Archive for August 27th, 2007

27
Aug
07

Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub melancarkan ekspedisi bermotor Honda 70 peringkat Kubang Kerian sempena menyambut 50 tahun Kemerdekaan Negara di Kubang Kerian Khamis lalu.Salahuddin sambut 50 merdeka peringkat pemuda kubang kerian

Salahudin sambut merdeka bersama pemuda bermotor Kubang Kerian

Salahuddin pekik Merdeka

Advertisements
27
Aug
07

Pilihan Raya Thailand Pada 23 Dis

Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 27 Ogos (Bernama) — Selepas menimbangkan beberapa tarikh, kerajaan tentera Thailand hari ini memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 23 Dis dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat pada Oktober selepas mendapatkan persetujuan Raja Bhumibol Adulyadej.

“Kami memilih 23 Dis kerana kami merasakan ia tarikh paling sesuai dan semua orang memang menantikan pilihan raya diadakan,” kata Perdana Menteri Surayud Chulanont pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan agensi kerajaan yang lain.

ADMIN: Nah nak pilihanraya nu dia hujung tahun nu..tarik dah beritahu dah  …. MALAYSIA..?? 

Continue reading ‘Pilihan Raya Thailand Pada 23 Dis’

27
Aug
07

Mahfuz cabar Hishamuddin senarai laporan blog yang tidak benar

SEREMBAN, 27 Ogos (Hrkh) – Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar hari ini mencabar Ketua Pemuda Umno, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien menyenaraikan laporan blog yang didakwanya sebagai fitnah dan tidak betul.

Menurut Mahfuz, kecaman yang dibuat oleh Hishamuddin ke atas bloggers hari ini amat berat memandangkan ia satu amaran keras kepada pengendali blog. Continue reading ‘Mahfuz cabar Hishamuddin senarai laporan blog yang tidak benar’

27
Aug
07

Wanita Umno masih sukar terima Jeanne?

Pendapat dKUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh)- Kenyataan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Gemencheh, Negeri Sembilan pada 4 Ogos 2007 lalu, mengenai penerimaan masyarakat terhadap isteri baru Perdana Menteri, mungkin ada benarnya.

Mohammad Sabu dipetik sebagai berkata, golongan agama dalam Umno, khususnya di kawasan Kepala Batas, yang diwakili Perdana Menteri, melahirkan protes senyap kepada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana memilh isteri barunya yang dilihat berperwatakan tidak secocok dengan konsep Islam Hadhari.
Continue reading ‘Wanita Umno masih sukar terima Jeanne?’

27
Aug
07

Eksklusif: Intelektual terkenal sertai PKR

Image
KIM Quek (kiri) diraikan oleh pemimpin PKR dalam majlis sederhana semalam.

Oleh Wartawan klpos.com

Image INTELEKTUAL berbangsa Cina, Yong Thye Chong, atau lebih dikenali sebagai Kim Quek menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu majlis di Ibu Pejabat parti tersebut semalam.

Penyertaan beliau yang juga merupakan penulis buku terkenal “Where to, Malaysia? A Future with Anwar’s Reformasi or Back to Mahathirism? dijangka memperkuatkan kedudukan PKR dikalangan komuniti Cina.

Menurut Kim Quek, beliau menyartai PKR kerana Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal menunaikan janjinya semasa mengambilalih pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Continue reading ‘Eksklusif: Intelektual terkenal sertai PKR’

27
Aug
07

MUDA-MUDI 50thn MERDEKA..!!!

Minah rempit tak bermaruah: Aksi lucah melampau

KUALA LUMPUR: Minah rempit kini semakin berani meletakkan diri mereka di dalam carta ‘sampah masyarakat’ berikutan penyebaran beberapa klip video kumpulan itu di internet dalam keadaan memalukan.

berita penuh…

27
Aug
07

Pemuda PAS Kedah lancar ‘Kempen Mesra Pemandu Bas’

SUNGAI PETANI, 27 Ogos (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah melancarkan kempen ‘Mesra Pemandu Bas’ serentak di dua buah lokasi iaitu Perhentian bas Shahab Perdana, Alor Star dan Perhentian Bas Persiaran Sungai Petani semalam.

Kempen yang dilancarkan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Firdaus Jaafar selain dari memberi kesedaran kepada semua pemandu bas ia juga mempamerkan kepekaan PAS terhadap sambutan kemerdekaan yang ke-50 negara dengan mengedarkan risalah kemerdekaan kepada umum. Continue reading ‘Pemuda PAS Kedah lancar ‘Kempen Mesra Pemandu Bas’’