26
Aug
07

Laungan ‘Rafidah agen Amerika’ bergema di ibukota

Berita Oleh Azamin Amin

rKUALA LUMPUR,26 Ogos (Hrkh) – Berhadapan gedung dan pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman pagi tadi menyaksikan seramai hampir kira-kira 200 peserta demonstrasi melaungkan dan menjerit marah kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Rafidah Aziz kerana masih meneruskan usaha rundingan ‘Free Trade Agreement’ (FTA) dengan Amerika yang dilihat sebagai satu usaha menjajah di samping menindas rakyat negara ini.

Demonstrasi yang bermula di Dataran Merdeka itu dianjurkan oleh Gabungan Rakyat Malaysia ImageMembantah FTA Amerika- Malaysia yang terdiri daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGo seperti Teras, Gerakan Mansuh ISA (GMI),Jerit, Suaram, wakil Mahasiswa, komuniti penduduk setinggan, pekerja ladang, pekerja kilang termasuk wakil-wakil daripada PAS, Parti Sosialis Malaysia, KeADILan.

Sepanjang jalan di hadapan gedung pasar raya Kamdar tersebut suasana menjadi sedikit gempar kerana orang ramai yang lalu-lalang bagi bertujuan bersiar mahupun membeli belah sempena cuti sekolah ini tiba-tiba mengerumuni kawasan demonstrasi bagi melihat senario yang berlaku hingga menyebabkan lalu lintas jalan terpaksa dikawal oleh anggota polis seramai lebih 20 orang.

Turut kelihatan sepanduk-sepanduk dan kain rentang bertulis ‘ Jahaman Amerika’,’Jangan telanjangkan rakyat Malaysia’ dan ‘Jangan Biar Amerika jajah Malaysia’ adalah antara slogan yang mewarnai dan menyemarakkan suasana malah biarpun terik matahari memancar orang ramai kelihatan tidak berganjak daripada lokasi tersebut.

Dalam pada itu sewaktu menyampaikan ucapan di hadapan para peserta dan khalayak ramai pagi tadi, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid turut menyelar sikap pemimpin kerajaan yang tidak mengendahkan nasib rakyat yang bakal tertindas akibat daripada perjanjian FTA ini.

“Kami bantah sekeras-kerasnya dan akan melakukan tindakan yang lebih keras sekiranya Malaysia tidak berundur dan membatalkan perjanjian itu,” dan tambahnya lagi ” dan ternyata rundingan FTA ini menunjukkan ada tali barut dalam kerajaan Malaysia!” katanya tegas.

“Dan kita kutuk perjanjian ini. Rafidahlah bertanggungjawab dan dia adalah agen Amerika!” katanya sambil disambut sorak oleh para peserta demonstarsi.

Kata Azmi lagi, rakyat Malaysia tidak rela sekali lagi dijajah setelah 50 tahun Merdeka dan rundingan FTA ini merupakan bentuk penjajahan baru yang bakal menggadaikan kedaulatan negara. Image

Dengan perjanjian ini juga akan mengakibatkan kebanjiran barangan keluaran dan produk Amerika yang lebih murah seterusnya akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan yang semakin terhad, hak pekerja yang semakin tidak terjamin, kedaulatan negara akan tergadai, sektor pertanian akan terjejas dan harga ubat-ubatan semakin meningkat, katanya.

Himpunan ini turut dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Ustaz Hafiz Noordin dan wakil Angkatan Muda KeADILan.

“Kita tidak mahu berundur ke belakang dan Malaysia dibawa ke zaman penjajahan semula,” kata Arutchelvan Setiausaha Agung penaja Parti Sosialis Malaysia yang turut memberi ucapannya.

“Rafidah Agen Amerika!”Jahanam Jahanam Amerika!”,”Pak Lah Tidor!” adalah antara laungan orang ramai termasuk peserta demostrasi yang kelihatan benci dengan sikap pemimpin negara yang tidak langsung membela rakyat yang semakin tertindas tetapi bertindak demi mengaut keuntungan peribadi.

Gerakan Anti dan membantah FTA ini tidak hanya berlaku di Malsyaia malah di negara-negara yang turut mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat seperti Di Thailand, lebih 50,000 rakyatnya berdemonstrasi di Bangkok.

Menurut risalah Jerit yang diedarkan kepada orang ramai,ketika perbincangan FTA kedua dijalankan, lebih kurang 50,000 rakyat Korea telah membanjiri jalan raya kerana membantah tindakan kerajaan mereka manakala di Equador dan Miami turut berlaku siatuasi amarah rakyat membantah kerajaan mereka membantah rundingan FTA ini.

Selain demostrasi pada hari ini, turut menarik perhatian ramai ialah persembahan sketsa daripada pihak penganjur lakonan aksi ‘Rafidah’ menandatangani perjanjian FTA dengan ‘Amerika’ yang mendapat sambutan hebat dan sorakan hadirin.

Demostrasi yang berlangsung kira-kira sejam itu berakhir dan bersurai secara aman tanpa sebarang situasi provokasi ataupun tangkapan oleh pihak berkuasa.-Az


0 Responses to “Laungan ‘Rafidah agen Amerika’ bergema di ibukota”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: