27
Aug
07

Dolah tertidur lagi…..

Teguran @ Kritikan Oleh Kamal Amir
Penulis Tamu Malaysia Today

aTERPEGUN juga melihat lembut dan mesranya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berjalan berpimpinan tangan bersama isteri terbarunya “Madame Jaeanne Danker” semasa melakukan lawatan rasmi ke negeri Sabah minggu lalu seperti yang tersiar di kaca TV. Alahai mesra dan sungguh romantis pasangan kekasih mengadun cinta di negeri di bawah bayu.

*(Ada Beberapa Keping Gambar Utk TATAPAN SEMUA)

Terperanjat menatap “posting” di laman maya Malaysia Today menceritakan keghairahan Abdullah Ahmad Badawi bergurau senda dengan isterinya semasa majlis perasmian Tilawah Al Quraan di PWTC minggu lalu. Antara lain, penulis tersebut meyatakan “sebaik turun dari pentas perdana Dollah buat hal lagi, kali ini dia bergurau senda dengan isterinya sedangkan di waktu itu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Tuanku Sultan Mizan turut hadir sama….”

sHari ini Jumaat jam 10.30 pagi, penganjur Majlis Pelancaran Buku “lilin membakar diri” terbitan Thinkers’ Library bertempat di Anjong Seri, Puteri Pacific Hotel berhampiran PWTC diburu resah gelisah kerana majlis tersebut dijadualkan bermula dari jam 10.00 pagi, namun, Perdana Menteri masih belum ternampak kelibat batang hidungnya.

Kononnya ada usaha dilakukan menghubungi pejabat dan kediamannya , khuatir kalau-kalau ada aral atau masalah disebabkan jemputan sudahpun memenuhi dewan seawal jam 9.00 pagi. Bisik-bisik kalangan wartawan foto menyatakan “Pak Lah masih tidur lagi!” dan majlis tersebut khabarnya terlewat lebih satu jam.

Sewaktu menerima berita yang dihantar melalui SMS oleh saudara Husein Lampo, yang kebetulan pula dari corong “hi-fi”, Ayu anak kecil saya seperti biasa memainkan pita bacaan surah Ar-Rahman oleh imam besar masjidil haram (menjadi kebiasaan kami mewarnai seisi rumah dengan aroma ayat suci al Quran setiap pagi jumaat).

Aduhai rupa-rupanya tadi malam adalah malam “sunatul jumaat” yang menjanjikan pahala kepada pasangan suami isteri untuk bermesra-mesraan sambil menggauli isteri yang halal di sisi hukum….

Maka segera menerpa di fikiran, apakah kelewatan kehadiran Perdana Menteri merasmikan majlis pelancaran buku berjudul “lilin membakar diri” kesan asyik masyuk menggauli isteri….. hingga kalampun lemah untuk berbicara membuatkan Abdullah Ahmad Badawi terlajak tidurnya hingga terlupa waktu subuh?

aTerkadang naik lucu juga memikirkan kisah Abdullah Ahmad Badawi sejak mendapat isteri barunya “Madame Jeanne Danker”. Macam orang tidak pernah berbini, kalau anak muda yang baru melangsungkan perkahwinanpun masih malu-malu untuk berjalan berpimpinan tangan, tetapi Abdullah sedikitpun tidak merasa canggung dengan tingkah lakunya.

Ada kalanya terfikir juga di hati kecil ini apakah Abdullah Ahmad Badawi masih belum sedar bahawa dirinya bukan orang biasa, bukan Dolah Cangkung yang bekerja memancing ikan, bukan dolah biawak yang sering jual temberang di kedai kopi, bukan dolah rambai yang seringkali “melepas” dalam semak-samun tanah orang kampong.

Abdullah Ahmad Badawi bukanlah Dolah rongak yang jual laksa sambil mengayuh basikal di Kepala Batas, bukan juga Dolah tempang yang keluar masuk penjara Taiping, bukan pula Dolah juling yang seringkali tertangkap kerana mengintai anak dara orang mandi di kampong seri wangi. Itu semua bukan…. ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima yang bakal menyambut kemerdekaan genap lima puluh tahun negaranya merdeka.

Abdullah Ahmad Badawi kena sedar diri, kalau mahu terus asyik bercinta, masih mahu terus merayapkan tangannya di paha isteri barunya, nak berlabuh di atas tilam empuk biar sampai matahari mencanak terpacak di ubun kepala, mahu membelasah harta rakyat melalaui pelbagai perampokan, dia seharusnya meninggalkan Seri Perdana.

Perangai perdana menteri mesti tahu menjaga sopannya, tepat pada janjinya, tidak membiarkan rakyat tertunggu-tunggu kehadirannya. Pemimpin mesti menepati janjinya, cakap tidak boleh sembarangnya, janji mesti ditepati bukan menabur angan-angan impian yang tidak kesudahan.

Perdana Menteri bukan jawatan main-main. Dolah Badawi kena tahu semua ini, kalau mahu jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mestilah ada disiplin sebagai seorang Perdana Menteri, jika tidak, turun saja dari jawatan tersebut dan jadi rakyat biasa.

Kalau dah jadi rakyat biasa siapapun tak akan ambil peduli kerana ramai juga di Malaysia ini bernama Abdullah,… ada dolah rongak, ada dolah temberang, ada dolah pondan, ada dolah mata kucing, ada dolah tempurung, ada dolah bubur caca, ada dolah laksa, ada dolah cong dan seribu satu gelaran lain.

Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bahawa pimpinan hari ini terkadang di lihat bagaikan “tunggul kayu” dan rakyat masih terus menyokongnya kerana dia datang dari rumah keramat Umno.

Kerana Umno itu hebat menjadi tulang belakang Barisan Nasional maka siapa sahaja yang dipilih mewakili parti itu walaupun tunggul kayu maka rakyat tetap akan menyokongnya. Dr. Mahathir tidak kata semua wakil Umno adalah tunggul kayu, tetapi kalangan pengampu Abdullah Ahmad Badawi terus mencanai propaganda seolah-olah Dr. Mahathir sudah keterlaluan kerana beranggapan semua wakil rakyat dari Umno tunggul kayu.

Terkadang hairan juga di hati ini melihat beberapa orang penulis yang gagal menterjemah maksud setiap pernyataan pemimpin dan bekas pemimpin. Mungkin kerana mereka juga telah tersampuk oleh perangai dan cara berfikir Abdullah Ahmad Badawi menjadikan setiap buah fikiran orang lain tidak baik, cuma mereka sahaja juara mencanai minda bangsa.. kononnya.

Dari blog kamaluddin
Gambar diciplak dari Jinggo

\
Macam ada yang tidak kena ? AAB takut nak bersemuka.. rasa macam
nak lari ke Autralia.
\
Menguap dalam majlis perkara biasa
\
Kalau tidak tidor dalam majlis.. bukan lah AAB. Sudah trademark
pemimpin kaki tidor.
\
Isteri imam hadhari menadah tangan….
ops bukan tadah tetapi menyembah doa.


0 Responses to “Dolah tertidur lagi…..”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: