14
Sep
07

“Tak perlu provokasi, tembak saja pengikut PAS”

Lifeboat
Fri | Sep 14, 07 | 03:23:19 PM
Katalah seluruh rakyat Malaysia mempercayai apa yang diindoktrinasikan oleh akhbar arus perdana dan pemimpin Umno mengenai insiden di Batu Buruk.

Maka yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan ialah menghantar tentera dan sebanyak mana anggota pasukan polis dan mengembom dan menembak mati sahaja “pengikui” PAS kerana bukankah mereka sudah dianggap secara tidak rasmi sebagai musuh negara Malaysia dan kumpulan yang boleh menjejaskan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia.

Tak payahlah susah-susah buat provokasi dan lepas itu bersusah payah gunakan media dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk cuba buktikan kepada rakyat bahawa yang jahat itu PAS dan yang baik, yang tak ada rasuah, yang pandai segala-galanya, yang perjuangkan merdeka, yang tak tidur sewaktu bertugas dan yang macam-macam lagi adalah Umno.

Ada pemimpin Umno Terengganu yang memberikan hujah paling logik, ‘‘Kalau Umno yang menjadi dalang, mengapa pemimpin PAS yang hadir di tempat kejadian dan mengapa orang Pas yang ditahan dan ditangkap.”

Kadang-kadang kita boleh tergelak sendirian mendengar kenyataan lucu yang semacam ini. Ada kalanya kita merasakan mereka ini macam tak pergi sekolah pula. Tak kanlah majlis yang dianjurkan oleh PAS dihadiri oleh “penyokong” Umno.

Majlis yang dianjurkan oleh PAS dihadiri oleh “pengikut” PASlah.

“Penyokong Umno”, istilah yang digunakan oleh akhbar arus perdana dan semua media yang dikuasai Umno adalah berbeza dengan “pengikut PAS”. Sebab itulah menurut Mat Sabu, mereka dikejar, dihalau, ditakut-takutkan macam anjing kerana rakyat Malaysia yang berdiri dibelakang PAS sama ada sebagai ahli parti atau menyokong perjuangan parti itu dianggap sebagai “pengikut” sahaja sedangkan cuma ahli dan mereka yang berdiri di belakang Umno sahaja yang layak disebut “penyokong” oleh media.

Jadi tak kan hal paling ketara macam ini pun nak digunakan sebagai alasan. Mentang-mentanglah ramai rakyat Terengganu yang miskin, Umno Terengganu pulak yang dok roboh rumah yang dulu diberikan kepada rakyat semasa PAS memerintah semakin tersepit, jangalah gunakan ‘logik bodoh’ bila buat kenyataan.

Orang Umno kelakar (yang namanya saya tak ingat siapa dan saya pun malas nak buat rujukan kerana saya tak fikir dia penting sangat) mengatakan, “Ini jelas menunjukkan Pas kini berada dalam keadaan tersepit berhubung insiden tersebut sehingga sanggup menuding jari kepada orang lain.’’

Insiden yang dimaksudkan oleh sipolan ini ialah insiden batu buruk.

Ini sebenarnya lagu lama Umno apabila melancarkan perang psaikologi terhadap PAS. Dulu orang memang percaya. Mereka tak ada saluran informasi alternatif. Balik-balik baca akhbar yang rata-rata dikuasai oleh Umno.

Waktu itu memang senang untuk pengaruhi fikiran rakyat. Lagipun bagi orang Melayu dulu apa yang ditulis suratkhabar, itulah yang betul. Sebab itu boleh gunakan akhbar untuk tipu rakyat. Tak payah nak susah-susah cari jalan macam mana nak tipu dalam pilihan raya.

Hari ini nama permainainannya, ‘the name of the game’ sudah berubah. Kemajuan ICT yang dibawa oleh pemimpin Umno generasi sebelum ini sudah menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada generesi Umno Pak Lah.

Jadi yang tertekan, sebenarnya bukanlah PAS tetapi Umno. Keadaan ini samalah sebagaimana yang digambarkan oleh kisah ‘buah strawberi masam’ dalam dongeng Aesop. Nampaknya reverse psychology yang cuba nak dipakai untuk mengelentong rakyat Terengganu dan juga rakyat Malaysia macam tak “jalang”.

Kalau berkesan pun mungkin cuma tak lebih daripada 20 peratus yang percaya. Susah rakyat nak percaya alasan-alasan dan hujah-hujah yang bebal dan dangkal seperti ini.

Penyokong Umno memang tak hadir. Tapi ada bukti kukuh segelintir orang Umno, atau orang upahan Umno termasuk mereka yang diamanahkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk menjaga rakyat Malaysia tetapi menjaga Umno, yang hadir dan kehadiran mereka bukanlah untuk mendengar ceramah tetapi membawa misi jahat.

Oleh itu, kenyataan kononnya PAS dalam keadaan tertekan sebenarnya hanyalah satu strategi perang psikologi yang boleh dikatakan sudah basi. Kalau dulu psikologi ini digunakan bagi menakut-nakutkan PAS tetapi hari ini, ia digunakan sepenuhnya bagi menyembunyikan ketakutan yang dialami oleh Umno sendiri.

Kali ini jika Umno tewas di Terengganu dan PAS kembali berkuasa, kekalahan Umno itu tidak lagi seperti yang dialami oleh Umno di bawah Tan Sri Wan Mokhtar.

Meminjam kata seorang penganilisis politik senior yang telah meramalkan hampir semua peristiwa politik dengan tepat (termasuk mengambil kira penipuan undi dan rasuah kepada pengundi), “Kalau Umno kalah di Terengganu kali ini, Umno akan kalah big time. Sebabnya bukan sahaja kuasa kerajaan negeri yang terlepas tetapi ramai mereka yang berkepentingan dalam projek yang diusahakan oleh Umno termasuk yang ada connection dengan PM akan hilang punca pendapatan.”

Justeru sebelum ini berlaku, baik bom sahaja “pengikut” PAS. Peluru hidup pun dan pakai dan rakyat pun diberitahu ada justifikasi polis tidak beruniform tembak “pengikut” PAS dengan peluru hidup.

Boleh juga buat macam General Suharto (Indonesia) buat selepas Peristiwa Lubang Buaya, memburu dan menembak puluhan ribu rakyat Indonesia yang dipercayai mereka sebagai “pengikut” komunis.

Seperti yang berlaku di zaman Musa Hitam menjadi TPM dan Menteri KDN, Pak Lah kini meneruskan tradisi menghalalkan darah orang PAS.

Selepas itu Umno–BN boleh sapu bersih semua kerusi Parlimen dan DUN. Nak senang lagi, kemudian pinda sahaja Perlembagaan agar pilihan raya umum tidak payah lagi diadakan di masa-masa akan datang. Umno-BN tak payah lagi pening kepala mengenai pembangkang.

Nak beli jet eksekutif baru untuk setiap menteri, nak bawa katil di pejabat, nak bagi projek kat sesiapapa sahaja, tak nak panggil tender dan apa sahaja, gasaklah! – mks.


0 Responses to ““Tak perlu provokasi, tembak saja pengikut PAS””



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: