27
Aug
07

Mahfuz cabar Hishamuddin senarai laporan blog yang tidak benar

SEREMBAN, 27 Ogos (Hrkh) – Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar hari ini mencabar Ketua Pemuda Umno, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien menyenaraikan laporan blog yang didakwanya sebagai fitnah dan tidak betul.

Menurut Mahfuz, kecaman yang dibuat oleh Hishamuddin ke atas bloggers hari ini amat berat memandangkan ia satu amaran keras kepada pengendali blog.

Bagaimanapun kecaman itu tidak berasas jika Hishamuddin gagal membawa bukti atas tuduhan tersebut selain gagal menyenaraikan laporan blog yang dikatakan tidak betul itu.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini semasa mengulas laporan ahkbar harian hari ini yang menyatakan bahawa Pemuda Barisan Nasional (BN) memberi amaran keras kepada bloggers agar tidak lagi membuat laporan yang salah.

Sambil menyifatkan kecaman Hishamuddin itu sebagai satu tindakan terdesak Pemuda BN beliau berkata, isu itu sengaja dipolimikkan apabila mereka melihat bloggers mampu membawa laporan yang wibawa.

“Mereka yang mengendali blog ini adalah bekas wartawan ternama yang pernah menjadi agen propaganda Umno/BN sewaktu berkhidmat dahulu.Setelah mereka menyedari kesilapan dan mereka mempunyai maklumat yang mendalam, mereka terpaksa mendedahkan keburukan demi menyelamatkan negara dari kemusnahan,”katanya.

Antara bloggers ini termasuklah Dato’ Ruhanie Ahmad (bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan dan ahli Parlimen Parit Sulong); Dato’ A.Kadir Jasin (bekas Pengarang NST) selain Ahiruddin Attan (Rockys Bru), katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan Hishamuddin ini yang disifatkan sebagai politik murahan tatkala masalah pentadbiran benar-benar membelenggu negara hari ini.

Lebih-lebih lagi kini Umno/BN berhadapan dengan kemerosotan sokongan rakyat tatkala Pilihan Raya Umum ke -12 akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam isu bloggers, sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengiaskan kehadiran dan kewujudan ‘bloggers’ yang pedas mengkritik kerajaan mutakhir ini untuk membawa warkah pembelaan di alam maya.

Menurutnya, krisis akan timbul apabila manusia yakin bahawa mereka tidak dapat lagi menikmati kebebasan untuk memuja, menyembah dan melaksanakan Islam dengan segala kemerdekaan fikrahnya, dengan tunduk kepada Allah semata-mata.

“Di ketika itu, bagaikan air yang deras mengalir, air itu akan melanda batas-batas buatan yang dicipta, atau air itu boleh menggali lubang dari bawah benteng untuk melepasi segala halangan.

“Demikian juga dengan ‘bloggers’.Hakikat wujudnya ‘bloggers’ berpunca daripada fitrah semulajadi manusia yang cenderung membawa warkah pembelaan di alam maya, melalui kemudahan internet.

“Mungkin disebabkan berita dan media yang sedia ada terlalu terkongkong,”katanya dalam ucaptama sempena Majlis Makan Malam 20 Tahun Harakah di sebuah hotel dekat sini pada 19 Ogos lalu. – mks.


0 Responses to “Mahfuz cabar Hishamuddin senarai laporan blog yang tidak benar”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: