31
Aug
07

Pengadil kena belasah minta warga Indonesia jangan rusuh

Oleh MOHD NASIR YUSOFJAKARTA:  Pengadil karate Indonesia Donald Kolopita yang mendakwa dipukul oleh empat anggota polis Malaysia hari ini meminta rakyat Indonesia bersikap tenang dan jangan merusuh melulu dalam menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia.

Beliau yang masih dirawat di Hospital Pusat Pertamina di sini kerana pecah gegendang sebelah telinga dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk kemaluan, berkata mereka yang berdemonstrasi marahkan Malaysia jangan sampai bertindak keterlaluan.

Beliau dilaporkan berkata demikian oleh stesen televisyen tempatan, yang juga menyiarkan kenyataan doktor yang merawatnya bahawa ketua pengadil karate Indonesia itu kini beransur baik.

Kolopita yang mendakwa dipukul polis pada pagi Jumaat lepas, juga pernah membuat kenyataan meminta rakyat Indonesia bersikap tenang dalam menghadapi kesnya, sekembalinya dari Malaysia.

Bagaimanapun hari ini, demonstrasi oleh beberapa kumpulan kecil tetap dilakukan di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini dengan para pesertanya mendesak kerajaan Malaysia membuat permohonan maaf secara terbuka. BERNAMA


0 Responses to “Pengadil kena belasah minta warga Indonesia jangan rusuh”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: