31
Aug
07

Siar berita fitnah: PAS Kelantan cadang saman TV3

KOTA BHARU, 31 Ogos (Hrkh) – PAS Kelantan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap stesen televisyen swasta, TV3 kerana menyiarkan berita dianggap berunsur fitnah, yang mendakwa tiga Adun di Machang terbabit dengan rasuah.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, tindakan saman terbabit sudah diserah kepada Penasihat Undang-Undang PAS Kelantan untuk diambil tindakan lanjut.

“Kita ada rekod mengenai segala dakwaan yang dibuat itu, jadi kita sudah serah kepada penasihat undang-undang parti. Dalam dakwaan yang dibuat pihak terbabit menyebut tiga wakil rakyat PAS di Machang mempunyai kepentingan dalam penjualan kedai milik Majlis Daerah Machang (MDM).

“Mereka menyebut ketiga-tiga Adun itu adalah ahli Majlis MDM. Sedangkan ketiga-tiga Adun terbabit bukan ahli Majlis MDM. Di Kelantan wakil-wakil rakyat tidak menjadi ahli majlis,” katanya ketika ditemui selepas perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Stadium Sultan Mohammad Ke IV di sini, hari ini.

Baru-baru ini Buletin Utama TV3 mendakwa tiga Adun PAS terbabit dengan rasuah dalam kes penjualan kedai milik MDM. Perkara itu ditimbulkan ekoran terdapat satu laporan polis yang mendakwa Adun PAS menerima sogokan.

Takiyuddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, berdasar kepada siasatan yang dilakukan, segala dakwaan mereka tidak berasas sama sekali.

(Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak Jumaat depan). – mj


0 Responses to “Siar berita fitnah: PAS Kelantan cadang saman TV3”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: