29
Aug
07

Tiada bantahan tol 50 sen di Sungai Nyiur dikenakan!

BUTTERWORTH, 29 Ogos (Hrkh) – Nampak gayanya, jika beginilah sikap rakyat terhadap kewujudan plaza tol di Pulau Pinang maka taukeh tol akan goyang kaki gembira mengutip wang rakyat sampai bila-bila.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Namun, peristiwa semalam menyaksikan perubahan ketara apabila rakyat tidak datang membantah melainkan beberapa kerat ahli dan penyokong DAP, sedikit PAS dan PKR.

Umno yang pernah turut membantah ketika itu kemungkinan sudah lesu bila Kerajaan Negeri membina jalan sepanjang 0.7 kilometer menyambungkan Jalan Todak di Bandar Sunway, Seberang Jaya ke Jalan Chai Leng di Perai.

Tambahan lagi, kemungkinan juga mereka menerima kenyataan sinis Pengurus Besar Lingkaran Luar Butterworth (Penang) Sdn Bhd (LLB), Suhaimi Mohd Jusoh yang mengibaratkan penurunan harga tol di Sungai Nyiur dari 90 sen kepada 50 sen pada 1 September ini sebagai hadiah sambutan kemerdekaan yang 50 tahun negara.

Kelibat rakyat umum sama ada Melayu, Cina mahupun India nyata kecil semalam berbanding dulu kecuali mereka yang berminat dengan pembangkang.

Selepas ini, Barisan Nasional (BN) mesti menang lagi walaupun melakukan berbagai penyelewengan, rasuah, penipuan wang rakyat, sombong atau tidak turun padang.

Jika begini sikap yang menjadi amalan rakyat BN akan bertindak drastik lagi kerana mereka tahu buat zalim macamana sekali pun akhirnya rakyat akan layu jika sedikit habuan ditaburkan.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Phee Boon Poh ketika ditemui berkata, rakyat perlu sedar kenapa Seberang Perai dianaktirikan dengan mengadakan tiga tol selepas pilihan raya umum ke-11 lalu iaitu di Perai, Bagan Ajam dan terbaru di Sungai Nyiur padahal di Pulau Pinang (sebelah pulau) tiada langsung jalan bertol contohnya di Lebuhraya Jelutong yang kosnya terlalu tinggi.

Bila persoalan ini ditimbulkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri pihak kerajaan terutamanya Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon bingkas bangun menafikanya.

“Kenapa rakyat dijadikan mangsa walhal kerajaan selalu melaungkan perkataan rakyat mesti diutamakan kerana kerajaan dilantik oleh rakyat,” ujarnya.

Baru-baru ini bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Zakaria Bakar mendedahkan kerajaan negeri dan pemegang konsesi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pernah bersetuju untuk tidak membina sebarang tol di sekitar bandar ini.

“Persetujuan itu dicapai sebelum BKE dibina dan Timbalan Ketua Menteri waktu itu, Dato’ Seri Dr. Ibrahim Saad dan saya masih ingat lagi laluan di Sungai Nyiur tidak akan diadakan kutipan tol,” tegasnya.

Sebab itu sambungnya, konsesi BKE membina tol di Kubang Semang. Pembinaan dan cadangan kutipan tol pada 1 September ini jelas melanggar prinsip selain pelik kerana tol dibina di atas laluan yang selama ini percuma. – mns


0 Responses to “Tiada bantahan tol 50 sen di Sungai Nyiur dikenakan!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: