Archive for August 31st, 2007

31
Aug
07

Isu rasuah tidak untungkan pembangkang

Oleh FATHI ARIS OMARPETALING JAYA:  Isu-isu rasuah sering muncul termasuk melibatkan pegawai tinggi kerajaan serta tokoh politik negara dan menjadi perdebatan umum tetapi ia tidak akan berjaya mengalih undi kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, kata pengamat-pengamat politik.

Rustam A. Sani, seorang cendekiawan yang dekat dengan parti-parti pembangkang, menyalahkan masyarakat yang tidak mempunyai “keberangan moral” sehingga isu-isu rasuah gagal menjadi tema utama politik berbanding isu-isu seks, agama atau perkauman.

“Tidak ada kesan. Kalau ada, sedikit sahaja,” katanya kepada mStar Online apabila diminta mengulas dampak isu rasuah terhadap pengundi. Continue reading ‘Isu rasuah tidak untungkan pembangkang’

Advertisements
31
Aug
07

Pengadil kena belasah minta warga Indonesia jangan rusuh

Oleh MOHD NASIR YUSOFJAKARTA:  Pengadil karate Indonesia Donald Kolopita yang mendakwa dipukul oleh empat anggota polis Malaysia hari ini meminta rakyat Indonesia bersikap tenang dan jangan merusuh melulu dalam menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia.

Beliau yang masih dirawat di Hospital Pusat Pertamina di sini kerana pecah gegendang sebelah telinga dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk kemaluan, berkata mereka yang berdemonstrasi marahkan Malaysia jangan sampai bertindak keterlaluan.

Continue reading ‘Pengadil kena belasah minta warga Indonesia jangan rusuh’

31
Aug
07

Taib Mahmud kalah bertaruh dengan Ting Peng Khiing

MIRI:  Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kalah “bertaruh” dengan pemaju terkemuka Tan Sri Ting Pek Khiing apabila Ting dapat menyiapkan projek Jejambat Pujut sebelum sambutan Merdeka hari ini, kira-kira 11 bulan lebih awal daripada jadual.

Bercakap kepada pemberita selepas memeriksa jejambat itu sepanjang 498 meter itu dengan menaiki kenderaan hari ini, Taib yang telah mencabar Ting semasa kali pertama beliau memeriksa projek jejambat berharga RM45 juta itu, tidak sampai dua minggu sebelum ini, berkata beliau tetap gembira walaupun kalah dalam “pertaruhan” itu kerana Ting mampu menyiapkan projek itu lebih cepat. Continue reading ‘Taib Mahmud kalah bertaruh dengan Ting Peng Khiing’

31
Aug
07

Bush: Betul ke Abdullah dah kahwin lagi?

31-08-2007 05:08:15 PM
Oleh SALMY HASHIMWASHINGTON:  Presiden George W. Bush menyifatkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu tenaga yang sangat konstruktif bagi Asia Tenggara.

Malaysia adalah satu contoh menarik mengenai bagaimana sebuah masyarakat bebas boleh menangani gerakan-gerakan yang dipercayai boleh menukar dan meminda sifat masyarakat bebas itu.

“Saya menghormati cara Perdana Menteri menggunakan kebebasan dan menggunakan keterbukaan masyarakat untuk menangani mereka yang kecewa.

“Maksud saya, semua masyarakat mempunyai orang yang kecewa, dan persoalannya ialah sama ada cara mereka meluahkan kekecewaan itu akan membawa kepada keganasan atau membawa kepada keamanan,” kata presiden itu dalam satu pertemuan meja bulat, yang jarang diadakan, dengan sekumpulan wartawan dari Asia Pasifik, yang turut dihadiri Bernama.

“Malaysia adalah satu contoh sebuah negara di mana kekecewaan disalurkan melalui cara yang positif,” katanya mengulas mengenai kepimpinan Abdullah dalam menangani estremisme dan keganasan di negaranya.

“Saya menghormati Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad) Badawi, mengagumi kepimpinannya,” kata Bush yang telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah di Rumah Putih pada 2004.


Bush (tiga dari kanan) menerang sesuatu kepada sekumpulan wartawan Asia Pasifik, termasuk dari Malaysia (dua dari kiri), dalam pertemuan meja bulat yang jarang-jarang diadakan di Rumah Putih. (foto White House Photo Office)

Continue reading ‘Bush: Betul ke Abdullah dah kahwin lagi?’

31
Aug
07

Dua cadangan kerajaan negeri ditolak kerajaan pusat

Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa berkata, dua cadangan utama kerajaan negeri mengenai pendaratan gas dan pembinaan landasan kereta api menghubungkan Kelantan dengan Pulau Pinang tidak dimasuk dalam pelan pembangunan Koridor Pantai Timur.

“eberapa pertemuan dengan pemimpin kerajaan Pusat, kerajaan negeri mencadangkan Kelantan dijadikan sebagai pusat pendaratan gas.

“Ini kerana negeri ini memiliki rizab gas yang banyak di kawasan pertindihan dengan Thailand. Sekiranya pendaratan gas ini berlaku sudah pasti akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini. Continue reading ‘Dua cadangan kerajaan negeri ditolak kerajaan pusat’

31
Aug
07

tabung kifalah..!!!

kifalah-tg-anis.jpg

gambar menjelaskan segalanya…..

31
Aug
07

Sambutan di ambang 31 Ogos: Tanpa malu, Umno jajah Dataran Merdeka!

Ahmad Lutfi Othman

Ketika saya dan Pengarang Harakah, Taufek Yahya memikirkan tajuk muka depan Harakah keluaran 1-15 September 2007, ada tiga tajuk yang kami bincangkan, iaitu “Sambut Merdeka Untuk BN”, “BN Rampas Sambutan Merdeka”, dan “Merdeka Jadi Kempen BN”.

Apabila kami memilih “Merdeka Jadi Kempen BN”, tidak terlantas langsung bahawa sambutan Di Ambang Kemerdekaan malam tadi akan menjadi lebih buruk, sarat dengan propaganda murahan BN (dulunya Perikatan) dan begitu meloyakan.

Malah, bagi saya, sambutan yang dianggap paling gemilang itu (dan pastinya paling banyak menghanguskan wang rakyat walhal ia tidak dapat menyemai semangat patriotisme warga) akan dikenang sebagai acara yang sebenarnya dianjurkan oleh parti pemerintah (dan bukannya kerajaan) untuk berkempen politik menjelang pilihan raya umum ke-12, tetapi dengan menggunakan dana dan kemudahan awam. Continue reading ‘Sambutan di ambang 31 Ogos: Tanpa malu, Umno jajah Dataran Merdeka!’