30
Aug
07

Pemuda Umno Kubang Pasu Edar 3,000 Bendera Kepada Orang Ramai

JITRA, 30 Ogos (Bernama) — Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kubang Pasu hari ini mengedarkan 3,000 bendera kepada orang ramai di Pekan Jitra sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-50 negara, esok.

Ketuanya Zulkifli Che Rose yang ditemui selepas mengedarkan bendera-bendera itu di hadapan pasaraya K. Ceria di sini dan pekan lama Jitra sejak pukul 11 pagi ini berkata program itu adalah daripada aturcara sambutan hari kemerdekaan anjuran pergerakan Pemuda Umno peringkat Kubang Pasu.

Beliau berkata selain itu, Pemuda Umno Kubang Pasu turut membekalkan 10 bendera bersaiz besar kepada setiap cawangan Umno untuk dipasang di kampung-kampung sebagai menandakan semangat tinggi anggotanya menyambut ulang tahaun kemerdekaan negara.

Selain itu menurutnya satu konvoi kira-kira 400 anggota Pemuda Umno Kubang Pasu dan Wanita Umno yang menaiki motosikal dan kereta, akan menyertai Kembara Jalur Gemilang dari Bukit Kayu Hitam memasuki beberapa kawasan kampung di Kubang Pasu mulai pukul 5 petang ini.

Zulkifli berkata mereka akan menyambung kembara ke Taman Tasik Bandar Darulaman kira-kira 5 kilometer dari pekan Jitra bagi menyertai sambutan Malam Ambang Merdeka peringkat Kubang Pasu selepas sembahyang Isyak di Masjid Al-Aqla.

Pelbagai acara menarik berunsur patriotik, dengan kemuncaknya persembahan bunga api akan diadakan di kawasan Taman Tasik itu pada detik 12 tengah malam ini, yang dijangka akan disaksikan kira-kira 10,000 orang.

— BERNAMA


0 Responses to “Pemuda Umno Kubang Pasu Edar 3,000 Bendera Kepada Orang Ramai”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: