15
Sep
07

Ganjaran cari Nurin Jazlin naik kepada RM26,000

14-09-2007 07:00:27 PM

sumbangan: RTO

KUALA LUMPUR:  Jumlah ganjaran kepada sesiapa yang berjaya membantu mengesan Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak 26 hari lepas meningkat kepada RM26,000.

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCFP) menghulurkan sumbangan terbaru iaitu RM3,000 bagi membantu sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga membawa kepada penemuan kanak-kanak perempuan itu.

Anggota exco MCPF Datuk William W. T. Lim berkata sumbangan yayasan itu telahpun disampaikan kepada bapa mangsa, Jazimin Abdul Jalil, baru-baru ini.

“Saya harap pihak yang tidak bertanggungjawab ini segera mengembalikan Nurin Jazlin kepada keluarganya,” katanya kepada pemberita selepas mengedar 5,000 keping risalah mencari Nurin Jazlin kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.

Sementara itu, seorang ahli MCFP iaitu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Rusli Ahmad, yang turut membantu mengedar risalah itu, berkata pihaknya sedang membuat rondaan dan pemantauan 24 jam di sekitar Cheras bagi mengesan mangsa.

“Kesemua balai polis dan ibu pejabat polis daerah terbabit dalam usaha ini termasuk membuat rondaan di sekitar kawasan perumahan dan tempat tumpuan umum,” katanya.

Pada 20 Ogos lepas, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Desa Setapak di sini yang menghidap sakit buah pinggang dan kencing manis dilaporkan hilang di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini selepas pergi seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya. BERNAMA


0 Responses to “Ganjaran cari Nurin Jazlin naik kepada RM26,000”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: