15
Sep
07

Keganasan Polis : Kenapa UMNO pula yang cuak?

Artikel  Oleh Lord Azaab

Mungkin seluruh rakyat Malaysia semuanya sudah tahu tentang kejadian merusuh di Batu Buruk pada malam 8 September lalu.

Di dalam keadaan sebegini, persepsi rakyat mengenai kejadian tersebut tentulah berbeza-beza mengikut kepahaman masing-masing.

Bagi penyokong Barisan Nasional, tentulah ramai antara mereka bersetuju (baca menerima bulat-bulat) dengan laporan-laporan yang dikeluarkan oleh media-media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

Bagi penyokong Barisan Alternatif pula, saya pasti, ramai yang pasti ingin mendapat maklumat original mengenai kejadian tersebut semada dari versi, PAS, BERSIH, Polis dan juga media.

Saya pasti, bil telefon penyokong-penyokong pembangkang akan naik mendadak pada bulan ini.

Ini adalah kerana, berita inilah yang paling sensasi berbanding cerita-cerita lain seperti Bujet 2007 yang tidak memberi bonus kepada kakitangan kerajaan atau laporan Ketua Audit Negara mengenai penyelewengan atau salah urus dana negara yang telah di lakukan oleh pemerintah terutamanya UMNO. Hatta, harga ayam naik di pasaran mengatasi harga syiling pun kurang mendapat perhatian.

Di dalam memberi respon kepada kejadian malam tersebut, Perdana Menteri seperti biasa akan membuat kenyataan yang seperti samar-samar atau seperti orang baru bangkit dari tidur.

Antara kenyataan awal yang dia keluarkan ialah rusuhan tersebut berpunca akibat dari perbuatan parti pembangkang dan ianya telah dirancang dari awal.

Memandangkan saya tidak berada di dalam negara buat masa ini, maka bahan-bahan dari internet dan panggilan telefon akan menjadi rujukan saya. Pada hari semalam, 11 September, di dalam Utusan Malaysia Online, Perdana Menteri berkata, kerajaan menolak untuk menubuhkan satu badan siasatan bebas untuk menyiasat kejadian tersebut.

Pada hari ini, saya cuba mencari semula berita tersebut di dalam laman web Utusan, tapi sayangnya berita tersebut sudah di padam di dalam arkib laman web mereka. Saya cuba melayari beberapa laman web akhbar lain untuk mencari tajuk berita yang sama, malangnya, hanya utusan sahaja yang melaporkan kenyataan tersebut semalam.

Menurut Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub di dalam kenyataannya kepada Harakah, beliau akan membawa usul tergempar mengenai keganasan polis pada malam tersebut di dalam sidang Dewan Rakyat.

Hairan binti ajaib, di dalam UMNO dan Barisan Nasional melaung-laungkan dengan nada yakin tentang kejadian merusuh ini adalah rancangan pembangkang. Kenapa mereka begitu takut untuk membahaskan usul tersebut?

Kenapa Perdana Menteri awal-awal lagi telah menolak cadangan satu badan bebas untuk menyisat kejadian ini secara terperinci ditubuhkan.

Kejadian ini melibatkan antara penyokong Barisan Alternatif dengan Polis. Di dalam hal sebegini, pihak polis adalah tidak adil untuk menyiasat pasukan mereka sendiri dan usul atau perkara “conflict of interest” tentu wujud jikalau polis sendiri yang menyisat diri mereka sendiri.

Maka itu, satu Suruhanjaya Di Raja yang bebas perlu ditubuhkan memandangkan ia melibatkan kepentingan awam.

Adakah benar tuduhan sesetengah pihak bahawa UMNO telah memperalatkan pasukan Polis untuk menggangu program ceramah tersebut?

Jikalau perkara ini tidak benar dan dakwaan Perdana Menteri mengatakan bahawa pembangkang dari awal-awal lagi merancang untuk mengadakan rusuhan tersebut, mengapa UMNO begitu takut untuk ditubuhkan satu Suruhanjaya Di Raja atau perkara tersebut didebatkan di dalam parlimen?

Perkara menubuhkan suruhanjaya siasatan ini bukanlah perkara baru di dalam negara ini. Kes mata lebam Dato Sri Anwar Ibrahim semasa berada di dalam tahanan Polis dahulu pernah membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Di Raja walaupun Perdana Menteri pada waktu itu mengatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim telah mencederakan dirinya sendiri.

Bak kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah. Adakah UMNO sekarang di dalam keadaan ketakutan akibat kepada perbuatan dan perancangan mereka sendiri? Masa yang akan menentukannya, insyaAllah.

…..
http://lordazaab.blogspot.com


1 Response to “Keganasan Polis : Kenapa UMNO pula yang cuak?”


  1. 1 dasuki_tmc
    September 23, 2007 at 10:58 am

    itu lah dikatakan bila perkara itu benar berlaku yang tidak dilakukan oleh pembangkang, maka apa yang hendak ditakutkan. malah pihak yang takut dan boleh dikatakan bodoh itu tak lain ialah UMNO/BN. Selalunya bila melibatkan mereka UMNO/BN dalam perkara yang tak baik akan menuduh orang lain yang lakukannya. tapi bila berdepan untuk berhujah di mahkamah atau tempat terbuka atau forum selalu mereka menolak kerana mereka UMNO/BN memang BODOH. pada ahli umno bahawa umno dah mati pada 4/2/1988. yang ada sekarang ini umno yang tunggang langgang. tidak ada roh iman langsung.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: