30
Aug
07

Skim Takaful Merdeka Umno Kelantan Bermula 1 Sept

30 Ogos, 2007 17:34 PM

KOTA BAHARU, 30 Ogos (Bernama) — Umno Kelantan memperkenalkan Skim Takaful Merdeka iaitu Skim Takaful Khairat Kematian untuk anggota Umno dan keluarga mereka serta polis dan tentera yang akan bermula pada 1 Sept ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa berkata skim ini menelan belanja RM4 juta dan melibatkan kira-kira sejuta anggota Umno di Kelantan.

“Skim ini tidak terhad kepada ahli Umno sahaja tetapi mereka yang baru hendak menyertai Umno pun kita bagi juga,” katanya ketika merasmikan Majlis Jasamu Dikenang meraikan veteran Umno dan pejuang kemerdekaan Negeri Kelantan sempena 50 tahun kemerdekaan, di sini.

Annuar berkata skim takaful ini terbuka kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan bayaran RM3,500 akan dikeluarkan terus kepada waris apabila berlaku kematian.

Beliau berkata skim itu diperluaskan kepada anggota polis dan tentera atau balu mereka sebagai mengenang jasa pasukan keselamatan dalam memastikan rakyat negara ini dapat hidup dengan aman.

— BERNAMA


0 Responses to “Skim Takaful Merdeka Umno Kelantan Bermula 1 Sept”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: