untuk Bangsa, Agama dan Negara.

SOALAN: Selamat Pagi dan terima kasih kepada Tun kerana macam biasa telah membuat banyak teguran kepada Kerajaan yang bagi kita sudah rosak. Tun, I wish to thank you. Today I come as a blogger,

I wish to thank you for all the criticism that you make against the Government whenever they make mistakes. I think you have the right to do so although some people have been very cynical to you saying that during your 22 years you had not been able to do it and therefore you must shut up.

We disagree with that. We actually appreciate for what you have been doing. We want to say that whenever we say the same thing like you, we do not carry that much weight. Therefore I hope you can continue to do so. We have been critical about you, in fact we disagree with you sometimes we even confronted you, but what you are doing now is very important because you have just said it. There are too few people out there who dare to say, dare to write about the truth. So because you have taken the lead and I personally feel that the bloggers in Malaysia are getting more courageous and today again you gave encouragement to the bloggers. I thank you for that.

DR. M: During my time the pain in the neck was Malaysiakini.com. I must admit that I was very annoyed with them simply because I find that what they said about me was not right, was not true at all. Of course everybody assumed I was corrupt and everything but even if I say I am not corrupt, in those days if you say you are not corrupt people do not believe you. But nowadays if you say you did not bribe, people believe you. So there is a difference. But today the number of bloggers is so very many that it must be because something is really wrong.

Otherwise it would be Malayskini.com only and I met Malaysiakini.com and I explained why I did all those things before. I don’t know whether they believe me or not but as far as I am concerned I may have committed sins, I don’t think anybody has not committed any sins inside this hall. We all commit some sins at some stage or other. But if because we have committed some sins therefore we feel shy about saying anything then of course others will continue with saying the wrong things.

SOALAN: I was hoping that you would make the clarion call for Bangsa Malaysia to save the country and not Malays or Chinese or Indians alone.

DR. M: Yes I agree with you its not a question of the Malays alone paying the price. The Chinese and the Indians too will have to pay the price. Even now. Saya tahu banyak peniaga-peniaga Cina yang kecewa kerana sekarang ini ekonomi tak berjalan dengan baik dan yang untung adalah orang-orang tertentu sahaja daripada kalangan mereka. Yang lain terpaksa pergi ke luar negeri untuk berniaga. Mereka juga tidak puas hati dengan keadaan sekarang ini dan saya biasa bercakap dengan mereka dengan secara not too open and they feel that they need to do something. What they want to do I will not be able to say but Chinese mentality and Malay mentality is different.

Orang Melayu setia. Dia undi Umno tanpa soal. Kalau bubuh tongkol kayu di situ dia undi Umno juga. Kerana itu tongkol kayu Umno kita mesti undi. Kita tak soal lagi tapi orang Cina dia membuat penilaian. Walaupun ahli MCA tak semestinya dia akan undi MCA walaupun ahli DAP tak semestinya dia undi DAP. Sebab itu di Pulau Pinang ada kalanya MCA menang, ada kalanya Gerakan menang, ada kalanya DAP menang. Ada kalanya DAP kalah teruk. Jadi orang Cina dia buat penilaian sebelum membuat undi. Saya menjadi mangsa sebab itu saya faham.

Tahun 1969 saya bertanding di Kota Setar Selatan. Kawasan saya sejak 1964.. 1964 saya menang 4,000 undi lebih. Jadi saya yakin saya akan menang pada tahun 1969 kerana kelebihan undi saya itu begitu besar lebih besar daripada pengundi Cina, India dan Thai yang ada di kawasan itu, tiga ribu sahaja. Jadi saya kata kalau ambil 3,000 pun saya masih boleh menang 1,000 undi. Tapi saya kalah 900 undi.

Sebab? Orang Cina nak tentukan bukan Perikatan kalah, nak tentukan Perikatan menang tetapi saya kalah. Di dalam kawasan saya, saya kalah sebab saya dikenali sebagai Malay ultra.

Jadi saya mesti dikalahkan. Bagaimana untuk mengalahkan saya. Mereka bukan sahaja tidak memberi 3,000 undi kepada saya tetapi memberi 3,000 undi itu kepada parti PAS yang mereka benci hanya kerana nak kalahkan saya. Tetapi mereka tahu di kawasan-kawasan lain Perikatan akan menang.

Jadi kemenangan bagi Perikatan masih tercapai sebaliknya orang ultra ini dapat disingkirkan. Itu menunjukkan bahawa mereka membuat strategi, membuat perhitungan untuk mengundi. Tapi kalau orang Melayu dia undi parti dia. Very loyal. Kalau dia PAS dia undi PAS. Kalau PAS kata apa pun tak apa, kata nak pi syurga apa semua, tak kata nak pi syurga pun dia undi tak payahlah orang PAS gaduh sangat. Dia undi 100 per cent. Dia tak boleh nak undi Umno dan orang Umno tak boleh nak undi PAS. Dia akan undi Umno.

Jadi they do not think about the country, about the quality of the candidates or about anything. The only thing the can think about is that; Melayu tidak akan derhaka kepada Umno. Tukarlah Umno itu daripada Raja. Dahulu Raja, sekarang ini Umno. Sekarang ini Melayu tak akan derhaka kepada Pak Lah. Dia Presiden kita. Tak bolehlah. That is all they can think of. That is why saya sound cynical. When I talk to them they are not willing to do anything. “Biarlah, tak apalah. You pi bercakap dengan dialah”. Saya dah bercakap dah. Ada yang pujuk saya suruh berdamai.

