14
Sep
07

Air: P. Pinang enggan bayar Kedah

PULAU PINANG 13 Sept. – Pulau Pinang bertegas tidak akan membayar kepada kerajaan Kedah bagi mengambil air mentah dari Sungai Muda di sini.Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon memberitahu, beliau bersedia mempertahankan pandangan kerajaan negeri itu.

Katanya, ia berdasarkan hak air atau ‘Hak Ripariant’ pada Majlis Air Negara yang dianggotai oleh semua menteri besar, ketua menteri dan menteri-menteri yang berkaitan dengan urusan air.

‘‘Tidak adil membayar untuk air kerana sungai itu dikongsi bersama, kita sedia berdebat soal itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakan Kedah yang berura-ura mahu mengenakan bayaran kepada Pulau Pinang dan Perlis sebaik sahaja Jabatan Air Kedah diswastakan Mac tahun depan.

Hak Ripariant adalah satu prinsipal antarabangsa di mana jika terdapat mana-mana negara yang berkongsi sumber air yang sama, salah sebuah negara itu tidak boleh mengenakan bayaran kepada negara yang lain.

Terdahulu, Tsu Koon menutup Persidangan Pendidikan Tahunan 2007 dan Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia di Hotel Cititel di sini hari ini.


0 Responses to “Air: P. Pinang enggan bayar Kedah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: