Archive for September, 2007

30
Sep
07

Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM ?

Analisis Isu Oleh Ruhanie Ahmad

aRakyat amat gembira kerana PDRM sangat bersungguh-sungguh untuk selesaikan sesuatu kes jenayah di negara ini sekarang.

Tetapi, kesungguhan itu perlu dikesali kalau hanya ditumpukan kepada kes-kes berprofil tinggi sahaja. Ia juga wajar dikesali kalau hanya difokuskan kepada kes-kes yang tidak membabitkan pegawai polis atau insan-insan in higher places.

Terbaru sekali, PDRM minta bantuan FBI Amerika Syarikat untuk siasat kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Berita penuh mengenai hal ini boleh diakses melalui link ini.

Apa yang dilakukan oleh PDRM memang sangat baik. Demi kepentingan rakyat jelata. Tapi, adakah ini perlu? Sangat-sangat perlu? Continue reading ‘Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM ?’

Advertisements
29
Sep
07

PKR akan dedah baki rakaman video

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mendedahkan baki rakaman video perbualan telefon antara seorang peguam terkenal dengan seorang hakim kanan mengenai urusan pelantikan hakim.Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam baki rakaman video selama enam minit yang merupakan sambungan daripada video yang telah didedahkan pihaknya kepada umum sebelum ini, nama hakim kanan itu adalah jelas disebut. Continue reading ‘PKR akan dedah baki rakaman video’

29
Sep
07

Perpecahan bukan isu antarabangsa

Perpecahan bukan isu antarabangsa
NEW YORK 29 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, masalah perpecahan di Palestin antara kumpulan Hamas yang menguasai Gaza dan Fatah di kawasan Tebing Barat tidak perlu dijadikan isu antarabangsa yang memerlukan campur tangan pihak luar untuk menyelesaikannya.

29
Sep
07

PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA

PEJABAT DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh
No 17, Jalan 16/2, Sekyen 16, Petaling Jaya 46350 Selangor.
Telefon: 03-79566444 Faks: 03-79565444
Website: www.keadilanrakyat.org Email: wawi9@yahoo.com




Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Istana Negara
Kuala Lumpur

28 September 2007

PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MEMBERSIHKAN IMEJ SISTEM KEHAKIMAN

Ampun Tuanku,Didoakan semoga DYMM Tuanku bersama DYMM Tuanku Permaisuri sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.  Continue reading ‘PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA’

29
Sep
07

Suspek Wanita Dalam Kes Nurin Buat Panggilan Kepada Rakan Cop

Berita aKUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Wanita yang ditahan polis malam semalam ekoran pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin membuat beberapa panggilan telefon kepada “Rakan Cop” untuk mengetahui perkembangan dalam tugas polis mengesan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang ketika itu masih hilang.

Sumber polis berkata siasatan awal menunjukkan wanita berumur 23 tahun itu menggunakan sekurang-kurangnya lima kad SIM (Modul Pengenalan Pelanggan) dan dua telefon bimbit untuk membuat panggilan itu serta menghantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) kepada Rakan Cop.
Continue reading ‘Suspek Wanita Dalam Kes Nurin Buat Panggilan Kepada Rakan Cop’

28
Sep
07

Eksklusif: Klip video ada sambungan dan dijangka lebih panas

Friday, 28 September 2007

Foto
Anwar sendiri ketuai jentera penerangan PKR berhubung isu ini?

Oleh Helme Hanafi

KUALA LUMPUR: Ada bahagian kedua rakaman perbualan yang kononnya membabitkan seorang peguam terkenal dengan  seorang hakim kanan, dan menurut Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua bahagian kedua tersebut ‘lebih  panas”.  Perkembangan terbaru ini mencetuskan persoalan apakah ini sebahagian daripada strategi yang diatur oleh Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim -individu yang bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Soalan itu KLpos.com ajukan kepada Tian Chua, tanpa menafikan sepenuhnya, kata beliau, “Kita tunggu sehingga kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat perkara ini,”. Continue reading ‘Eksklusif: Klip video ada sambungan dan dijangka lebih panas’

28
Sep
07

Mangsa tsunami P. Pinang risau tidak jadi pindah

PULAU PINANG:  Mangsa tsunami yang kini mendiami rumah panjang sementara di Tanjung Bungah di sini sejak kejadian itu tiga tahun lepas belum menerima kunci rumah baru mereka yang sepatutnya diserahkan semalam.Seterusnya…