02
Sep
07

Hina Nabi: Akhbar Sweden enggan mohon maaf

STOCKHOLM 1 Sept. – Sebuah akhbar utama Sweden tidak akan meminta maaf di atas penyiaran karikatur kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w walaupun perbuatan itu akan menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.Pada 18 Ogos lalu, akhbar Nerikes Allehanda menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w dengan panggilan yang tidak sepatutnya bagi menggambarkan kebebasan bersuara dan beragama.

“Umat Islam tidak akan menerima sebarang permohonan maaf dan akhbar harus mempertahankan prinsip mereka dan harus berfikiran terbuka,” kata Dagens Nyheter, dalam sebuah rencana pengarang Sweden.

Penerbitan kartun berkenaan telah menimbulkan kemarahan dari Afghanistan dan Pakistan, manakala Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) juga membantah penerbitan karikatur berkenaan serta meminta kerajaan Sweden menghukum artis dan penerbit akhbar berkenaan beserta permohonan maaf.

Berbeza dengan negara jirannya Denmark, yang pernah mencetuskan pergolakan berdarah di beberapa negara akibat dari penerbitan yang sama dua tahun lalu, Sweden terkenal dengan reputasi mengambil pendatang dan pelarian terutama dari Iraq yang juga merupakan komuniti pendatang kedua terbesar.

Jumaat lalu hampir 200 umat Islam mengadakan tunjuk perasaan di bandar Oerebro di barat Stockholm yang juga merupakan ibu pejabat akhbar Nerikas Allehanda.

Ketua pengarang akhbar berkenaan, Ulf Johanssen dilihat bercakap dengan ketua penunjuk perasaan, namun menolak bantahan mereka.

“Saya kesal jika ramai orang yang tersinggung namun itu bukanlah objektif kami,” ujar Johansson dalam akhbar Dagens Nyheter.

– AFP


0 Responses to “Hina Nabi: Akhbar Sweden enggan mohon maaf”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: