30
Aug
07

SKANDAL PKFZ MENDEDAHKAN REALITI SEBENAR PERKONGSIAN BN

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.6 bilion telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN.

Watak utama kontroversi ini ialah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang membelitanah tersebut daripada Koperasi Kemajuan Pulau Lumut pada harga RM95 juta pada tahun 1999 dan kemudian menjualnya ke Lembaga Pelabuhan Klang pada RM1.1 bilion pada tahun 2003, meskipun wujud tentangan di dalam kerajaan terhadap pembelian pada harga tersebut. Kerajaan boleh mengambilalih tanah tersebut di bawah Kanun Tanah Negara pada harga RM10 sekaki persegi, tetapi memilih untuk membelinya pada RM23 sekaki persegi. Kuala Dimensi kemudian dilantik kontraktor untuk projek tersebut, dan telah melaporkan pertambahan kos sehingga RM3.3 bilion.

Projek ini yang kononnya hendak meniru kejayaan Jebel Ali Free Zone Authority (Jafza) di Dubai, telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN memandangkan pimpinan pusat dan tempatan UMNO, seorang ahli Parlimen SPDP dan bekas Setiausaha Parlimen MCA terlibat di dalam salah satu peringkat projek ini. Maka kerajaan tak sepatutnya terkejut dengan keputusan Jafza, yang mengurus PKFZ sebelum ini, untuk menarik diri pada Julai 2007 di atas sebab campurtangan politik dan birokrasi.

Sekali lagi, Perdana Menteri telah gagal menunjukkan ketegasan politik apabila beliau bersetuju dengan permintaan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy untuk pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion untuk projek tersebut. Ini merupakan satu ‘bailout’. Tambahan lagi, usul Pembangkang untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen ditolak. Kedua-dua insiden ini menggambarkan bagaimana niat kerajaan yang kononnya hendak melakukan yang terbaik untuk negara tidak dapat mengatasi risiko yang mereka hadapi untuk menyelesaikan perkara ini.

Adakah insiden ini akan memberi keyakinan kepada pelabur asing yang kerajaan mahu tarik ke koridor-koridor pertumbuhan yang baru dilancarkan? Lebih dasyat lagi, Kuala Dimensi mengaut keuntungan yang berlipatkali ganda dari penjualan tanah sedangkan Koperasi Kemajuan Pulau Lumut. Dalam erti kata lain, pihak-pihak berkepentingan telah mendapat untung tetapi nelayan-nelayan Melayu yang menganggotai Koperasi tersebut terus terpinggir.

Kenyataan dari bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik bahawa projek ini merupakan “idea yang baik” tidak sekali-kali boleh digunakan untuk menutup korupsi, kronisme dan rompakan yang timbul di dalam projek ini. Daripada membuang masanya cuba mempertahankan projek ini, Liong Sik sepatutnya disoal di atas peranan asal dan kelemahan pengurusan yang mencetuskan peristiwa mengaibkan ini.

Sekali lagi saya menuntut kerajaan untuk memenuhi tuntutan awal kami untuk sebuah suruhanjaya bebas menyiasat dan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab untuk skandal besar ini.

ANWAR IBRAHIM


0 Responses to “SKANDAL PKFZ MENDEDAHKAN REALITI SEBENAR PERKONGSIAN BN”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: