31
Aug
07

Economist.com: Malaysia pada usia 50: Bangunan Tinggi, Fikiran Sempit

Artikel Oleh sebaran

\\Ini adalah terjemahan melayu oleh sebaran.com untuk artikel yang dikeluarkan oleh Economist.com pada 31 Ogos 2007 sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Antara perkara yang disentuh termasuklah layanan istimewa orang Melayu, layanan kelas kedua untuk penduduk Cina dan India, kronism, rasuah dan juga kepincangan keharmonian sosial di Malaysia.

“Selepas 50 tahun merdeka, Malaysia sepatutnya berhenti mengganggap satu pertiga penduduknya seolah-olah bukan warganegara.

Kerajaan Malaysia mengadakan pelbagai perayaan mewah dan hebat hujung minggu ini sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan semenanjung Malaysia dari Britain. Banyak perkara yang hendak disambut. Taraf hidup dan juga hak mendapatkan pendidikan, perkhidmatan kesihatan, kebersihan dan elektrik telah berkembang selepas 50 tahun merdeka. Pemodenan Malaysia dilambangkan dengan selesainya pembinaan menara berkembang Petronas sembilan tahun lepas di Kuala Lumpur yang jug merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika itu.

Walaubagaimanapun akan terdapat kepincangan dalam sambutan berkenaan. Ulangtahun kelahiran ke 50 Malaysia berlangsung ketika kaum Cina dan India yang membentuk satu pertiga penduduknya tidak puas hati dengan diskriminasi sistematik yang mereka alami berbanding penduduk majoriti bumiputra yang merujuk kepada orang Melayu dan kaum-kaum asal. Terdapat juga kebimbangan berkenaan pengislaman di kalangan majoriti Melayu Islam di negara itu yang sebelum ini dianggap sebagai satu negara sekular dan juga berkenaan bertambahnya jurang pengasingan cara hidup yang diterajui oleh orang-orang Melayu, Cina dan India. Ia lebih ketara dari sewaktu kemerdekaan di mana yang berlainan belajar di seklolah berlainan, makan secara berasingan, kerja secara berasingan dan bersosial secara berasingan. Sesetengah pihak bertanya: Wujudkah sebenarnya perkara yang dikatakan sebagai seorang Malaysia?

Diskriminasi yang menyebelahi kaum bumiputra digariskan dalam perlembagaan pertama negara ini pada tahun 1957 yang bertujuan mengurangkan ketakutan orang Melayu daripada diketepikan oleh pendatang Cina dan India. Perkara ini pada mulanya adalah sebagai langkah sementara untuk bekerja di lombong-lombing besi dan ladang-ladang tetapi ia menjadi perkara yang berkekalan dan secara berterusan menguasai bisnes dan pekerjaan. Ia diteruskan dengan ketaranya selepas pemberontakan tahun 1969. Orang-orang Melayu mendapat kemasukan istimewa kepada pekerjaan sektor awam, tempat di universiti, pegangan saham, dan juga kontrak kerajaan. Ia amat ketara sekali, sama dengan polisi empowerment ekonomi hitam Afrika Selatan, dengan pengkronian yang memperkayakan mereka-mereka yang berkait langsung dengan UMNO, parti politik yang menerajui kerajaan sejak kemerdekaan. Orang-orang Melayu secara keseluruhannya, seperti bangsa lain menjadi lebih kaya, tetapi jurang perbezaan antara orang Melayu kaya dan Melayu miskin semakin luas. Polisi ini seolah-olah menjadi semakin teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Oleh kerana kritikan semakin bertambah, pemimpin-pemimpin UMNO berulang kali menyatakan tiada sesiapa patut mempersoalkan ‘kontrak sosial’ ini. Ini merujuk kepada persetujuan metaforik antara kaum semasa kemerdekaan di mana orang Melayu mendapat pengiktirafan yang negara ini adalah kepunyaannya manakala orang Cina dan India pula telah diberikan kewarganegaraan. Ancaman keganasan yang terselindung bersemarak disebalik panggilan untuk mempertahankan kontrak sosial in iyang dijadikan lebih jelas semasa perhimpunan agung UMNO tahun lepas di mana seorang delegasi bercakap yang dia bersedia untuk bermandi darah untuk mempertahankan keistimewaan orang Melayu dan Menteri Pendidikan pula tidak kurang juga menunjukkan keris tradisional orang Melayu.

Dilema hipokrit Melayu

Kontrak sosial ini mungkin sebelum ini diperlukan untuk memastikan keamanan tetapi sekarang ini ia dan perkauman rasmi yang menggunakannya untuk mengiktiraf pandangan tidak boleh dipertahankan: adalah munasabah dan tidak adil untuk memberitahu anak kecil dari keluarga yang sudah tinggal di Malaysia beberapa generasi yang mereka adalah bernasib baik kerana tidak dihantar pulang dan mesti terima dengan layanan kelas kedua sepanjang hidup mereka untuk keharmonian kaum. Ketika Abdullah Ahmad Badawi yang bersikap sederhana mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Mahathir Mohamad yang bernafas panas pada tahun 2003, terdapat harapan yang akan ada perubahan ke arah yang lebih baik. Abdullah Ahmad Badawi mempromosikan Islam Hadhari dan berjanji akan membanteras rasuah.

Selepas empat tahun, rasuah yang digalakkan dengan polisi pro-Melayu tidak ditinjau. Negara itu berterusan menggunakan undang-undang keselamatan dalam negara yang tidak berperikemanusiaan yang diperkenalkan pada era penjajahan untuk menyenyapkan dan mengancam kritikan. UMNO berterusan menunjukkan dirinya kepada orang Melayu sebagai pembela hak istimewa orang Melayu tetapi [pada masa yang sama] cuba untuk meyakinkan setiap orang yang ia adalah pembela keharmonian sosial. Seorang komentator minggu ini dengan lembutnya menerangkan ini adalah paradok. Hipokrit adalah perkataan yang lebih sesuai.

Kerosakan yang disebabkan oleh perkauman kenegaraan ini adalah jelas. Perkembangan [ekonomi] menyerlah Malaysia sebelum ini telah jatuh. Kuota kaum dan pembelaan [kaum tertentu] menakutkan sesetengah pelabut luar. Ketika orang Melayu merayakan pencapaian yang mereka telah melakukan perkara lebih baik dari bekas koloni British Afrika, mereka sepatutya sedar yang Korea Selatan, Taiwan dan Singapura telah mencapai lebih baik darinya. Kesan ekonomi ini sahaja [sudah cukup untuk] menyarankan keperluan untuk menamatkan perkauman rasmi Malaysia ini. Walaupun tanpanya [kesan buruk ekonomi], ia masih lagi terang-terangan [menjadi] satu perkara yang salah.”

dari sebaran.com


0 Responses to “Economist.com: Malaysia pada usia 50: Bangunan Tinggi, Fikiran Sempit”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: