27
Aug
07

Pilihan Raya Thailand Pada 23 Dis

Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 27 Ogos (Bernama) — Selepas menimbangkan beberapa tarikh, kerajaan tentera Thailand hari ini memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum pada 23 Dis dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat pada Oktober selepas mendapatkan persetujuan Raja Bhumibol Adulyadej.

“Kami memilih 23 Dis kerana kami merasakan ia tarikh paling sesuai dan semua orang memang menantikan pilihan raya diadakan,” kata Perdana Menteri Surayud Chulanont pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan agensi kerajaan yang lain.

ADMIN: Nah nak pilihanraya nu dia hujung tahun nu..tarik dah beritahu dah  …. MALAYSIA..?? 

Pilihan raya itu akan diadakan selepas sambutan ulangtahun ke-80 Raja Bhumipol pada 5 Dis dan selepas Sukan SEA ke-24 dari 6 Dis hingga 15 Dis di Korat.

Sebelum ini, kerajaan yang dilantik junta tentera selepas rampasan kuasa pada 19 Sept yang menggulingkan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, mahu mengadakan pilihan raya pada 25 Nov, setelah pada awalnya bersetuju dengan tarikh 16 atau 23 Dis, berikutan perlembagaan baru sudah disiapkan lebih awal.

Surayud berkata kerajaan akan berusaha mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas daripada rasuah sambil menegaskan bahawa 23 Dis merupakan pilihan tarikh yang tepat kerana EC, parti-parti politik dan rakyat mempunyai cukup masa untk bersedia dan mengundi.

Pengerusi EC Apichart Sukattanond berkata mereka pada mulanya merancang mengadakan pilihan raya pada 25 Nov berikutan pungutan suara yang diadakan pada 19 Ogos untuk meluluskan perlembagaan baru itu.

“Kami bercadang untuk mengadakannya pada 25 Nov kerana referendum itu diadakan lebih awal daripada tarikh asal yang dirancang pada 2 Sept. Tetapi selepas membincangkan pro dan kontranya dan selepas mendapatkan maklum balas daripada agensi lain, kami kini berpendapat bahawa 23 Dis adalah pilihan terbaik,” katanya.

Beliau berkata satu lagi cadangan ialah mengadakan pilihan raya itu pada 6 Jan atau 13 Jan tetapi ia ditolak memandangkan cuti tahun baru akan mendatangkan masalah bagi mereka yang tinggal di luar negara untuk mengundi dan menghantar undi mereka.

Apichart berkata EC akan memerlukan bajet Bt1.9 bilion untuk menganjurkan pilihan raya itu.

Pilihan raya itu tidak akan disertai parti Thaksin, Thai Rak Thai (TRT) yang dibubarkan oleh Tribunal Perlembagaan pada 30 Mei kerana berlaku penipuan dalam pilihan raya pada 2 April 2006 yang diadakan dan dimenangi TRT tetapi diboikot oleh parti-parti utama pembangkang.

Kesemua 100 anggota ekskutifnya termasuk Thaksin, telah dilarang daripada bertanding untuk selama lima tahun.

— BERNAMA


0 Responses to “Pilihan Raya Thailand Pada 23 Dis”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: