30
Aug
07

Malaysiaku Gemilang dunia dan akhirat

Oleh Roslan SMS

Tepat jam 12 malam ini Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke 50. Dengan tema Malaysiaku Gemilang, berbagai aturcara dan majlis disusun sepanjang bulan bagi merayakan tarikh penting dalam sejarah negara ini.
Hari ini NST memuatkan 4 muka penuh pandangan pimpinan politik, masyarakat, NGO, tokoh korporat, budaya, akademik, personaliti sukan, seni dan lain-lain berhubung ulantahun kemerdekaan negara ini. Apakah yang paling baik pada pandangan mereka berkenaan negara ini dan sekiranya mereka berpeluang membawa satu perubahan, apakah perubahan itu?
Antara 50 tokoh yang diminta pandangannya termasuklah Setiausaha Agung PAS dan juga ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat.


Kata Datuk KJ, yang paling baik berkenaan Malaysia adalah bahawa kita telah berjaya bertahan disepanjang tempoh ini dan dalam berbagai cara kita telah dapat pula menyumbang kepada negara. Kata beliau apa yang beliau inginkan untuk Malaysia adalah supaya asas agama dan moralnya menjadi semakin kukuh.
Manakala Tok Guru pula menyatakan kegembiraan beliau bahawa segala persepsi buruk berkenaan Kelantan (selama ini), bahawa ia kononnya mundur, menolak pembangunan dan perpaduan terbukti tidak benar. Beliau berharap agar mampu merubah pemikiran rakyat semoga mereka merujuk kepada Allah terhadap segala aspek kehidupan mereka.
Demikianlah pandangan jujur dua tokoh gerakan Islam dalam negara kita sempena ulangtahun kemerdekaan negara. Jika kita lihat aspek penekanan mereka sama sahaja bunyinya bahawa mahukan negara dan rakyatnya ini menjadi baik berasaskan acuan dan kehendak Islam. Inilah concern dan keutamaan mereka. Bersyukurlah kerana masih ada dikalangan pimpinan kita yang bersungguh berjuang untuk menjadikan rakyat dan negaranya baik. Bukannya memikirkan kekayaan diri, keluarga dan kroni tetapi moral dan keperibadian rakyatnya.
Sesungguhnya jika akhlak dan perilaku rakyat baik berketuakan pimpinan yang baik-baik belaka, insyallah Malaysia akan gemilang dalam erti kata yang sebenar dan rakyatnya sejahtera bukan hanya di sini lebih penting lagi di sana nanti dimana kita akan hidup kekal selama-lamanya.
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 50, Merdeka!


0 Responses to “Malaysiaku Gemilang dunia dan akhirat”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: