27
Aug
07

Eksklusif: Intelektual terkenal sertai PKR

Image
KIM Quek (kiri) diraikan oleh pemimpin PKR dalam majlis sederhana semalam.

Oleh Wartawan klpos.com

Image INTELEKTUAL berbangsa Cina, Yong Thye Chong, atau lebih dikenali sebagai Kim Quek menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu majlis di Ibu Pejabat parti tersebut semalam.

Penyertaan beliau yang juga merupakan penulis buku terkenal “Where to, Malaysia? A Future with Anwar’s Reformasi or Back to Mahathirism? dijangka memperkuatkan kedudukan PKR dikalangan komuniti Cina.

Menurut Kim Quek, beliau menyartai PKR kerana Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal menunaikan janjinya semasa mengambilalih pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pendirian PKR untuk menentang Dasar Ekonomi Baru adalah betul sekali kerana dasar ini telah disalahgunakan oleh kuasa memerintah sehingga mengakibatkan rasuah dan kronism yang berleluasa dan memudaratkan seluruh bangsa

Katanya,antaranya adalah menghapuskan rasuah yang berleluasa dan mengembalikan demokrasi dan pentabiran telus kepada rakyat.

“Selepas empat tahun, kita yakin bahawa perubahan yang dijanjikan oleh Pak Lah nyata gagal. Keadaan rasuah bertambah teruk, kadar jenayah meningkat, ekonomi merosot dan skandal berleluasa, menggambarkan kegagalan dalam kepimpinan politik dan pentadbiran sivil,” ujarnya.

Image
KIM Quek dalam satu majlis forum yang diadakan oleh komuniti Cina Malaysia
Tambah Kim Quek, bagi menutup kegagalan kepimpinan, Umno telah mencari jalan penyelesaian dengan mempermainkan isu perkauman dan agama untuk terus memecahbelahkan rakyat dan mendorong negara ke arah huru hara.”Ketika sistem negara kita dalam keadaan tidak tersusun, kita juga terpaksa menghadapi impak globalisasi yang tidak dapat dielakkan justeru menyebabkan negara kita kian dalam keadaan merosot,” kata beliau.

Dilahirkan di Singapura pada 1938, Kim Quek menamatkan pendidikan tinggi beliau di Universiti Malaysia memegang ijazah kejuruteraaan pada 1965. Kim Quek juga merupakan seorang akauntan yang telah bersara.

Menurutnya, setiap warga Malaysia harus sedar akan ancaman ini terhadap bangsa dan menerima hakikat bahawa hanya melalui perjuangan politik, akan dapat kita selamatkan negara daripada bencana.

“Inilah sebab saya menyertai Parti Keadilan Rakyat,”

Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin kuasa-kuasa progresif ini untuk mencabar rasuah dan ketidakupayaan mereka yang berkuasa dalam pilihanraya umum akan datang

“Saya percaya bahawa ideologi dan program PKR adalah bersesuaian di negara ini. Usaha PKR untuk mendukung Perlembagaan sebagai asas pembinaan bangsa adalah pendekatan yang tepat dalam menghadapi situasi tegang yang diwujudkan oleh salah tadbir dan salah guna kuasa Umno,” katanya yang amat fasih berbicara dalam bahasa Inggeris dan Cina.

Jelas Kim Quek, pendirian PKR untuk menentang Dasar Ekonomi Baru adalah betul sekali kerana dasar ini telah disalahgunakan oleh kuasa memerintah sehingga mengakibatkan rasuah dan kronism yang berleluasa dan memudaratkan seluruh bangsa.

“Saya percaya hanya dengan mengembalikan keadilan sosial dan demokrasi dalam negara ini tanpa mengira kaum dan agama, akan dapat kita terus mara ke depan melalui sistem kerajaan yang bebas daripada rasuah dan diskriminasi. Kita juga akan dapat menyaksikan peningkatan kualiti pendidikan dan produktiviti dalam tenaga kerja, serta mengembalikan susunan sistem sosial dan keyakinan pelabur.

“Saya juga percaya semua idea ini dikongsi bersama oleh parti pembangkang yang lain dan pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat sivil secara keseluruhan.

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin kuasa-kuasa progresif ini untuk mencabar rasuah dan ketidakupayaan mereka yang berkuasa dalam pilihanraya umum akan datang. Saya juga percaya kebenaran dan integriti akan menewaskan kezaliman dan kejahatan dalam negara ini,” katanya.

Penyertaan Kim Quek dalam parti itu akan menambahkan sokongan terutamanya dikalangan masyarakat pertengahan di negara ini, kata Tian Chua

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Tian Chua memberitahu, penyertaan Kim Quek dalam parti itu akan menambahkan sokongan terutamanya dikalangan masyarakat pertengahan di negara ini.”Beliau aktif sebagai pemerhati politik, dan telah menulis sepenuh masa menyentuh arena politik Malaysia sebermula pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 1998, di kemuncak krisis kewangan Asia.

“Penulisan beliau amat terperinci, dan tidak gentar mengkritik rasuah dan salahguna kuasa yang semakin mencengkam tanahair Malaysia. Melalui penulisan beliau, Kim Quek membawa erti rasionaliti bagi menanggapi pelbagai isu-isu politik dan ekonomi hari ini,” katanya.

Menurut Tian lagi, penulisan Kim Quek sering menyingkap topeng wayang yang dimainkan media perdana yang dikawal Barisan Nasional untuk melindungi rejim yang rasuah dan merompak. Kim Quek memberi peluang kepada pembacanya untuk memahami dengan lebih mendalam sifat sebenar kepimpinan di Malaysia.

Tulisan Kim Quek sering dipaparkan di laman web tempatan seperti Malaysiakini, Malaysia-Today, Bungaraya (DAP), Harakahdaily, Laman Marhaen, Harakah, Suara Keadilan, Aliran, Today (akhbar Singapura), Asian Wall Street Journal dan banyak lagi

Sementara itu, penganalisa politik James Wong berkata, “Penulisan prolifik Kim Quek membuatkan ramai rakyat Malaysia, termasuk diri saya, waras dan sihat secara psikologi, sebagai bekalan melalui tahun-tahun dimasa rejim dibawah cengkaman Umno membunyikan gendang perang dan menyebarkan propaganda dalam segala jenis dan hampir berjaya menjadikan yang batil itu benar, dan benar itu batil. Dalam erti kata lain, Kim Quek memberikan kita ubat yang berkesan memulihkan kesan-kesan propaganda Anti-Anwar.”

Tulisan Kim Quek sering dipaparkan di laman web tempatan seperti Malaysiakini, Malaysia-Today, Bungaraya (DAP), Harakahdaily, Laman Marhaen dan yang seangkatan dengannya. Artikel dan surat-surat beliau turut disiarkan di penerbitan tempatan seperti Harakah, Suara Keadilan, Aliran, Today (akhbar Singapura), Asian Wall Street Journal dan banyak lagi.

Kim Quek telah berkahwin dengan Kew Man Noi pada 1970. Kew seorang surirumah dan perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata: empat anak perempuan dan seorang anak lelaki.


0 Responses to “Eksklusif: Intelektual terkenal sertai PKR”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: