10
Sep
07

Kenyataan Media DPPWP – isu rusuhan

Isu Penyokong Barisan Alternatif merusuh kini menghiasi dada-dada akhbar. Ini adalah strategi BN untuk memanipulasikan media agar tidak terlalu membincangkan isu rasuah dan pembaziran dalam kebanyakan Kementerian yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara minggu lepas.

Diharapkan kita dapat menyebarkan isu ini agar ahli dan rakyat tidak mengikut rentak mereka dan hanyut dengan isu rusuhan yang pastinya satu taktik politik mereka untuk burukkan Barisan Alternatif.

———————————————————————-

Kenyataan Media DPPWP

Pembaziran Atau Rasuah-BPR Perlu Siasat Semua Kementerian

10 Julai 2007

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melihat bahawa evolusi pembaziran dana Negara semakin membimbangkan. Kementerian dan Institusi Kerajaan menjadi lubuk mencari kekayaan bagi segelintir Menteri dan pegawai kanan Kerajaan yang Korup.

 

Pendedahan Ketua Audit Negara berhubung insiden salah urus dana awam dibeberapa Jabatan Kerajaan membimbangkan kita. Perkara ini tidak boleh dilihat sebagai isu terpencil kerana ia melibatkan intitusi Kerajaan yang paling dasar iaitu Kementerian.

 

Mendahului senarai adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menggungulinya rekod pembelian 17 set buku teknikal dengan 10 tajuk pada harga RM181,900 atau RM10,700 satu set, sedangkan harganya di Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cuma RM417 satu set.

 

Rekod kerugian ini ditambah nilai dengan pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dengan harga keseluruhan barang itu melebihi harga pasaran dan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM8.39 juta.

 

Pembelian ini turut melibatkan pembelian dua menara kren membabitkan perbelanjaan RM5.72 juta berbanding RM2.98 juta mengikut harga pasaran, selain alat pengangkat kereta dua tan berharga RM5,741 seunit berbanding harga pasaran hanya RM50 seunit.

 

Ketua Setiausaha KBS juga didapati telah menandatangani 11 kontrak berkaitan projek IKBN bagi pihak kerajaan yang bernilai antara RM7.99 juta hingga RM74.2 juta tanpa penurunan kuasa dari Menteri dan ini melanggar Akta Kontrak Kerajaan 1949, yang mana kontrak bernilai lebih RM5 juta perlu ditandatangani sendiri oleh Menteri sebagai mewakili kerajaan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh menteri berkenaan.

 

Projek Kementerian Penerangan yang membabitkan pembinaan bangunan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Seremban dilaporkan tidak dirancang dan dilaksanakan dengan teratur oleh menyebabkan Kerajaan rugi kira-kira RM15.04 juta yang mana projek itu hanya memerlukan belanja sebanyak RM23.47 untuk disiapkan.

 

Laporan Ketua Audit Negara juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan gagal merancang dan melaksanakan dengan baik projek Sistem Maklumat Kastam (SMK) menyebabkan Kastam Diraja Malaysia terpaksa menambah 10 lagi kontrak hingga menyebabkan Kerajaan rugi sebanyak RM30.18 juta.

 

Keadaan ini merunsingkan rakyat kerana selama ini kita berharapkan agar pegawai-pegawai dalam Kerajaan dapat menunjukkan contoh yang baik dalam menguruskan dana awam. Rakyat tertanya-tanya, ke mana perginya wang berjuta yang dikatakan dibazirkan itu? Kenapa begitu banyak sekali nilainya? Bukankah Kerajaan mempunyai begitu banyak peraturan dan prosedur sebelum sesuatu dana itu dikeluarkan?

 

Kenaikkan harga minyak dan barangan lain sepatutnya tidak berlaku, malah boleh dielakkan jika penjimatan dapat dilakukan dan subsidi minyak ditingkatkan.

 

Kejadian ini bukan sahaja akan melembapkan ekonomi Negara tetapi akan menyebabkan imej Kerajaan Malaysia tercemar kerana pasti ada unsur-unsur keraguan yang melibatkan soal rasuah hingga berlaku perkara ini.

 

Diharapkan agar pemimpin dan pegawai Kerajaan yang terlibat dapat dipertanggungjawabkan atas kerugian ini. Menteri Belia dan Sukan dan Menteri lain juga harus bertanggungjawab. Dan kemungkinan ada kalangan Menteri ini terlibat juga wujud kerana beliaulah orang yang paling bertanggungjawab dalam mengawal dana kewangan kementerian masing-masing. Beliau seharus memecat lebih awal lagi mereka-mereka yang didapati ‘mencuri’ dana negara tanpa mengira sama ada mereka itu pengawai kanan atau tidak.

 

Setiap Kementerian telah diwujudkan Unit Audit Dalaman sendiri dan pemantauan boleh dibuat setiap bulan dan laporannya boleh dibaca oleh Menteri setiap awal bulan. Jadi tiada sebab perkara ini berlaku melainkan adanya kuasa-kuasa dalaman yang menyorok perkara ini dari diketahui. Kebiasaannya orang yang paling berkuasan dalam sesebuah Kementerian adalah Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha.

 

Oleh itu, Pemuda PAS Wilayah mendesak agar Badan Pencegah Rasuah menyiasat perkara ini dengan menyelidiki semua kemungkinan dan membawa mereka yang disyaki terlibat kemuka pengadilan.

 

Kepada Ketua Setiausaha Negara, beliau seharusnya lebih peka terhadap apa yang berlaku dan menghapuskan rasuah dalam agensi Kerajaan tanpa memilih peringkat Jawatan. Usaha terbaik dari beliau amatlah diharapkan dalam kita memulih imej Negara dan Intergriti Perkhidmatan Awam Negara.

 

Suka diingatkan bahawa kita sedang melalui separuh abad kedua era Kemerdekaan Negara, maka menjadi satu cabaran bagi semua pihak khususnya penjawat awam dalam meningkatkan intergriti dan ekspresi perkhidmatan yang bebas dari rasuah bagi menjaminkan kemajuan yang lebih baik lagi.

 

Herman Samsudeen

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Wilayah


0 Responses to “Kenyataan Media DPPWP – isu rusuhan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: