29
Aug
07

Demokrasi Thai lebih terbuka

Analisis Isu Oleh Siasahdaily

llKUALA LUMPUR, 28 Ogos: Rakyat Thailand jauh bernasib baik berbanding dengan Malaysia dalam konteks demokrasi apabila mereka sudah mengetahui bahawa mereka akan mengundi pada 25 Disember 2007 nanti.

Tetapi di Malaysia, mereka perlu menunggu ilham Perdana Menteri, kata AJK PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.

vb“Apalah malangnya nasib rakyat Msia tarikh mengundi pun jadi rahsia besar dan kena tunggu ilham PM. Ini kerana demokrasi Malaysia adalah demokrasi pincang.

“Perkara yang jadi amalan antara bangsa di MSIA rakyat dilayan macam tidak berpelajaran dan tidak cerdik,” kata beliau dalam satu kenyataan medianya.

Beliau mengulas ketidaktentuan hari mengundi di Malaysia. Padahal di negara-negara lain hari mengundi telah diketahui lebih awal lagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand mengumumkan pilihan raya umum akan diadakan di Thailand pada 23 Disember depan.

Mengulas lanjut, Dr Lo’ Lo’ berpendapat, cirri-ciri wakil rakyat yang baik hendaklah mesra rakyat berbilang kaum, mengambil tahu kebajikan rakyat dan BERPERANAN DALAM PARLIMEN atau DUN.

“Kita juga tidak mahu wakil rakyat yang boleh mandi mayat tapi dlm DEWAN diam membisu memanaskan kerusi sahaja atau datang cuma nak nama ada dan boleh collect elaun,” katanya.

Bagi beliau, yang paling penting wakil rakyat mesti BERTAQWA yakni Takutkan Tuhan / God fearing.

“Wakil rakyat yang bertaqwa akan sentiasa ingat bahawa walaupun rakyat / pengundi tidak nampak tapi ALLAH nampak apayang dia buat dan apa yang dia tak buat sedangkan itu tanggung jawab dia,” katanya.

BERITA BERKAITAN DARI MSTAR

Slogan ‘sedia gempur’ telah dilancar, tetapi pilihan raya bila?
27-08-2007 04:12:53 PM
Oleh SA’ODAH ELIAS
fPUTRAJAYA: Pekikan “sedia gempur” bergema sahut-menyahut di dewan plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi.

Laungan perjuangan Pemuda Barisan Nasional itu adalah slogan menaikkan semangat mereka bagi menghadapi pilihan raya umum nanti walaupun tarikhnya kekal menjadi teka-teki.

Bendera Jalur Gemilang dan biru dacing juga berkibar di serata pelosok dewan, bukti keghairahan kira-kira 4,000 anggota Pemuda Barisan yang hadir di perhimpunan itu yang diberi nama Himpunan Pemuda Merdeka.

Majlis itu diadakan untuk dua tujuan iaitu sempena sambutan hari kemerdekaan ke-50 dan bagi melancarkan jentera pilihan raya pergerakan Pemuda Barisan.

Seorang teman wartawan sempat berbisik, “Pemuda Barisan kurang daya tahan, sebab itu perhimpunan dibuat dalam dewan berhawa dingin dan di waktu malam, takut panas.”

Ungkapan itu mungkin bertujuan berseloroh, tetapi dalam permainan politik yang dijangka akan menjadi semakin panas sebaik tempoh mandat kerajaan sekarang memasuki penghujungnya, ia mungkin akan dijadikan peluru oleh parti-parti lawan.

Jika semangat yang dizahirkan oleh anggota Pemuda Barisan and intipati ucapan pengerusinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein malam tadi itu diambil sebagai panduan, pilihan raya umum ke-12 seolah-olah tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pengerusi Barisan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi tetamu kehormat pada perhimpunan itu masih terus ‘lokek’ untuk memberikan sebarang petunjuk.

Malah, sepanjang ucapannya, Abdullah hanya menyentuh isu pilihan raya secara umum tanpa membuat sebarang rujukan khusus mengenainya, mahupun beliau tahu bahawa selain memberikan amanat, beliau juga diminta penganjur melancarkan jentera pilihan raya Pemuda Barisan.

Paling hampir pada tema pilihan raya yang disentuh Abdullah dalam ucapannya ialah mengenai perlunya parti-parti komponen mengekalkan keharmonian kerjasama dan perkongsian kuasa antara mereka bagi memastikan Barisan kekal relevan dan kuat.

Mungkin mengambil kesempatan daripada kehadiran sebahagian besar pemimpin tertinggi parti komponen pada perhimpunan itu, Abdullah secara halus menegur tindakan beberapa pihak dalam Barisan sendiri yang sejak akhir-akhir mula membangkitkan isu sensitif secara terbuka seperti soal kontrak sosial yang telah dipersetujui pemimpin pelbagai kaum ketika negara mencapai kemerdekaan serta dasar-dasar mengenai Bumiputera.

“Jika ada sesuatu yang menyentuh perasaan sehingga kita tercuit untuk menyuarakan sesuatu, jangan kita bertindak sehingga boleh menimbulkan keadaan tegang. Kita perlu kekalkan amalan musyawarah sebagai saudara satu perjuangan dengan niat hanya untuk kebaikan negara, parti dan rakyat,” katanya.

Pemimpin tertinggi 14 parti komponen Barisan yang turut hadir di majlis itu termasuklah presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting, pemangku presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, presiden PBS Datuk Joseph Pairin Kitingan dan timbalan presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Berlainan dengan Perdana Menteri, tema pilihan raya yang berbaur isu-isu kemerdekaan lebih jelas dalam ucapan Hishammuddin. Malah dalam ucapannya itu beliau melafazkan ikrar Pemuda Barisan akan berdiri kukuh di belakang kepimpinan Abdullah  serta komitmen pergerakan itu memastikan Barisan menang lebih besar.

t“Jika pilihan raya umum diadakan esok pun kita sudah sedia,” katanya sambil memberi peringatan pada mana-mana pihak jangan sekali-kali mempertikaikan komitmen dan keikhlasan serta kesetiaan pergerakan itu.

Beliau juga mengaku bahawa Pemuda Barisan kini lebih matang dalam menghadapi krisis antara mereka — dengan berpegang teguh pada semangat persefahaman dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Kita juga sekarang lebih matang untuk membezakan pejuang tulen dan pengacau jalanan. Pemuda juga tidak boleh sentiasa mengheret ‘baggage’ silam semata-mata. Pemuda Barisan harus mencipta semula dirinya sesuai tuntutan semasa,” katanya.

Membidas pihak-pihak yang menuduh generasi muda sebagai golongan yang sudah kehilangan idealisma serta lebih mementingkan kedudukan, kekayaan dan kebendaan, Hishammuddin berkata, pergerakan itu akan membuktikan bahawa kenyataan sumbang seperti itu tidak benar dan tidak berasas.

“Ini adalah ikrar kita pada rakyat dan kepimpinan negara,” tegasnya.

Beliau juga mengingatkan pemilik laman blog dan laman web agar tidak melampaui tahap kebebasan bersuara dengan menabur fitnah sehingga mencacatkan keharmonian kaum di negara ini.

“Kepada mereka, kita beri amaran, jangan cuba menangguk di air keruh, jangan bermain api, jangan jolok sarang tebuan, kalau kail panjang sejengkal jangan diduga lautan dalam,” katanya.

Jika kehadiran sebegitu ramai anggota-anggota pergerakan Pemuda Barisan itu ialah kerana mereka mengharapkan Abdullah memberikan ‘signal’ mengenai bila beliau akan membubarkan parlimen, mereka pasti pulang hampa.

Begitu juga pihak-pihak berkepentingan yang begitu ternanti-nantikan majlis itu dengan harapan akan mendapat petunjuk lebih tepat untuk meramalkan tarikh pilihan raya diadakan.


0 Responses to “Demokrasi Thai lebih terbuka”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: