31
Aug
07

Dua cadangan kerajaan negeri ditolak kerajaan pusat

Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa berkata, dua cadangan utama kerajaan negeri mengenai pendaratan gas dan pembinaan landasan kereta api menghubungkan Kelantan dengan Pulau Pinang tidak dimasuk dalam pelan pembangunan Koridor Pantai Timur.

“eberapa pertemuan dengan pemimpin kerajaan Pusat, kerajaan negeri mencadangkan Kelantan dijadikan sebagai pusat pendaratan gas.

“Ini kerana negeri ini memiliki rizab gas yang banyak di kawasan pertindihan dengan Thailand. Sekiranya pendaratan gas ini berlaku sudah pasti akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

“Ia akan mengembangkan industri hiliran yang berasaskan gas seperti stesen janakuasa dan lain-lain sektor yang mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan,” katanya kepada wartawan di sini, hari ini.

Difahamkan perairan Kelantan memiliki simpanan gas terbesar di Asia Tenggara yang dianggarkan sebanyak 13 trillion kaki padu. Ia mampu menjana projek petro kimia bernilai bilion ringgit.

Menurut Husam, kerajaan negeri juga mencadangkan dibina landasan kereta api menghubungkan negeri ini dengan Pulau Pinang supaya kegiatan perdagangan dapat dirancakkan lagi.

“Dengan adanya laluan kereta api barangan yang dibawa masuk melalui Kelantan boleh dibawa terus ke Pulau Pinang sebelum dihantar ke negara lain melalui pelabuhan disamping dapat menggerakkan industri pelancongan antara kedua negeri,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap pelan pembangunan Koridor Pantai Timur yang bakal dilancarkan menjadi lebih praktikal untuk menjana pendapatan secara langsung kepada rakyat.

Pelancaran Koridor Pantai Timur dijangka dilakukan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 Oktober depan di Kelantan.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, Kelantan sedia memberi kerjasama menjayakan pembangunan Koridor Pantai Timur yang turut melibatkan Terengganu dan Pahang.

“Kerajaan negeri sememangnya sentiasa memberi kerjasama penuh kepada mana-mana projek kerajaan Pusat bagi kebaikan rakyat.

“Malah kerajaan negeri telah lama mencadangkan beberapa projek untuk dilaksanakan bagi memacu pembangunan ekonomi dan rakyat negeri ini seperti pembangunan Koridor Pantai Timur,” katanya.


0 Responses to “Dua cadangan kerajaan negeri ditolak kerajaan pusat”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: