27
Aug
07

Gerakan mahu Common Law terus diguna pakai

PULAU PINANG 26 Ogos — Gerakan mahu undang-undang Common Law Inggeris terus diguna pakai di negara ini dan sebarang kelemahan diperbaiki tanpa memansuhkannya. Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, kerajaan perlu meneliti secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan untuk meminda atau menghapuskan sebarang undang-undang yang diguna pakai di negara ini dan telah terbukti berkesan.

“Common Law ialah pendekatan kehakiman secara adil di mana kalau masih tidak ada undang-undang untuk membuat penghakiman kita rujuk kepada keputusan yang pernah dibuat dahulu.

“Walaupun undang-undang itu adalah contoh dari Britain dahulu, hakim kita (dalam membuat penghakiman) ambil kira keadaan dan nilai-nilai tempatan kita,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Persidangan Perwakilan Gerakan Pulau Pinang di sini hari ini.

Mesyuarat itu dirasmikan penasihat Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.

Koh mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bahawa sudah tiba masanya untuk semua pihak memikirkan sumber lain selain Common Law Inggeris bagi mendapatkan prinsip-prinsip keadilan.

Abdul Ghani berkata, undang-undang Islam adalah yang terbaik kerana ia menekankan pada keadilan dan pembahagian hak yang sama.

Selasa lalu Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan agar rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.

Koh berkata, sebarang perubahan secara drastik terhadap undang-undang sedia ada boleh menyebabkan keyakinan orang awam termasuk pelabur terjejas.

“Yang harus kita tumpukan perhatian ialah bagaimana kita mepertingkatkan lagi pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang ini dari segi proses penghakiman dan sebagainya. Bukan nak ubah secara drastik,” katanya.

Koh berkata, pendirian itu bukan bermakna parti itu tidak menghormati undang-undang Syariah.

Beliau berkata, sebarang pindaan terhadap undang-undang negara perlu dibincangkan di Kabinet sebelum dibawa ke Parlimen untuk diluluskan.

Pada sidang akhbar yang sama, Dr Lim berkata beliau akan mengemukakan pendirian parti itu kepada Kabinet.-Bernama


0 Responses to “Gerakan mahu Common Law terus diguna pakai”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: