02
Sep
07

Rakyat Pakistan bantah akhbar Sweden siar karikatur hina Rasulullah

Berita Luar Negara AISLAMABAD:  Pakistan kelmarin mengutuk tindakan sebuah akhbar di Sweden yang menyiarkan sebuah karikatur menunjukkan Nabi Muhammad SAW berbadankan seekor anjingIslamabad menyifatkannya perbuatan itu sebagai satu penghinaan kepada umat Islam.

‘Kami kesal dengan kecenderungan sesetengah orang Eropah untuk mencampuradukkan kebebasan bersuara dengan perbuatan yang sengaja menghina 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia,’ kata satu kenyataan Kementerian Luar Pakistan.

Akhbar Sweden, Nerikes Allehanda, menyiarkan lukisan karya pelukis rakyat Sweden, Lars Vilks, Jumaat lalu, selepas galeri seni enggan mempamerkannya.

VEkoran penyiaran karikatur itu, kuasa usaha di kedutaan Sweden di Islamabad Lennart Holst, telah dipanggil oleh Kementerian Luar Pakistan berhubung lukisan tersebut, kata jurucakap Kementerian Luar Sweden,  Claes Jernaeus.

‘Mereka menyampaikan bantahan secara lisan kepada kerajaan Sweden mengenai apa yang mereka kata satu penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw,’ kata Encik Jernaeus.

‘Holst berkata kerajaan (Sweden) tidak boleh masuk campur mengenai kebebasan akhbar,’ tambah beliau.

Pelukis karikatur, Vilks, dalam satu wawancara menegaskan:

‘(Lukisan) ini satu karya seni… Saya tidak memusuhi Islam. Semua orang tahu itu.’

Iran sebelum ini turut memanggil kuasa usaha Sweden untuk mengemukakan bantahan serupa. – AP, Reuters.


0 Responses to “Rakyat Pakistan bantah akhbar Sweden siar karikatur hina Rasulullah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: