Archive for August 29th, 2007

29
Aug
07

Tiada bantahan tol 50 sen di Sungai Nyiur dikenakan!

BUTTERWORTH, 29 Ogos (Hrkh) – Nampak gayanya, jika beginilah sikap rakyat terhadap kewujudan plaza tol di Pulau Pinang maka taukeh tol akan goyang kaki gembira mengutip wang rakyat sampai bila-bila.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Continue reading ‘Tiada bantahan tol 50 sen di Sungai Nyiur dikenakan!’

Advertisements
29
Aug
07

Merdeka: Antara pembohongan Umno-Khairy dan penjelasan Raja Nazrin

MENANTU Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin (yang pernah menyifatkan bloggers politik sebagai monyet) melompat lagi. Seperti biasa, apa pun kenyataannya – mungkin kalau dia terbatuk sekalipun – ia akan dijadikan berita utama (dan sering mengecewakan ketuanya, Hishamuddin Hussein) oleh akhbar-akhbar harian utama, khususnya Berita Harian dan New Straits Times.

Untuk kesekian kalinya Khairy melompat tinggi bagi menunjukkan dia pembela paling lantang apabila Umno-BN ditempelak. Ramai masih ingat gelagat “samsengnya” di depan khalayak elit politik semasa hari penamaan calon pilihan raya kecil Ijok tidak lama dahulu. Nampak dia begitu ghairah menunjukkan bahawa dialah orang yang boleh diharapkan untuk berdada dengan seteru politik Umno di medan paling depan. Continue reading ‘Merdeka: Antara pembohongan Umno-Khairy dan penjelasan Raja Nazrin’

29
Aug
07

Anak leka ‘ulang kaji’ novel lucah

Anak leka ‘ulang kaji’ novel lucah

KUALA LUMPUR: Seorang bapa terkejut apabila ‘buku’ yang disangkakan novel sastera ketika memeriksa beg sekolah anak lelakinya adalah kompilasi cerita lucah yang dibeli dengan wang saku.

berita penuh…

29
Aug
07

Apabila Ustazah sertai Bintang Klasik

Artikel  Oleh Abd Hadi

Assalamualaikum,
Isu yang ingin saya utarakan berlaku pada 3 Ogos 07 lalu, tetapi bagi kami ia menjadi kejadian yang sangat mengaibkan dan memalukan.

Bagi peminat-peminat pertandingan Bintang Klasik Nasional 2007, ada sesuatu yang tidak mereka ketahui terutama penonton di Semenanjung dan di Sarawak. Malahan di Sabah mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa pemenang kedua kategori wanita iaitu Dayangku Nurul Fattihah Umi Qalthum Pengiran Zainal Abidin, 26 yang berasal dari Sabah itu adalah seorang USTAZAH.
 Continue reading ‘Apabila Ustazah sertai Bintang Klasik’

29
Aug
07

Demokrasi Thai lebih terbuka

Analisis Isu Oleh Siasahdaily

llKUALA LUMPUR, 28 Ogos: Rakyat Thailand jauh bernasib baik berbanding dengan Malaysia dalam konteks demokrasi apabila mereka sudah mengetahui bahawa mereka akan mengundi pada 25 Disember 2007 nanti.

Tetapi di Malaysia, mereka perlu menunggu ilham Perdana Menteri, kata AJK PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.

vb“Apalah malangnya nasib rakyat Msia tarikh mengundi pun jadi rahsia besar dan kena tunggu ilham PM. Ini kerana demokrasi Malaysia adalah demokrasi pincang.

“Perkara yang jadi amalan antara bangsa di MSIA rakyat dilayan macam tidak berpelajaran dan tidak cerdik,” kata beliau dalam satu kenyataan medianya.

Beliau mengulas ketidaktentuan hari mengundi di Malaysia. Padahal di negara-negara lain hari mengundi telah diketahui lebih awal lagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand mengumumkan pilihan raya umum akan diadakan di Thailand pada 23 Disember depan. Continue reading ‘Demokrasi Thai lebih terbuka’

29
Aug
07

Info Terkini Di Masai dan Pasir Gudang

Maklumat Oleh Khairul Fazi Ahmad Kamil

gSepanjang hari ini saya telah dihubungi oleh pelbagai pihak yang ingin mendapatkan kepastian terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan di Masai dan Pasir Gudang termasuklah wartawan-wartawan.

SMS demi SMS terus disebarkan bagi menggambarkan suasana yang tegang sedang berlaku di sana. SMS tersebut menggambarkan bahawa seorang anggota polis telah mati, dua melayu telah dipotong tangan, dua melayu disembelih dikuil hindu dan sebagainya.

Ada juga yang melahirkan rasa tidak puas hati kepada saya kerana dituduh cuba untuk menutup keadaan yang sebenarnya berlaku di Pasir Gudang. Bagi saya, tanggung jawab saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS di Johor bukannya untuk mengeruhkan keadaan tetapi sedaya upaya untuk meredakan kebimbangan yang sedang melanda masyarakat di sana.

Saya tidak menolak bahawa terdapat kemungkinan rasa tidak puas hati yang berlaku di antara kaum termasuklah di Masai dan Pasir Gudang tetapi apalah perlunya untuk kita menyimbah minyak tanah ke atas bara api? Pastinya, tindakan membangkitkan isu perkauman tidak mendatangkan kebaikan untuk kita semua. Lebih baik kita simbahkan sahaja bara api tersebut dengan sebaldi air.

Firman Allah,

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Al-Maidah : 8
Sebentar tadi saya telah mendapatkan maklumat terkini daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang, Syed Osman Syed Abdullah tentang keadaan di Pasir Gudang dan laporan taklimat yang diadakan semalam di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang. Continue reading ‘Info Terkini Di Masai dan Pasir Gudang’