Ini bukan soal saya dengan dia berdamai. Ini soal polisi negara, pentadbiran negara. Kalau damai pun kalau perkara ini tetap berlaku tak berguna. Bukan soal damai. Nak bersalam boleh. Saya boleh bersalam. Saya cium tangan tak lah. Tapi salam, saya salam. Saya tunjuk hormat, dia masuk dalam bilik saya berdiri. Saya hormat. Bila nak berjalan saya suruh dia jalan dulu kerana dia Perdana Menteri, saya bekas Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri. Jadi status dah turun sedikit.

But the thing is kita dapati orang Melayu tak mahu strategise. Whether they win or not does not matter. If you strategise you have to plan so that when you act you will win in the end. Orang Melayu dia undi Umno bukan kerana strategi. Dia ahli Umno mesti undi Umno. Tunggu pilihanraya akan datang ini. Kalau bagi seratus ringgit, dua ratus, seribu, we will vote for Umno. Does not matter if we sell bangsa, jual bangsa, jual negara kita dapat RM200. That is the feeling that I have. I feel I have tried for 22 years to change the minds of the Malays I have failed. Otherwise they would succeed. To succeed is very easy. All you have to do is to work hard. Study hard. Strive, struggle. Dia tak nak. Kalau boleh dapat AP, jual AP cukuplah. That is all that they want.

SOALAN: Tiga soalan; berkenaan penguasaan parti ke atas Kerajaan, tuduhan orang yang Tun salah lantik Pak Lah dan kuasa perlantikan Hakim

DR. M: Yang pertama parti kuasai Kerajaan. Sebenarnya ini tidak berlaku secara khusus. Adalah pengaruh parti terhadap dasar Kerajaan. Tetapi kadangkala parti kalau kita maksud dengan parti itu ialah Umno, kadangkala kepentingan parti terpaksa juga dicairkan kerana kepentingan rakan lain.

Tetapi yang jadi masalah sekarang ini bukanlah parti kuasai Kerajaan tetapi parti dikuasai oleh seorang pemimpin sehingga mereka menganggap presiden itu adalah satu institusi yang tidak boleh ditegur sama sekali.

Apabila seseorang itu tidak boleh ditegur tetap dia akan melakukan kesalahan kerana ini bermakna Umno tidak demokratik lagi. Ianya sudah menjadi otokratik yang mana hanya Presiden sahaja yang boleh tentukan keputusan. Saya tahu bila ahli-ahli Majlis Tertinggi tidak setuju mereka tidak putuskan sebaliknya Presiden dengan dibantu Timbalan Presiden akan putuskan dan putus mengikut budi bicara mereka bermakna Majlis Tertinggi hanya sebagai satu badan yang tidak ada kuasa sama sekali. Inilah yang berlaku sekarang dalam Umno dan ini diizinkan oleh ahli Umno kerana apabila kita ada mesyuarat Agong Umno tidak ada sesiapa pun yang berani tegur apa pun.

Dan ada satu orang tu dia tegur dan dia kena belasah betul-betul kerana dia buat teguran. Bukanlah teguran apa, dia kata tak ada apa pun dalam ucapan Presiden itu. Itu salah besar. Kawan tu bercakap sampai sejam lepas tu dia kata tak ada apa. Mana boleh tak ada apa? Ada apa lah! Jadi sekarang ini tak boleh tegur Presiden. Itu parti Umno sekarang dan ini bukanlah parti demokratik lagi. Dan walaupun jadi demokratik saya kurang yakin yang ahli-ahli Majlis Tertinggi akan membuat apa-apa teguran kerana masing-masing ada kelemahan mereka.

Berkenaan dengan orang menuduh saya yang salah melantik Pak Lah. Saya salah. Saya lantik Musa, Musa lawan dengan saya, Saya lantik Anwar, Anwar lawan dengan saya. Saya selalu salah. Tak pernah betul bila saya lantik orang. Kerana orang tak pernah bagi tahu saya apa ada dalam hati orang-orang ini.

Sebaliknya Mr Clean. This is Mr Clean. Bersihnya. Basuh dengan Fab selalu. Jadi manalah saya nak tahu. You pun tak bagi tahu kat saya janganlah angkat orang ini. Dia walaupun Clean tapi tak Clean. Tak ada sesiapa kata. Jadi saya ingat ada umur sikit, dewasa sikit, bagilah peluang dekat dia satu term lepas tu orang lain pulak ganti. Tetapi itu perhitungan saya dan saya mengaku salah. Kalau nak marah kepada saya, marahlah kepada saya. Jangan marah kepada Perdana Menteri. Itulah caranya nak selamatkan orang Melayu.

Pasal marah kepada saya bukannya saya boleh tarik kontrak, tak boleh tahan AP etc. Marah kepada saya senang. Marah pada orang itu…kena. Jadi jangan marah kepada Pak Lah, jangan marah kepada orang lain. Marah kepada Dr Mahathir…”Awak buat salah”. Itu nak lari daripada tanggungjawab.

Berkenaan dengan pemilihan hakim, semasa saya dahulu, masa tu (Tun) Eusoff Chin, dan saya bagi tahu Eusoff Chin ini orang yang perlu dilantik atas nasihat daripada ketua hakim, Lord President, dan pihak Agong diberitahu dan dianya tidak ada bantahan. Tetapi ada seorang Raja lain yang membantah dan cuba menukar dan kita tidak tukar. Eusoff Chin dipanggil mengadap, tetapi orang itu jugak. Kerana kuasa itu ada kepada Perdana Menteri. Bukan ada kepada Agong pun. Agong mesti ikut apa nasihat yang diberi oleh Perdana Menteri. Tetapi bila kita dapati Perdana Menteri tak berani nak pegang kepada asas ini maka berlakulah keadaan yang mana begitu sukar sekali untuk lantik seorang hakim.


0 Responses to “SESI SOAL JAWAB bersama Dr. M.”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: