02
Sep
07

‘Enggan’ terima Abdullah — Ketua tentera tidak beri tabik hormat pada Presiden baru

ANKARA 30 Ogos – Ketua tentera Turki yang berfahaman sekular semalam enggan memberi penghormatan kepada Presiden baru, Abdullah Gul pada hari pertama beliau memegang jawatan itu.Kejadian itu berlaku sewaktu Presiden berusia 56 tahun tersebut menyertai Jeneral Yasar Buyukanit dan beberapa jeneral tertinggi lain pada upacara konvokesyen sebuah akademi perubatan tentera terkemuka, GATA.

Siaran berita NTV melaporkan, Yasar menemani Abdullah ketika bersalaman dengan komander tentera tetapi ketua tentera itu dan beberapa orang jeneral lain, tidak memberi tabik hormat kepada Abdullah semasa naik ke atas podium untuk menyampaikan diploma.

Sebagai Presiden, Abdullah adalah Panglima tertinggi angkatan tentera Turki.

Beliau menghadiri majlis tanpa ditemani isterinya, Hayrunnisa yang memakai tudung dan disifatkan sebagai melanggar kebiasaan sekular di Turki.

Abdullah dilantik sebagai Presiden pada pemilihan Parlimen kelmarin walaupun mendapat bantahan daripada golongan sekular yang disokong pihak tentera kerana peranannya dalam politik Islam di masa lalu.

Beliau hari ini turut meluluskan Kabinet baru yang dicadangkan oleh sekutunya, Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan yang dibarisi campuran pemimpin Islam dan sekular.

Kabinet yang terdiri daripada 25 orang menteri termasuk lapan muka baru itu dikenali dalam bidang perniagaan dan dilihat membawa imej sederhana.

“Kami akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kebebasan dan pengukuhan ekonomi.

“Kami akan meneruskan perjuangan dengan semangat baru dan darah baru yang kami bawa masuk. Kami telah membentuk satu pasukan yang kuat,” kata Recep selepas barisan Kabinet baru itu diluluskan Abdullah.

– Agensi


0 Responses to “‘Enggan’ terima Abdullah — Ketua tentera tidak beri tabik hormat pada Presiden baru”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: