29
Aug
07

Info Terkini Di Masai dan Pasir Gudang

Maklumat Oleh Khairul Fazi Ahmad Kamil

gSepanjang hari ini saya telah dihubungi oleh pelbagai pihak yang ingin mendapatkan kepastian terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan di Masai dan Pasir Gudang termasuklah wartawan-wartawan.

SMS demi SMS terus disebarkan bagi menggambarkan suasana yang tegang sedang berlaku di sana. SMS tersebut menggambarkan bahawa seorang anggota polis telah mati, dua melayu telah dipotong tangan, dua melayu disembelih dikuil hindu dan sebagainya.

Ada juga yang melahirkan rasa tidak puas hati kepada saya kerana dituduh cuba untuk menutup keadaan yang sebenarnya berlaku di Pasir Gudang. Bagi saya, tanggung jawab saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS di Johor bukannya untuk mengeruhkan keadaan tetapi sedaya upaya untuk meredakan kebimbangan yang sedang melanda masyarakat di sana.

Saya tidak menolak bahawa terdapat kemungkinan rasa tidak puas hati yang berlaku di antara kaum termasuklah di Masai dan Pasir Gudang tetapi apalah perlunya untuk kita menyimbah minyak tanah ke atas bara api? Pastinya, tindakan membangkitkan isu perkauman tidak mendatangkan kebaikan untuk kita semua. Lebih baik kita simbahkan sahaja bara api tersebut dengan sebaldi air.

Firman Allah,

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Al-Maidah : 8
Sebentar tadi saya telah mendapatkan maklumat terkini daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang, Syed Osman Syed Abdullah tentang keadaan di Pasir Gudang dan laporan taklimat yang diadakan semalam di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang.

aMenurut beliau, lebih kurang 700 orang penduduk di sekitar Taman Cendana telah hadir untuk mendapatkan maklumat tentang situasi sebenar. Taklimat telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd Mokhtar Bin Mohd Shariff. turut hadir adalah Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Roslan Ahmad dan beberapa pegawai yang lain

Datuk Mohd Mohktar meminta agar penduduk di Taman Cendana agar bertenang dan tidak mudah panik dengan sebaran SMS yang cuba melagakan isu perkauman.

Menurut Syed Osman, penduduk di Taman Cendana berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan namun masih mengambil sikap berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang mungkin akan berlaku.

Saya masih yakin dengan kemampuan pihak polis untuk menjaga keselamatan di Johor walaupun isu keselamatan dan jenayah di Johor menjadi perdebatan sejak akhir-akhir ini.

Persoalan yang sering bermain di fikiran saya, adakah ini yang dinamakan keharmonian dan kesejahteraan setelah kita mencapai kemerdekaan selama 50 tahun sedangkan isu pertembungan di antara kaum masih lagi belum dapat diselesaikan?

Artikel sebelumnya

JANGAN BANGKITKAN ISU PERKAUMAN

Sejak kelmarin, saya kerap dihubungi oleh banyak pihak bertanyakan tentang kemungkinan akan berlakunya rusuhan kaum di Johor Bahru. Beberapa SMS telah disebarkan dan diperpanjangkan kepada ramai termasuklah di kalangan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Blog saya (http://minda-kembara.blogspot.com/) tiba-tiba mencapai hits yang tinggi sejak semalam dan saya yakin ianya ada kaitan dengan penyebaran SMS tersebut.

SMS yang dilihat cuba meransang kaum Melayu untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ini telah membangkitkan rasa cemas sehingga terdapat pendudk di sekitar Johor Bahru bimbang untuk keluar daripada kawasan rumah. Kononnya, pada 30 Ogos 2007 akan berlakunya huru-hara di Masai dan Pasir Gudang, Johor dan semua agar berwaspada. SMS ini juga dikatakan disebarkan untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Saya paparkan beberapa SMS yang telah disebarkan ;

SMS 1,

Rdblock tmn cendana&masai dbuat arini 24j. India dr bt caves ada d jb. Bdk melayu dtembak mati d masai smlm. Baik2 bw kenderaan. Jgn kuar mlm. Balai polis brgerak dh ada d kwsn kita. Smpaikan pd kaum melayu kna bhati2. Smpikn info ini kpda semua bngsa mlayu.

SMS 2,

A’kum pd smua kekanda2 dn adinda2, ptg td sy messy besama abg2 P*k**a JB, dn secara rasmi info kekacauan d PG pd 30hb dijangka timbul huru hara yg dibuat olh kaum India, d hrp smua berhati2 dr 28hb dn stanby, pd 30hb pastikn smua berada dgn jarakberhampiran dn memberi info antara 1 sama lain. Pd 30hb mlm juga sy brada d masai. Pjgnkn AMANAH ini pd smua. Msg ini PENTING, sygilah agama, bangsa, tanahair kte ALAHUAKBAR 3x – FOSSIL MEI LONG –

Saya telah mengarahkan kepada semua anggota Pemuda PAS di negeri Johor agar tidak mudah panik dan terpengaruh dengan SMS tersebut. Kebimbangan saya adalah ianya adalah merupakan satu episod yang sengaja direka bagi menimbulkan situasi yang tegang di antara kaum kerana kita telah banyak belajar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang sengaja direka untuk kepentingan politik.

Semalam, pihak keselamatan telahpun mengadakan pertemuan tergempar dengan parti-parti politik termasuklah PAS, badan bukan kerajaan dan ketua-ketua agama bagi menyampaikan hasrat agar semua pihak dapat mengawal keadaan dan menasihatkan kepada semua ahli agar mengambil sikap bertenang.

Malam ini, satu taklimat khas yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Roslan Ahmad kepada penduduk-penduduk diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang untuk menenangkan keadaan.

Sehingga kini, keadaan di Johor masih lagi terkawal, tidak seperti yang digembar-gemburkan. PAS Johor akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan untuk bersama menegakkan keamanan.

Paling utama, saya mengharapkan agar semua pihak dapat bertenang dan tidak mudah menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya. Apa yang mampu kita lakukan ketika ini adalah dengan menghadapinya dengan ketenangan dan berserah kepadaNya agar tidak akan terjadi perkara yang tidak diingini.

PAS Memimpin Perpaduan

Wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Pengerusi Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat


0 Responses to “Info Terkini Di Masai dan Pasir Gudang”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: